A THOUSAND THANKS - HADIAH DARI BLOGGER SIS HAWA

22 July 2017

A Thousand Thanks - Hadiah Dari Blogger Sis Hawa

Ceritanya untuk bulan Julai ni aku tak ada habiskan duit untuk apa-apa barangan online kecuali makanan. Zup zap selamat sampai satu parcel entah dari siapa ke rumah dan macam biasa la yang akan menyambutnya ibu. Dah pulak tak memasal aku dapat ceramah free sebabnya dia kena bergaduh nak berkejar keluar ambik barang tu dengan posmen. Tak tahu siapa yang kirim barang satu hal kena ceramah pun satu hal jugak. Eh sabooo jelah! Kebiasaan kalau aku ada beli online aku akan bagitahu ibu awal supaya ibu sentiasa dalam mood ready. Abang posmen pun satu hal kalau kita lambat sikit bukan nak tunggu. Nanti dibaginya kita surat cinta suruh tuntut barang dekat pejabat pos. Adehh satu masalah pulak kalau hal tu berlaku. Nasib baik ibu peka dan cekap hehe.

Masalah lain pulak yang timbul, aku tak tahu dari siapa pengirimnya. Tak diselit sekali resit dalam parcel so masalah pulak bagi aku nak trace siapakah pengirimnya. Misteri sungguh. Dalam duk berteka-teki siapa yang kirim aku pun buka parcel tersebut dengan lemah lembutnya taknak bagi terkoyak rabak hahaha (memang sejenis aku).

And guesss what ?

Hadiah Dari Blogger Sis Hawa

Zassss terus dalam kepala otak aku terlintas nama Kak Awa, ni hadiah yang aku patut dapat sebab berjaya terpilih sebagai pemenang Giveaway "I Love Blogging with Sis Hawa & Her sponsors". Yes tak silap dan tak salah lagi. Giveaway ni dah berlalu hampir empat bulan lepas kot. Aku sebenarnya tak sangka pulak yang hadiah ni masih available untuk aku. Kenapa? Haaa sebabnya aku tak alert pun masa senarai pemenang diumumkan dan sepatutnya si pemenang kena emel detail dekat si penaja tapi ni terbalik pulak. Kak Awa yang emel aku minta detail itu pun aku reply lambat. Memang nampak la perangai tak semegah aku kat sini kan 😂

Tapi kan, lepas je aku reply email tu Kak Awa senyap tak bagi apa-apa respon so aku macam dah pasrah jugak la sebab missed hadiah tu. Aku fikir jugak masa tu maybe penaja dah merajuk dengan aku kot. Ok sis cuba redha.

Hadiah Dari Blogger Sis Hawa
Malam tu aku ON emel sebab nak give thanks dekat Kak Awa untuk hadiah giveaway tu, tapi rupanya dah 2 hari emel Kak Awa menghiasi skrin aku tanpa dibaca. Ya Allah perangai aku ni memang tak semegah kuasa dua weh hahaha. Maaf Kak Awa, tapi sangat sangat sangat terima kasih. Bukan takat satu dibaginya Kak Awa, siap extra dua headband lagi sebagai tanda maaf. Moga murah sentiasa rezeki akak dan baby.

Em, rumah aku memang tak ada budak perempuam kecil nak melaram dengan headband ni tapi mungkin boleh simpan untuk bakal anak aku nanti. Eh?

Kbye.

9 comments

  1. kena call ira terus nampaknya lepas ni kalau nk bgtau pape. hehe.
    lama tak nampak ira dekat blog?? bz sgt ke skrg?? take care ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bermasalah betul kan kak. Emel ira notify tak naik tu yang selalu missed alert hmmmm.

      Akak pun take care 😘

      Delete
  2. Cantiknya handmade headband

    ReplyDelete
  3. Tahniah Ira, hihihi siapa pakai headband tu sekarang :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak sumbat kepala sendiri tak muat :(

      Delete
  4. Akak lembap jugak bab baca email. Berhari-hari, teringat baru bukak email. Hii. Alhamdullilah, masih ada rezeki Ira ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy boleh gang ni hehe. Alhamdulillah kak :)

      Delete
  5. akak pun lembab gak sbb baru perasan entry ni... wakakaka.. adoi la :D

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.