DAPAT POSKAD ANIMASI AIDILFITRI POS MALAYSIA DARI PEMINAT MISTERI

Poskad Animasi Aidilfitri 2017 POS Malaysia
Yuhuu telah selamat mendarat satu poskad misteri dalam letterbox rumah. Selalu balik petang aku bergurau dengan ibu "takde ke sampai surat cinta harini bu" haa tup tup sampai kau surat cinta yang diminta-minta sangat. Dikira doa termakbul ke acane ni? Biarpun hakikat aku terkejut kot bila ibu whatsapp aku waktu kerja bagitahu ada orang hantar poskad raya. Adeh otak dah tak boleh nak fokus ni tapi tak apa kita teruskan buat kerja macam biasa.

Serius weh teruja gila bila aku tahu dapat poskad animasi aidilfitri yang viral dari POS Malaysia. Ingat dah 2017 ni tak ada lagi orang nak hantar menghantar kad raya ke rumah. Last aku dapat kad raya rasanya masa tingkatan dua itupun zaman-zaman pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Kain buruk kain merah, tulisan buruk jangan marah. Pantun empat kerat yang paling fofulerrr hahaha.

Itupun usaha bagi face-to-face je tak ada nak post bagai sampai ke rumah. Budak-budak sangat kan perangai? Eh memang dalam kategori budak pun lagi. Kalau pergi beraya buat muka seposen muka tak meminta pakcik makcik masih lagi memberi tau. Riak muka waktu tu memang main peranan penting acah-acah lepas beraya salam lama sikit mesti tegur "awak anak siapa ni nah duit raya" hiks. Kalau sejak masuk 20 series ni pergi beraya buat riak macam tu rasa ada ke pakcik makcik nak layan. Dalam mimpi ler buat muka satu sen pun takde orang hirau. Sedih k.

Sambung balik cerita poskad tadi, tengok pada rupa poskad alah macam ntah pape tak menarik pun (yang ibu aku perhatikan) sebab ingat semata-mata sekeping poskad but totally wrong. Aku bagitahu la yang aku dapat ni poskad 3D. Dah kepelikan pulak ibu bila aku cakap camtu.

Aku pun terus download apps AR Postcard dalam playstore dan tunjuk apa yang akan terjadi seterusnya. Macam mana aku tahu? Ngeee dekat poskad ada bagitahu arahannya.

Lepas dah siap install tu boleh la guna. Hanya perlu imbaskan poskad raya dengan apps AR Postcard ni nanti hasilnya nampak la 3D bergerak gerak. Macam hidup uolls. Tak caya? Ni aku buat video screen dari apps tu tau. Boleh tengok dekat instagram aku (irazulkeffele).

Ambik mood balik kampung sangat dah ni haa. Curlass kau mariaaa~

Hm kesian abam posmen susah susah je dia cari rumah aku semata-mata nak hantar kad raya sekeping hehe. Kepada si penghantar terima kasih sangat untuk poskad animasi ni walaupun sebenarnya identiti kamu tak misteri pun bagi aku. Tengok signature dah boleh agak sebenarnya siapa pengirimnya. Biarpun aku terkejut jugak waktu ibu whatsapp bagitahu. I know you, and you know who you are. Ehem terima kasih daun keladi, tahun depan hantar lagi. Kbai :P

3 comments:

  1. Bestnya dpt kad raya. Lama sungguh kak ana x dpt kad raya. Berpuluh tahun rasanya. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pasal kak zaman sekarang majoriti dah tak pakai kad raya kot hehehe 😂

      Delete
  2. ritu siap beli lagik poskad ni.. simpan buat kenangan hehe..

    ReplyDelete