WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1438H / 2017M

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1438H / 2017M
"Romadhon tiba romadhon tiba marhaban ya romadhon"
Alhamdulillah. Dalam lebih atau kurang 30 jam dari sekarang weh kita dah nak sambut datangnya romadhon al-mubarak. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Harap masih dipanjangkan umur dan sempat merasa lagi nikmat dan suasana puasa tahun ni walaupun ada antara keluarga yang berjauhan nanti sobs. Ehem. Dah habis ganti puasa ke belum? Dah siap sedia ke belum senjata korang untuk berperang melawan diri sendiri. Kalau belum tak dapek la den nak nolong. Yelah orang dulu-dulu kata bila puasa setan kena ikat sebulan so kalau masih ada yang berperangai tak semegah mungkin engko adalah salah sorang syaitonirojim yang terlepas. Ehhh tak tak, aku tak kata korang perangai yang macam syaiton tu aku cerita pasal orang kat negeri isketambola tu hehehe. 

Memandangkan lagi dua hari la kot kita boleh makan siang ni aku saja lah survey waktu berbuka puasa untuk beberapa tempat (Terengganu; dimana aku bermastautin, Johor; wuhoo balik kampung, Selangor; for my lovely sisthor yang dapat sambung matrik) sebagai persediaan awal supaya nanti taklah terkial-kial resah gelisah kat tempat orang. Sekarang tak macam zaman dulu bersepah orang edar jadual waktu berbuka. Kalau masih ada lagi yang dapat bertuahlah sameon itu. Yang mustahaknya dalam bulan ramadhan je orang punctual dengan waktu maghrib kalau hari lain hmmm kelauuut. Betul tak? Kihkih. Ada lagi ke yang belum tahu masa waktu berbuka. Nahh aku kongsikan disini ye.

Sebelum tu kan nak tanya lah dah hafal ke belum lafaz niat puasa dan doa berbuka. Haa jangan nak buat-buat lupa pulak ye. Apeeeeeeni, rotan kang ! (nota kaki : sila baca niat dan doa ni dengan nada rentak nasyid kumpulan raihan ataupun upin ipin k kihkih)

Lafaz Niat Sehari :


“Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi ramadhana hazihis sanati lillahi taala”

Maksudnya ; Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Sebulan :


“Nawaitu sauma syahri ramadhana kullihi lillahi taala”


Maksudnya ; Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Doa Berbuka Puasa :

“Allahummalakasumtu wabika aamantu wa’alarizqika afthortu birohmatikaya ar-hamarrahimin”

Maksudnya ; Ya Allah, keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, dan dengan rezeki Mu aku berbuka.


WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1438H / 2017M  

KAWASAN 13 NEGERI :

PERLIS KEDAH PULAU PINANG PERAK KELANTAN TERENGGANUPAHANG JOHOR MELAKA NEGERI SEMBILAN SELANGOR SABAH SARAWAK



KAWASAN WILAYAH PERSEKUTUAN :
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR ,PUTRAJAYA DAN LABUAN


Walaupun mungkin masih awal lagi tapi nak jugak nak jugak (baca : merengek) aku ucapkan kepada yang sedang membaca ni "SELAMAT BERPUASA KORANG, DUIT RAYA JANGAN LUPA KASI TAU". Eh? Kbai.

Sumber : JAKIM

11 comments:

  1. Welcome to Madrasahh Ramadhan Ira :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa jugaa untuk kak Ana dan keluarga 😘

      Delete
  2. yay dah nak puasa! 2 hari lagi hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puasa tau jangan ponteng ponteng kihkih

      Delete
  3. Terima kasih Ira, sangat membantu :D

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan. Selamat berpuasa 😊

    ReplyDelete
  5. jom join GA ni. Dapat gambar polaroid free free je. http://shahirahsarmy.blogspot.my/2017/05/giveaway-july-2017.html

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan Ira! Bulan puasa adalah bulan yang peka pada waktu Maghrib. Hehe

    ReplyDelete