SERANGAN RANSOMEWARE DAH MULA SERANG MALAYSIA

17 May 2017

Serangan Ransomeware Dah Mula Serang Malaysia
Sekarang tengah viral pasal serangan ransomware WannaCry dah menyerang Malaysia. Satu dunia kecoh dengan berita semasa ni. Untuk pengetahuan tambahan, ransomeware dah lama wujud dalam cyber criminal cuma baru-baru ni virus Ransomeware WannaCry 2.0 kembali mencuri tumpuan dan telah menyerang lebih 100 buah negara. Antaranya Malaysia adalah sasaran seterusnya untuk  dia menyusahkan ramai pihak. Terkejut? Sebagai seorang IT assistant cum admin, aku tak terlalu terkejut dengan berita ni sebabnya bos aku awal-awal lagi dah briefing dan segala persiapan atau langkah berjaga telah diambil untuk menyelamatkan maklumat syarikat daripada diceroboh pihak tak bertanggungjawab. Aih takde kerja feadah lain ke dorang ni nak buat hah. Baik pergi cuci tandas ke tolong mak ke.

Korang tahu ke tak pasal ni. Lahai tak update berita letuw?

Serangan Ransomeware Dah Mula Serang Malaysia
sumber : https://www.bharian.com.my/node/283243

Apa Itu Ransomware
Ransomware merupakan salah satu ancaman komputer malware yang di install oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengunci fail, komputer atau hardisk dengan menggunakan alogaritma yang sangat kompleks dan sukar dibuka. Ancaman ini bukan sahaja laptop atau desktop malahan boleh menyerang telefon bimbit, atau peranti lain. Yang lebih parah apabila virus ni  berjaya meyerang pelayan komputer (server) semua komputer yang ada link bersama akan turut sama menjadi arwah dalam sekelip mata. 

Paparan Wallpaper pengguna yang terjejas

Bagaimana Ransomeware bertindak
Ransomware bertindak setelah berjaya memasuki komputer dengan menggunakan kaedah penanaman trojan atau memuat turun attachment file atau mengklik attachment yang dibekalkan di dalam emel (sebagai contoh cara Ransomware Locky bertindak). Setelah memasuki sistem komputer mangsa, Locky akan menjalankan penyulitan (encrypt) kepada sistem fail mangsa. Untuk mendapatkan semula (decrypt) atau unlock fail, hardisk yang terkunci, maka mangsa yang terjejas terpaksa membayar 'wang tebusan' didalam bentuk Bitcoin (matawang siber) kepada pihak penggodam terbabit.

Harga 'Wang Tebusan'
Untuk mendapatkan fail atau hardisk yang encrypted adalah sekitar RM1000-RM2500 (0.17-0.35 Bitcoin).

Jenis-jenis WannaCry
Berikut adalah nama-nama virus yang telah dikenalpasti:
  • WannaCrypt
  • WannaCry
  • WannaCrypt0r
  • WCrypt
  • WCRY
  • WinMain
Paparan aplikasi yang terjejas dengan WannaCry Ransomware

Langkah Keselamatan 
  • Backup. Ye backup semua fail dokumen atau kerja penting di suatu tempat yang efisien dan mudah dicapai apabila diperlukan. Yang penting tidak hanya pada satu tempat backup sahaja seperti pendrive atau personal storage. Mungkin boleh gunakan jugak kaedah lain seperti backup di cloud storage servis (Google Drive, DropBox, ZipCloud atau sebagainya).
  • Hati-hati dengan attachment yang tidak dikenali atau tidak diminta. Kebiasaannya kes begini banyak diterima melalui email. Sekiranya ada perasaan ragu-ragu dengan attchement tersebut silalah padam dan jangan nak cuba-try-test buka. Melainkan memang dah tahu dari siapa pengirim email tu.
  • Anti-Virus yang sahih dipasang pada komputer dan memastikan Anti-Virus tersebut sentiasa dikemaskini.
  • Sentiasa memastikan dan mengemaskini perisian sistem operasi dan aplikasi kepada versi yang terkini.
  • Elakkan penggunaan perisian cetak rompak atau memuat turun sebarang fail dari sumber internet yang tidak dikenal pasti. Dari situ  tanpa kita sedar banyak computer exploits dan security breach yang menjadi salah satu sebab "trojan hidup" dalam komputer.
  • Dan pesanan rakyat jangan sesekali klik pada pautan yang sebegini rupa.

Kalau korang rasa input ini tak penting, memang silap besar. Mungkin nampak remeh atau korang berfikiran "aku bukan ada syarikat besar atau ada apa-apa maklumat mustahak pun dorang nak serang aku". Tak mustahil. Mana tahu kot assignment last minute yang sepatutnya korang kena hantar esok ataupun gambar selfie mefie yang disimpan dalam folder laptop tu ditakdirkan terkena serangan ransomeware ni. Hah you WannaCry now? Silalah termenung merenung skrin ye hehe. Orang bijak pandai berkata "mencegah lebih baik daripada mengubati". Please, take action everyone :)

13 comments

  1. Ok jujur, kita baru tau pasal website ni.. Bahaya jugak ni.. Mintak-mintak la kita tak terlibat.. Q_Q

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak sangat lah tidak terkena. Hati-hati tau :D

      Delete
  2. Terima kasih atas info. Baru tahu tentang ransomeware ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia dah terjebak sekarang ni so kena alert la sikit hee. Hati-hati ye :)

      Delete
  3. Pernah dngr pasal ni tapi tak tahu the correct terms. Thnks for ur info. Dah kena strt backup important files yg ad๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  4. Pernah dngr about this thing but then tak tahu the correct terms. Thanks for the info. Lepas ni dh nk kena backup important files๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. You should take action dear hehe

      Delete
  5. Kena bayar wang tebusan pulak tu. aduhai lah orang cari duit sekarang kan. Huhu.

    Seramnyaaaaa dengar benda camni. Dahla blur bab IT. Hope dielakkan drpd kena benda gini kat kita semua T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni orang jenis pandai tak bertempat namanya kak hahahaha.

      Becareful kak ๐Ÿ˜‰

      Delete
  6. scarynya.. tq for the info..kena xtra beringat la pasni

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.