KENAPA MESTI DITAKDIRKAN JUMPA ORANG YANG SALAH

19 May 2017

Kenapa Mesti Aku Jumpa Orang Yang Salah

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH dalam apa jua keadaan.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita mendapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH itu Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang mana tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya apabila kita bersama-sama Allah.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.


Alhamdulillah. Aku pernah ditakdirkan bertemu dengan orang yang salah dalam hidup dan sejujurnya dulu memang menyesal gila kot sebab pernah kenal dia. K ni zaman tak matang punya ceritalah hehe. Bila semakin dewasa aku mula belajar erti redha dan ikhlas. Atas alasan kesilapan yang dulu, aku memang sangat berhati-hati dengan setiap perkenalan. Aku jadi paranoid dengan yang datang konon memberi secebis hati lepas tu blahh tanpa khabar. Phuii. Ingat aku ni RnR ke brader. Sampaikan aku pernah terdetik tak akan pernah percaya lagi pada lelaki. Malangnya, seseorang datang dan berjaya meruntuhkan tembok ego ku. Masih dalam frasa "kenal-kenal, TTM". Harap aku tak salah singgah dah. Penat nak move on. Kbai 😪 

8 comments

  1. Setuju dengan semua statement dekat atas. Kak ana dh pernah lalui semua tu. Skrg baru tahu hikamh di sebalik semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Setiap yang jadi mesti ada hikmahnya. Dulu ira tak terfikir pun sebab rasa macam menyesal gilaaaa huhu sekarang dah okey sikit 😬

      Delete
  2. Benar sekali Ira. Kita ditemukan dengan orang yang salah untuk mengajar kita. Semuanya ada hikmah. Yang berlaku dijadikan pengajaran agar tidak berulang lagi :)

    Btw, apa maksud TTM, Ira? 😅 akak tak faham lah pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessss. Setujuuuu ! Hehe inshaaAllah akan ambik iktibar.

      Haa TTM tu short form untuk "teman tapi mesra" kak hihihihi 🙈

      Delete
  3. Begitulah dunia. diciptakan dengan pelbagai ragam manusia tidak lain dan tidak bukan supaya kita mempelajari sesuatu darinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat. Tanpa sedar dengan ragam mereka jugak kita improve diri untuk jadi lebih baik hehe

      Delete
  4. Allahuakbar.. Semua yang tersenarai tu membuka mata akak.. Akak mohon share di blog akak ye nanti ira untuk ingatan akak sendiri.. Akak akan creditkan blog ira nanti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.Boleh aje kak Lea silakannn 😍

      Delete

© MEANT TO BE. Design by FCD.