CONTOH TEMPLATE EMAIL FOLLOW-UP SELEPAS HANTAR CV / RESUME

10 May 2017


Pejam celik pejam celik rupanya harini genap setahun umur matang aku sebagai wanita bekerjaya. Bekerjaya ke? Hew. Alhamdulillah dengan segala nikmat yang Allah berikan. Rasa macam baru je sangat lagi naik pentas grad sesama dengan classmate berhoora horay dengan housemate rupanya dah setahun weh. Aduh rindu betul dengan zaman belajar bila fikir-fikir balik. InshaaAllah kalau ada rezeki lebih boleh sambung suatu hari nanti hehe. Pejam celik lagi tengok balik tarikh previous post, 3 week ago. Fuhh dah nak masuk sebulan rupanya blog aku terabai. Maaflah hakak sibuk sikit sekarang. Too busy making money 😂

Aku pernah berazam bila dah cukup setahun pengalaman aku nak mulakan penghijrahan ke tempat yang lain yang lebih mencabar. Eceyy bukan nak kata kerja sekarang tak mencabar, tapi aku sedang cabar diri sendiri untuk impress kualiti kerja yang bersesuaian dengan kelayakan dan cita-cita aku. Mulakan pencarian untuk pengalaman dan suasana kerja yang baru. Tak salahkan? Yang tensionnya bila dah submit resume sana sini tapi tak ada apa khabar pun. Senyap gantung tak bertali. Sedih betul. So aku start buat penilaian diri dan jumpa satu tips ni yang aku rasa "ehh why not aku cuba praktikkan". At least nampak kesungguhan kat situ.

Antara dua contoh template yang berkesan dan nampak sopan je. Nak buat call belum tentu mereka ada masa nak layan kita. Gunakan email sebagai medium "tanya khabar" resume kita dekat bakal majikan. Jangan risau, mana-mana je syarikat dorang mesti check email setiap hari. Tak perlu lagi nak call hari-hari dan tak adalah nampak desprate sangat yang kita memang tengah job seeker. Kan?

Contoh Template Follow Up #1

Subject line Email
Software Developer – Application Nur Neelofa

Email Body
Dear Mr. / Ms

I submitted a CV/Resume earlier this month for the Software developer advertised in the Jobstreet.com.my.

I am very interested in working at ABC Company and I believe my skills, especially my C and java experience at EFG company, would be an ideal match for this position.

If necessary, I would be glad to resend my resume or to provide any further information you might need regarding my candidacy. I can be reached at (123)456-7890 or abcdef@abcd.com. I look forward to hearing from you. Thank you for your consideration.

Sincerely,

Neelofa


Contoh Template Follow Up #2

Email Body
Dear Mr. Fattah Amin,

Hi my name is Nur Neelofa. I submitted my resume a couple weeks ago, and I just wanted to make sure that you received it.

I'm really excited at the prospect of working at Lofattah Company and I look forward to the opportunity to meeting with you to discuss this opportunity futher.

Regards,

Neelofa



Simple and nice kan dua contoh template ni. Korang prefer contoh yang mana? Hah jangan pulak harini kau hantar esok terus email tanya. Sabar ! Bagi pegawai HR tu tempoh untuk menilai setiap calon. Ingat kau sorang ke yang minta. Sekurang-kurangnya 2 minggu selepas tarikh mohon. Dan penting untuk aku ingatkan korang, emailkan kepada alamat email yang digunakan semasa hantar permohonan. Kalaulah dia terlepas pandang senang nak re-read je email yang sebelumnya.

Faham tak tu. Aku harap tips ni membantu (tak banyak sikit pun jadi) kepada yang mana dah lama sangat tanam buah yang tak berbuah dan sangat memerlukan kerja untuk meneruskan kehidupan yang kian mencabar urat saraf tunjang ni. K melalut. Lepas ni takdelah nak tunggu je "orang" suap yedak? Tunjuklah sikit usaha kesungguhan yang kita memang berminat dengan jawatan yang dimohon. Mana tahu tetiba terlembut hati HR yang terima email kita tu dan terus nak selitkan nama kita dalam senarai nama calon terpilih. Siapa tahu? Usaha tangga kejayaan babe. Semoga segala urusanmu dan aku jua dipermudahkan.

Nota kaki : watak yang dinyatakan disini tiada kena mengena dengan yang hidup mau yang telah mati. Jangan kecam sis. Peace yow !

17 comments

  1. Wah lamanya tak bersiaran. Baru jengah blog Ira pagi tadi. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe itulah pasal tak sedar kak lama betul dia terabai iskkk 😄

      Delete
  2. Siqah baru tahu kewujudan email follow up ni. Hihi.

    Nanye kan, dulu Siqah cakap camtu gak dengan diri ini. Nak kerja sini setahun dua je, pastu nak tukar kerja. Tapi hahaha, sekarang Siqah dah 7 tahun di tempat kerja yang sama. Love and hate relationship 😌😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan kata akak sorang ira pun sama baru menahu ni hahaha.

      Pehhh love hate relationship sangat ni,adehh ira pun tak tahu lah sampai bila lagi akan stay dengan position sekarang. Bertahan je kot selagi mampu (ayat pujuk hati) 😌

      Delete
  3. Welcome back secara tak langsung..! haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duhhh indeed ni hahahah. Thank you nesz hee

      Delete
  4. terbaikk. paling win nama tu.. ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan kak? Mau kena kecam dengan peminat dorang ni 😄 Asalnya rujukan pun guna nama tu ira apa lagi join sekaki la tumpang nama hehehe

      Delete
  5. hahaha.. nama tuuu cuwittt.. hehe. btw sngt berguna untuk smua.. tq ira!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn, harap harap macam tu lah. Hehehe.

      Goodluck :D

      Delete
  6. Dah bookmark entry ni dan guna template tu, thanks Ira.... Jasamu kukenang... Sebelum ni tak terfikir nak follow up macam ni.

    Doakan saya murah rezeki dan cepat dapat kerja, heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu gunakan blog kan. Ehh hahaha sama sama kasih. Ira pun baru tahu pasal template ni. Sama-sama lah kita manfaatkan.

      InshaaAllah ada rezeki Mai, never try to give up my girl 😘

      Delete
  7. Alamak perlu rupannya buat follow up lps hantar resume..kak kalau kta hantar resume sebulan yg lps masih dpt tak hantar follow up email mcm ni..saya budak praktikal x tau apa apa hmmmmmmmmm 😧..patutlah sampai sekarang x dpt reply balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Permohonan untuk pratikal atau kerja ni? Kalau praktikal perlu awak follow up/call. Dua minggu hanya jarak tempoh. Sebulan masih belum terlewat hehe rasanya masih boleh guna template yang sama. Goodluck tau! 😉

      Delete
  8. Bagusnya entry ni. samalah kita, dah 3 tahun lebih kerja n rasa macam dah tiba masa utk keluar dari zone selesa.but tak pernah terfikir la pasal follow up email ni. hihi. nice info sangat nih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya dah ada 3tahun pengalaman. Saya baru setahun jagung tapi kerja tak kena dengan jiwa la pulak huhu.

      Pasal emel follow-up ni ira pun baru tahu menahu wak hehe

      Delete
  9. yes! seriously ira. then ad siap call tnye macam macam. HR ni tak terlayan semua.

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.