BERMINAT NAK SERTAI ASKAR WATANIAH. MACAM MANA?

11 May 2017

Kalau sebelum ni pernah aku ceritakan pengalaman sendiri suka duka sertai Askar Wataniah (AW). Kali ni aku nak kongsikan pulak macam mana nak sertai AW. Persoalan ni mungkin nampak tak penting untuk orang biasa-biasa, tapi sangat penting untuk orang luar biasa. Luar biasa yang macam mana? Seorang  anak muda yang bersemangat patriotik dan berjiwa besar seperti kawan kita yang sorang ni,  Nur Athirah.


Hai Athirah, terima kasih sebab sudi singgah baca dan tinggalkan jejak pada post saya sebelum ni. Nak jawab soalan awak dekat komen rasa macam panjang sangat pulak saya nak bebel. Okey anggap je post ni balasan dari komen ye. Hahaha (dengan harapan awak sedang membacanya).

Berbalik pada persoalan Athirah. Macam mana nak daftar AW? Meh hakak nak royak (translate : bagitahu).

Seperti yang sedia maklum aku sertai AW atas tuntutan kokurikulum SAHAJA untuk cukupkan credit point semester subject dan segala urusan pendaftaran aku sebagai ahli telahpun diuruskan sepenuhnya oleh pensyarah sendiri bersama jurulatih dari Rejiemen AW512. Seingatnya, aku diminta untuk isi dua helai borang dan bagi salinan ic penjaga dan waris. Tu je yang aku ingat kalau tak silap. Kalau sertai AW bawah IPTA IPTS senang lah sebabnya dorang memang dah ada jurulatih yang ‘pegang’. Senang kalau ada apa masalah boleh rujuk terus kepada pensyarah atau jurulatih.

Tapi, untuk orang awam yang berminat nak sertai AW tak adalah susah sangat caranya. Masih boleh. Cuma perlu siapkan beberapa dokumen dan pergi secara terus (walk-in) ke Batolian Rejimen AW yang berhampiran. Lepastu bagitahu jelah pegawai yang jaga markas keselamatan yang korang datang nak daftar diri sebagai askar wataniah.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan Kad Pengenalan Awam.
  • Salinan Sijil Warganegara (Jika ada).
  • Salinan Sijil Kelahiran.
  • Salinan Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak (Jika berkahwin).
  • 4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport.
  • Salinan Sijil-sijil Akademik/Tamat Persekolahan.

KEM ASKAR WATANIAH

  • Rej 501 AW - Kem Tebrau Johor Baharu.
  • Rej 502 AW - Kem Sg. Buluh Selangor.
  • Rej 503 AW - Kem Jalan Tambun Ipoh.
  • Rej 504 AW - Kem Bukit Keteri Kangar.
  • Rej 505 AW - Kem Telok Sisek Kuantan.
  • Rej 506 AW - Kem Pangkalan Chepa Kota Bharu.
  • Rej 507 AW - Kem Bukit Perwira Kota Kinabalu.
  • Rej 508 AW - Kem Jalan Rasah Seremban.
  • Rej 509 AW - Kem Lebuhraya Peel Pulau Pinang.
  • Rej 510 AW - Kem Sri Rejang Sibu.
  • Rej 511 AW - Kem Ria Kompleks Kuching.
  • Rej 512 AW - Kem Padang Midin Kuala Terengganu.
  • Rej 513 AW - Kem Bukit Pinang Kepala Batas Kedah.
  • Rej 514 AW - Kem Bukit Bruang Melaka.
  • Rej 515 AW - Jalan Buku Lima, Ampang Kuala Lumpur.
  • Rej 516 AW - Kem Kukusan Tawau

Sebelum tu, korang tak nak tahu ke apa syarat yang dikehendaki sebelum seseorang tu ingin sertai AW? Nah kalau tak nak tahu pun aku nak jugak bagitahu.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur di antara 18 ke 45 tahun.
  • Mempunyai kelayakan akademik SPM bagi kategori Lain-Lain Pangkat.
  • Sihat tubuh badan.
  • Tidak mempunyai rekod jenayah.
  • Mempunyai kelayakan akademik IJAZAH bagi kategori Pegawai.
  • Telah menghadiri Kursus Bakal Pegawai bagi kategori Pegawai.
  • Berpangkat Koperal untuk memohon Menghadiri Kursus Bakal Pegawai.
  • Telah menghadiri Kursus Kawad atau Kursus Senjata untuk memohon Menghadiri Kursus Bakal Pegawai.

SELEPAS DAH DAFTAR NAK BUAT APA ?
Selepas seseorang itu diiktiraf sebagai anggota Askar Wataniah mereka perlu menjalani aktiviti-aktiviti latihan seperti berikut:
  • Latihan Tempatan. Latihan yang dijalankan secara individu di luar waktu kerja atau hujung minggu antara 3 hingga 10 jam sehari. Jumlah masa latihan tidak melebihi 240 jam setahun. Latihan dilaksanakan adalah latihan kawad senjata, ilmu medan perang dan rejimental.
  • Latihan Berterusan. Latihan dibuat secara berterusan dengan memberi penekanan kepada Latihan Kolektif. Jangka masa latihan minimum 3 hari dan maksimum 14 hari. Ia adalah kesinambungan dari latihan tempatan dan dibuat secara berkelompok.
  • Latihan Kem Tahunan. Ianya adalah latihan berkelompok untuk menguji tahap kecekapan anggota yang dilaksanakan selama 15 hari. Latihan yang dilaksanakan meliputi fasa kem dan medan.

TAK FAHAM LAH. NAK TANYA PUSAT PERTANYAAN YANG SAHIH KAT MANA ?
Ciss ! Penat-penat aku bebel korang tak faham jugak. Hahaha takpe, aku pun dah malas nak terang banyak.

Alamat ;
Markas Tentera Darat
Bahagian Pasukan Simpanan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

No Tel ;
(60)3-20598400

Email ;
akh.dit@mod.gov.my

Website | FAQ 

Kesimpulan, untuk menyertai pasukan Wataniah tak susah pun. Korang hanya perlu melapor ke pasukan Wataniah Siri 500 yang terdekat dan mendapatkan taklimat dokumentasi bagi tujuan permohonan kemasukan.

P/s : harap Athirah faham lah ye dan selamat berjaya 😘 

18 comments

  1. Bagus entri ini Ira. Dapat memberi info kepada mereka yang berkeinginan untuk join askar AW 😊👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe harap harap macam tu lah kak 😬

      Delete
    2. teringin sangat memang minat dri kecik lagi skang ni saya join rela kmpul sijil kalau dapat alhamdullilah .tahniah pada yang terpilih jd aw ni .

      Delete
  2. Info di terima dan clear Puan.

    Eh betul ke Puan korang pgl dalam AW tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ira pangkat yang kaki kaki je kak 😂 Puan tu untuk pegawai tinggi memang tak sampai dan tak layak la ira ni 😅

      Delete
  3. fuyyooo AW ya... gempak lah hehehe

    ReplyDelete
  4. Peranan askar sangat besar dalam negara,,, cuma kita yg tak menyertai ni aje yg tak memahami sebetul betul nye.

    ReplyDelete
  5. macam menariks. thanks infonya

    ReplyDelete
  6. kalau yang sudah ada nombor tapi tak dipanggil tu macam mana plak?krusus dah lepas

    ReplyDelete
  7. kalau nombor badan dah ada tapi belum dipanggil?n terlepas krusus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak taknak kena tunggu turn jelah kursus sekali dengan batch seterusnya.

      Delete
  8. Kalau pelajar ipts , nak mohon sbgai AW kena jumpa pensyarah ke atau staf pejabat yang bertanggungjwb ?

    ReplyDelete
  9. AW boleh diserap jadi askar tetap tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Askar tetap kena daftar pengambilan bawah ATM, bukan AW.

      Delete
    2. Ya..Saya Bekas Askar Wataniah...Saya Mahu Aktifkan Untuk Menjadi Askar Wataniah Sepenuh Masa.

      Delete
  10. Assalamualaikum dan salam sejahtera...Saya Mohamad Fahami Bin Azizan..bekas prajurit askar wataniah rejimen 509 2009...
    Sekarang saya ingat mengaktifkan keahlian prajurit muda askar wataniah..
    Saya harap pihak tuan,puan dapat mengambil saya sebagai askar simpanan buat kali yang kedua dan selamanya..
    Alamat Dan nombor contant saya..
    No,03.01,Block G,
    Pangsapuri Jasa,Mutiara Rini,
    81300.Skudai,
    Johor Baru.
    Darul Takzim
    0187817465

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.