AIRMATA SEBELUM RAMADHAN

Airmata Sebelum Ramadhan
Salam ramadhan pertama semua. Puasa ketew? Alhamdulillah. Hari pertama puasa ni aku mulakan dengan hari yang kurang ceria dan dalam proses nak cari balik mood ceria tu sebabnya sehari sebelum dah banyak sangat sendu sedannya. Kenapa ntah tetiba syahdu semacam pulak sambutan puasa tahun ni. Aku sorang je ke yang rasa macam tu? 

Kalau tengok pada cover photo entri pun rasanya dah boleh agak apehal yang aku nak sendu sedan kan sangat tu. Em tahun ni merupakan tahun yang ke 12 aku sekeluarga berpuasa tanpa abah. Sekejap tak sekejap jugak dah nak masuk 13 tahun abah tinggalkan kami. Puasa tahun sebelum ni bukan kata kami dah lupa dekat abah tak k tak. Tiap hari tiap masa setiap kali selepas solat tak pernah pun lupa doakan untuk abah kat sana. Ibu apatah lagi. Cuma tahun ni ingatan rindu tu membuak-buak.

Ini merupakan kali kedua aku datang lawat kubur abah dan pertama kalinya buat ibu dan adik-adik (kecuali adik bongsu lelaki aku). Aku pernah datang ke kubur abah masatu umur aku baru 10 tahun. Dulu lepas je abah meninggal aku sekeluarga tumpang tinggal dengan tokmi (mak abah) sebelum rumah yang aku duduk sekarang siap bina. Adik bongsu abah, aku panggil cumat dengan bini dia memang tinggal dengan tokmi. Kalau setiap jumaat lepas subuh memang cumat akan keluar pergi lawat kubur. 

Ada satu jumaat tu, ntah macam mana aku sendiri pun tak ingat samada aku sendiri yang nak ikut atau cumat yang ajak pergi kubur. Budak-budak lagi masatu apalah sangat nak faham makna sebenar kubur tu. Aku ikut je (rasa macam eksaited jugak masatu). Orang “first time” nak pergi kubur la katakan huhu. Sampai je dekat satu “rumah” ni cumat berhenti aku pun ikut lah berhenti. Aku tak ingat macam mana cumat bagitahu aku yang itu kubur abah tapi yang aku ingat sampai sekarang aku duduk tepi kubur tu dan menangis semahu mahu hati.

Dari awal sampai habis yassin yang cumat baca aku memang tak berhenti lagi menangis. Memang aku ni mengganggu ketenteraman jiran tetangga abah nak berehat lah masatu. Sebelum nak tinggalkan “rumah” tu cumat suruh aku hadiahkan fatihah untuk abah dan lepas tu aku ikut pulak cumat lawat rumah tokki toknyang dan paklong.

Sejak dari haritu aku memang dah tak kuat nak pergi lawat kubur abah sehinggalah jumaat semalam (26.05.2017) itu pun lepas ibu yang ajak. Sebelum ni pernah ibu bagitahu aku nak pergi lawat kubur masa genap tarikh 12 tahun pemergian abah tapi tak kesampaian sebab waktu tak mengizinkan. Alhamdulillah lepas jugak hajat ibu nak kenal “rumah abah” dan jatuh pulak hari jumaat sehari sebelum puasa. Aku ingatkan selepas peristiwa aku menangis semahu hati tepi kubur tu aku dah takkan sampai lagi ke sini. 

Alhamdulillah kekuatan tu datang bersama ibu dan adik-adik. Itu pun aku masih lagi gagal kawal emosi yang sememangnya tengah emosi cuma kali ni aku tak teresak esak seperti dulu. Hanya sebak perih dia terasa sampai ke lubuk hati yang paling dalam. Lagi lah bila aku tengok ibu tengok adik-adik berkumpul depan rumah abah tu. Terimbas semua bayangan dan kenangan dalam kepala dah macam ulang tayang cd kaset.

Komen dari kawan instagram
Baca pulak komen di antara mereka di instagram aku aduh buat aku rasa lagi lah nak menangis teresak-esak.

Ye aku memang akan kuatkan diri selalu cuma akan nangis sorok-sorok je sikit. Tapi kan boleh tahan sebak bertakung jugak lah airmata aku nak boleh siapkan entri ni. Sebak tak habis lagi rupanya. Ingat nak bercerita sebelum tidur (semalamnya) tapi rasa-rasa memang takdan nak taip apa lagi dah pecah retak empangan banjir dulu. Almaklumlah emosi tengah tak berapa nak stabil. Em em apapun terima kasih sudi baca bebelan panjang sendu aku di hari pertama puasa ni hehe.

Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka dan bersahur awok-awok 😘

13 comments:

  1. alfatihah untuk arwah abah awak :* awak kan kuat. jangan selalu sedih tau. doa yang baik baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah. Terima kasih elsa. Pinjam semangat kejap 😃

      Delete
  2. Titipkan doa selalu Ira. Semoga arwah ayah ira di tempatkan bersama golongan org yang beriman. Amin.

    Selamat menjalani ibadah puasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah aamiin. Tak pernah lupa kak selit doa untuk arwah. Terima kasih kak.

      Selamat menjalani ibadah puasa jua 🙂

      Delete
  3. SALAM RAMADHAN
    SABAR YA SAHABAT
    SEGALANYA KETENTUAN ILAHI
    YANG HIDUP PASTI AKAN PERGI
    TABAH HADAPINYA YA...

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan sis. be tough always oke :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadhan jugak awak. InshaaAllah 😄

      Delete
  5. Be strong Ira.. Salam Ramadhan untuk awak.. :)

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah untuk arwah ira, semoga terus kuat ya :) banyakkan berdoa untuk arwah.
    Selamat menyambut bulan Ramadhan.

    ReplyDelete
  7. AlFatihah...semoga roh ayahanda Ira ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan sebagai anak bersedekah lah selalu untuk dia..

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah buat arwah.. MOga Ira terus kuat untuk menjalani kehidupan tanpa org tersayang..

    ReplyDelete
  9. Al Fatihah untuk arwah Ayah Ira. Be strong tau. Happy in Ramadhan and Syawal okay 😘

    ReplyDelete