FUEL SHACK - PERTAMA KALI JEJAK

11 April 2017

Hujung minggu akhir bulan mac haritu pergi teman adik aku yang lepasan SPM temuduga untuk Biasiswa Peneraju Tunas Potensi dekat Kuala Lumpur. Gigih kot aku teman adik aku ni pergi balik hari berdua dengan dia, eh tak tak aku tipu! Ada bodyguard temankan kami jadi tour guide kononnya. Tapi memang dia dah tolong guide dari awal sampai akhir pun alkisahnya hihi. Alhmdulillah ada lagi orang baik hati dalam dunia ni (kalau dia ada baca blog aku, haa memang tengah puji up melambung lah ni kennn). Awak, sila berbangga sekarang phui.

Review ; Pertama Kali ke Fuel Shack

Fuel Shack Signature dengan tema 'Come Hungry, Leave Happy'.

Lepas selesai semua urusan untuk haritu, berkampung lah sepetang di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk kembali pulang ke lubuk asal kami. Sebelum balik sememangnya tangki perut perlu diisi terlebih dahulu dan my bodyguard recommend untuk rasa makanan dekat sebuah kedai makan ni (the words that I think best describes that time). Katanya sedap. Aku memang tak pernah nampak pulak Fuel Shack ni dekat mana-mana dalam kawasan Terengganu rupanya cawangan yang dibuka memang sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan yang terbaru  di Sarawak. No wonder lah aku tak familiar langsung dengan namanya. Yang aku biasa dengar dan nampak selalunya kfc, mcd, burger king, marrybrown haa apa lagi heh ?

Review ; Pertama Kali ke Fuel Shack

Ni pemandangan dari luar Fuel Shack yang berlokasi di TBS. Memang satu tarikan sangat nak mengajak orang masuk kedai dia, bagai di pukau. Dengan dekorasi serba merah memang kalah teruk tarikan dari kedai lain yang ada kat situ. Pulak tu ada tersadai vespa comel depan pintu masuk sebagai menyambut kedatangan tetamu. Eh sukenyerrrr !

Review ; Pertama Kali ke Fuel Shack

Nampak meja yang brader tiga orang tu duduk, situ jugak kawasan kami lepak makan. Eh. Macam lah ada orang keeeesah nak tahu ke? Keluasan kawasan tempat makan bagi aku 'boleh lah' kalau setakat nak masuk-duduk rehat-makan-balik sementara nak tunggu turn bas tu. Agak kalau meja dalam penuh belah luar sana ada je meja kerusi tambahan tapi macam tak ada feel lah pulak. Untuk cawangan lain aku tak tahu luas mana kawasan makan Fuel Shack ni. Yelah aku masuk Fuel Shack ni pun pertama kali, kalau orang tak ajak makan memang tak masuk lah ceritanya. 

Apa yang aku tahu melalui pembacaan signature Fuel Shack memang ada buka untuk pelanggan yang nak buat acara dekat sana untuk majlis rasmi tak rasmi ke.  Antara function event venue like corporate events and meetings, receptions, family functions, club and association meetings. Dan mungkin banyak lagi. Kalau yang mana ada niat nak buat birthday party ke apa ke boleh je reserve tempat dulu.

Review ; Pertama Kali ke Fuel Shack

Apa yang kitorang order ? Haa aku dengan adik pilih cheeseburger sebagai santapan. Dua beradik yang sememangnya gila cheese. Memang pantang atuk nenek moyang lah kalau makanan yang berkait dengan cheese ni. Harga cheeseburger ni RM 13.90. Rasanya pulak komen aku sangat okey dan kena dengan selera anak tekak. Sayur yang segar dan 'rangup' terasa la nikmat makan burger tu tapi yang paling best yang aku terngiang sampai harini beef patty dia sumpah juicy. Tak macam beef patty yang beli dekat pasar malam ke mcd ke? Ops! Sorry not sorry lah untuk peminat tegar burger mcd hehe. 

Review ; Pertama Kali ke Fuel Shack

Classic dawg pulak pilihan dia. Harganya RM 10.90. Untuk komen rasa aku tak berani nak jamin okey atau sedap ke tidak. Nampak dari gaya habis makan mungkin okey la kot atau memang dah kebulur sangat hewhew (aci je ke jawapan camtu). Cuma ada lah dia komen pasal mustard sos ni. Aku pun calit la sikit rasa. Masin nak membunuh woi. Dahtu rasa macam serbuk kunyit omak kat dapur yang dipekatkan menjadi sos 😂

Review ; Pertama Kali ke Fuel Shack

Hajat tak kesampaian nak merasa grilled chicken wrap ni. Dari dalam menu nampak menggiurkan sangat tapi order untuk haritu kehabisan lah pulekkk. Nasib la aku ni tak pregnant ke apa kalau tak mau kempunan ngidam tak lepas ni haha. Mungkin next time boleh try kalau sampai ke Fuel Shack lagi.

Review ; Pertama Kali ke Fuel Shack

Kalau yang mana agak was-was nak masuk makan halal ke tidak Fuel Shack ni. Nahhh aku sertakan sekali pengesahan sijil halal yang aku jumpa dalam twitter rasmi dorang. Fuel Shack ni bawah pengelolaan syarikat Shalimar Teahouse Sdn. Bhd. Inshaa-Allah diyakini HALAL !

Total harga aku tak sure berapa sebabnya orang belanja alhamdulillah. Yang aku tahu untuk soft drink atau fries harganya kira suku. So orang belah KL Selangor boleh la pergi cuba sekali rasa sedap ke tidokkk.

Website ;

Facebook ;

Twitter;

Booking event vanue (direct);
Zul Shahrom 
Phone : 017-671 5050
Email: zul@fuelshack.com.my

14 comments

  1. Nampak sedap burger tu. Tp bab yg sos rasa masin yg amat memang kak ana tak kan cuba lah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak nyesal kot kalau rasa burger dia hehe

      Delete
  2. Hoisss makanan dia mengancam jiwa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat burger mungkin boleh try sini lepas ni :D

      Delete
  3. Elsa selalu pergi aeon shah alam tu ada fuel shack nie tapi mampu lalu je hahaha. Nak kena try sekali dua nieyh

    ReplyDelete
  4. wow..bagus gila rupa burger tu...

    apa yang penting ia halal dan tidak diragui

    ReplyDelete
  5. Selalu jugak makan Fuel Shack ni. Selalu order burger mini tower dia je. Memang sedap gila mini tower tu 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usha jugak mini tower dia tapi tak terfikir pulak nak order takut tak cukup sorang heheee

      Delete
  6. Duk kl lama juga la tapi tak pernah try Fuel Shack ni sebab harga dia aduii macam tak mampu milik betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sekali sekala boleh la kalau tiap hari tiap minggu gigit jari jelah

      Delete
  7. menu mana yang paling best kalu kt fuel shack ni?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum
    Harga termasuk minuman x..?

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.