PERBEZAAN ANTARA SUKA, SAYANG, CINTA ?

2 April 2017

Perbezaan antara SUKA, SAYANG, CINTA

Saat kau MENYUKAI seseorang,
kau ingin memilikinya untuk egomu sendiri.

Saat kau MENYAYANGI seseorang,
kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau MENCINTAI seseorang,
kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu sendiri.

............

SUKA adalah saat ia menangis,
kau akan berkata "Sudahlah, jangan menangis".

SAYANG adalah saat ia menangis,
dan kau akan menangis bersamanya.

CINTA adalah saat ia menangis,
kau akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata "Kita selesaikan masalah ini bersama".

............

SUKA adalah saat kau melihatnya,
kau akan berkata "Ia sangat cantik dan menawan".

SAYANG adalah saat kau melihatnya,
kau akan melihatnya dari hati dan bukan mata kau.

CINTA adalah saat kau melihatnya,
kau akan berkata "Pada aku dia adalah anugerah terindah  yang pernah Tuhan berikan padaku".

............

Pada saat dia yang kau SUKA menyakitimu,
kau akan marah dan tidak mahu lagi bertegur dengannya.

Pada saat dia yang kau SAYANG menyakitimu,
kau akan menangis untuknya.

Pada saat dia yang kau CINTA menyakitimu,
kau akan berkata "Tak mengapa, dia tidak maksudkan apa yang telah dia lakukan".

............

Pada saat kau SUKA padanya,
kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kau SAYANG padanya,
kau akan MEMBIARKAN MEMILIH.

Pada saat kau CINTA padanya,
kau akan selalu tulus dan setia MENANTI.

............

SUKA adalah kau akan menemaninya di saat dia menguntungkan.

SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

CINTA adalah saat kau akan menemaninya di saat bagaimana sekalipun keadaan dia.

............

SUKA adalah hal yang menuntut.

SAYANG adalah hal yang memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela hati.

Hanya cinta yang bersemi kerana IMAN DAN AKHLAK yang mulia, suci dan sejati agar cintamu abadi.

Tapi ingatlah :
Cintakan bunga, akan layu. 
Cintakan manusia, akan mati. 
Cintakan Allah, kekal abadi. 
Itulah cinta, cinta yang hakiki.

Waallahualam. 

4 comments

  1. Cintakan Allah, kekal abadi. Sangat benar 👍

    ReplyDelete
  2. Menunggu CINTA SEJATI yang diredhai Allah & direstui ibu bapa :)

    ReplyDelete
  3. betul, suka-sayang-cinta ni sebenarnya berlainan maksud. kengkadang ada juga yang tidak faham erti suka ni.

    ReplyDelete
  4. bercakap pasal cinta dan perasaan buat saya pening lol. too complicated to brain

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.