MY ONLINE BEAUTY HAUL

My Online Beauty Haul

Hai semua. Sejenis Ira ni memang sangat sangat sangat suka usha mekeup atau skincare baru tak kira brands atau local product. Tang makeup tu usha je tau nak pakai sendiri tak berapa nak suka. Kalau ada pun just a basic thing lah like foundation, concealer, compact powder, lipstick tu yang wajib ada dalam listing tapi makeup yang heavy sangat belum sampai seru lagi. Kalau skincare memang aku akan rambang mata. Sekarang pulak dengan bermacam viral pasal kesan jangka panjang rebranding product dan memang tobatlah aku nak mencuba atau cuba-cuba beli. Muka nak pakai lama dek oi. In the end aku lebih selesa dan rasa terselamat dengan drugstore product je. Maka dengan berbesar hatinya aku nak kongsikan empat pilihan online beauty drugstore yang mungkin dah pun jadi favourite port untuk aku shoping moping cuci mata hehe.

  • Guardian
Guardian e-Store
Website : https://online.guardian.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/guardianmalaysia/
Percuma kos penghantaran setiap pembelian RM150 dan keatas.

Guardian drugstore boleh dikatakan my first love jatuh cinta pandang pertama gitchew. Eceyyy ! Yes sebabnya sebelum aku tahu kewujudan Guardian e-Store memang dulunya lagi aku dah suka jelajah kedainya. Pantang jumpa lah dekat mana-mana shopping mall je mesti nak masuk dan buat lawatan tak rasmi dari sudut depan sampai sudut belakang.

Pros? Selalu buat sales kaw kaw dan bagitahu aku sekarang perempuan mana yang tak suka bila nampak perkataan SALES tu. Habaq mai hehe. Sekarang segalanya dihujung jari. Klik klik je tapi aku jarang nak gunakan kemudahan yang itu. Masih lagi old school style. Kalau nak beli apa-apa dari Guardian walk-in je (sebulan sekali wajib) cumanya aku akan pilih barang apa yang aku nak beli melalui Guardian e-Store ni dan buat sikit review baru decide samada nak beli ke tidak. Mudah kan macam tu? At least jimat masa sampai je Guardian terus beli tak payah nak termenung depan rak lama-lama.

Cons? Guardian tak sediakan member card so jangan pulak pi kaunter kata nak register as member. Memang meminta lah dengan akak cashier tu hiks. Tapi aku okey je kot sebabnya sales mereka ada setiap bulan dan kadang tu melampau lampau . So kalau nak shopping sakan kena pandai cari musim sales baru dapat borong murah. 

  • Watson 
Watson e-Store
Website : http://www.watsons.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/watsonsmy/
Percuma kos penghantaran setiap pembelian RM50 dan keatas.

Bagi aku Watson ni saingan hebat Guardian kot. Bagi aku jelah sebabnya aku suka buat perbandingan antara dua drugstore ni. Kebiasaanya perbezaan dari segi harga dan brand product. Watson pun kalau buat sales tak nak kalah jugak tapi jarang sekali nak dapat sales dari Watson ni.

Pros? Watson ada member card. Kelebihan ni mungkin hanya pada yang berdaftar sebagai membership sebab banyak benefit dan reward yang akan korang dapat sebagai contoh seperti dalam gambar di atas. Hanya untuk member ye so berdaftarlah sebagai member cepat cepat. Antara kemudahan lain yang best dalam Watson, adanya mobile app dan setiap pembelian atas talian yang berharga RM50 keatas penghantaran adalah percuma. 

Cons? Hmmm kurangnya ada sales dan tiada special benefit untuk non-member.

  • Hansaegee Nature
Hansaegee Nature
Website : http://www.hansaegee.com
Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/
Percuma kos penghantaran setiap pembelian RM60 dan keatas.

Jangan cakap orang yang “anti-korea” macam aku tak suka product korea tau hahaha. Bukan anti apa sangat pun cuma kurang je sikit. Tak obses macam adik dan kengkawan diploma dulu yang dopolohpatjam dengan kdrama. Mau aku tak bising. Itu pasal yang dapat title “anti” ni haa. Sebenarnya aku biase biase jerr. Hansaegee Nature adalah satu-satunya pengimport tempatan yang mengimport dan memperkenalkan product yang berkualiti dari Korea. Menarik kan? 

Pros? Hansaegee selalu buat month promotion for member and non-member customer tapi kebiasaanya dijual dalam bentuk set dan bersama hot item sellers mereka. Setiap pembelian akan ada reward (member). Kadang-kadang memang rambang mata dan paling penting kalau nak shopping dengan Hansaegee at least spend money untuk product mereka wajib RM100 dalam tangan lah ye. Lain-lain, customer review dan tutorial pun ada disediakan.

Cons? Reward point hanya terbuka untuk yang berdaftar sebagai member sahaja dan minimum untuk penebusan setiap pembelian hanya 100 point = RM1.00. Ingat ye non-member Hansaegee tiada hak keistimewaan diberikan selain month promotion. Selain tu, setiap pembelian dan penghantaran hanya berlaku dalam Malaysia sahaja. Last but not least harga yang agak tak mampu milik (cakap kat diri sendiri ni haa 😭)

  • Hermo
Hermo MY
https://www.hermo.my/
https://www.instagram.com/hermomy/
Percuma kos penghantaran setiap pembelian 2 barangan dan keatas.

Aduhhh satu lagi online korean beauty yang buat aku makin gila dan obses. Kat sini lagi akan jumpa macam macam branded product. Yang penting 100% original. Not rebranding not inspired. 100000% trusted. Plus Hermo has launched an app now. Tak percaya ke? Okey boleh pergi usha sendiri. Susah susah sangat pi download je terus dalam app store ataupun google play korang. 

Pros? Jangan cakap banyak cepat SIGN UP dengan Hermo dan korang akan dapat voucher RM15 (for the first time register only). Second, Hermo menjual brands product yang sangat famos amos sekarang, adanya tutorial review dan paling penting ada sales yang gila-gila kat sana. Selain tu jugak, tiap kali korang review ataupun tag product yang dibeli kepada Hermo (tak kisah website atau instagram) jangan tak percaya Hermo akan bagi some credit. Kumpul lah sebanyak mungkin dan korang boleh beli barang hanya dengan tebus credit tu sahaja. Gila bukan? Yang lagi gila, tak ada banking online atau tak ada baki duit dalam akaun jangan risau jangan susah hati korang boleh bayar dekat 7elevan yang terdekat menggunakan kaedah MOLpay cash. Seroiusly? Ye aku dah hampir gila ni. Tolong selamatkan aku sekarang hahahahahaaaa.

Cons? Duit korang akan habis tiap minggu. Beware ! (kerana aku seorang mangsa yang dah terjebak)

For now rasanya aku dah jumpa my second new favourite online beauty. Disebabkan korang bersungguh baca entri ni kan, aku dah ugut Hermo suruh kasi korang diskaun sempena launching #appsolutelyhermo. Yeayyy! Jangan lupa masukkan promo code untuk dapatkan special diskaun k. Nahhh ambik simpan hadam promotion code : APP18. Eh pasal ugut tu aku tipu je hehe. Promosi ni sah sampai 19 April je. Sempat lagi ni nak tebus pun.

Selamat menghabiskan duit (suara hasutan halusssssss) 😎

16 comments:

  1. I dah bercerai dengan Hermo, sebab selalu sangat buat sale.. Sakit hati... hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiyooo siapa nusyuz ni? Hahahaha. Cepat rujuk semula :P

      Delete
  2. Hehe.. jangan bebeno soping barang make up ni.. Bila dtg angin gile baru rasa nak beli make up.. Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sama aje kita kak. Ira kalau make up suka beli buat stock tapi pakainya tidak pun hahahha.Mood nak melawa baru korek balik make up yang tercampak tu 😬

      Delete
  3. Anis pun selalu terjebak bila bukak laman web HERMO, tapi selalunya kalau nak beli, akan share ngan kawan >.< disebbkn bnyk sgt belanja, skrg Anis dah jdi gold member

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagend HERMO was here hahaha. Ira pun baru je berjinak actually tahu kewujudan hermo lama tak lama la jugak cuma tak se"usha" ni je sekali hambek memang gatal tangan la ceritanya 😅

      Delete
  4. Selamat kak ana tak obses with those stuff. Pergi Guardian atau Watson pun boleh kira brp kali je setahuh. Haha. Yg no 3 & 4 tak pernah tau pun kewujudan mereka. Noob betul rasanya 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ira pun tak tahu la kak, macam habit pulak tiap bulan nak jugak masuk Guardian Watson tu. Ntah saka apa ntah dorang pakai hahahahaha

      Delete
  5. I'm not one of their user, but truly, your reviews and info are really helping others. Thanks

    ReplyDelete
  6. Hermo tu mmg fav my daughter yg minat K-cosmetic...memcm depa beli utk kegunaan...diaorg lebih pandai dari old timer ni yg tau Watson...Guardian..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti anak Umi peminat tegar korea jugak ni hehehe. Alahh Umi jangan sedih sedih guardian watson masih Ira tak lupa :p

      Delete
  7. that cons of hermo haha, Im agree :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. You should totally 100% agree kot hahaha

      Delete
  8. I love Watson because they've a lot of promotions especially for things I want to buy! hehe.
    Tapi tak pernah la beli online, lebih gemar beli dekat physical store.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha promotion Watson not really work to me, lebih gemar Guardian ngeeee

      Delete