KENALPASTI LOKASI PEMASANGAN AES DI TEMPAT ANDA

10 April 2017

Automated Enforcement System – AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik)

Apa itu AES ?
AES ialah suatu sistem penguatkuasaan yang dijalankan secara automatik 24 jam tanpa henti.

Bagaimana AES berfungsi?
i) Kamera akan dipasang di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti (hot spot) dan beroperasi 24 jam tanpa henti.

ii) Kamera disambungkan ke pengkalan data JPJ.

iii) Apabila sesebuah kenderaan melalui kawasan tersebut, jika melebihi had laju yang ditetapkan, maka gambar kenderaan akan diambil dan dihantar ke pusat pemprosesan gambar serta pengkalan data JPJ.

iv) Jika disahkan melakukan kesalahan, maka saman akan terus dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.

Peruntukkan dalam Akta berkaitan AES 
i) Seksyen 2 – memasukkan takrif “imej yang dirakam”,

ii) Seksyen 2 – memasukkan takrif”kesalahan berjadual”

iii) Seksyen 2 – memasukkan takrif “kesalahan yang dirakam melalui kamera”

iv) Seksyen 53 (1A) – Saman dianggap serah walaupun enggan terima

v) Seksyen 53A – Notis Kesalahan yang dirakam melalui kamera vi) Seksyen 53B – Kewajipan mengemukakan nama dan alamat

vii) Seksyen 53C – Kewajipan untuk tidak memberikan, menyiarkan atau mendedahkan maklumat mengenai kesalahan yang dirakam melalui kamera.

viii) Seksyen 117 (11) – imej yang dirakam boleh diterima sebagai keterangan prima facie

ix) Seksyen 46 – Jadual Kesalahan

Jadual Pertama
---------------------------------------------------------------------------------
(i) Memandu melebihi hadlaju
(ii) Tidak mematuhi isyarat lalu
(iii) Memotong garisan berkembar
(iv)Memandu di lorong kecemasan
(v) Memotong & menghalang daripada memotong
(vi) Memotong barisan
(vii)Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

Jadual Kedua – Kesalahan yang dirakam melalui kamera
---------------------------------------------------------------------------------
(I) Memandu di lorong bas
(ii) Memandu melebihi hadlaju (Speed Trap)
(iii) Tidak mematuhi lampu isyarat

sumber : http://v12gether.blogspot.my/2012/10/tahukah-anda-apa-itu-aes.html

Lokasi AES di Semenanjung Malaysia

Lokasi AES di Sabah Sarawak


sumber : group whatsapp
nota kaki : kalau berminat nak salinan asal boleh pm tepi k (file dalam PDF format)
pesanan penaja : bak kata joe flizzow "ke kiri ke kanan hati-hati bila di jalanan di sini di sana cari kawan jangan cari lawan" hehehehe 😝






5 comments

  1. tips : sila guna Waze sebab senang nak detect dekat mana ada AES atau road blog. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ira pening lah kak pakai waze tak pandai hahahaha. Kalau nak cari tempat pun biasa google map. Adehhh kak kena buat tutorial cara pakai waze la camni 😢

      Delete
  2. Nasib baik lah tiap kali drive mata nie selalu perasan ada aes hahhaha. Kalau kena sekali nie memang menangis oh hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mauuu tak menangis. 3rat kot melayang fuhhhh tak sangguuuuppppp !

      Delete
  3. Fuhhhhh banyaknya tempat nak pasang AES ni! nasib baik kat pahang takda.

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.