JERAWAT ? PLEASE BE CONFIDENT.

I'm confident in myself

Antara musuh utama seorang perempuan adalah J-E-R-A-W-A-T. Ye ! Segala mak nenek jerawat perempuan sangat anti dengannya. I'm right girl ? 

Kulit aku jenis combination skin. Sejak beberapa bulan kebelakangan ni (penghujung 2016 sehingga sekarang) kulit aku mudah sangat jerawat nak naik bertenggek. Nak kata bertukar produk tidak, salah pakai produk pun tidak jugak. Senang cerita bermurah hati lah kasi miss j ni tumpang bertenggek. Lepas dah elok seketul datang lagi seketul dan berkampung pulak parut jerawat dah boleh diisytiharkan bermastautin dekat muka ni haa. Berani betul dia bawa geng grr.

Tipu kalau kata mood aku okey okey je bila tengok keadaan kulit muka yang sekarang. Paling terasa bila ada orang tegur "kenapa dengan muka tu". Level confident yang dalam skala tinggi pun boleh turun merudum weh kena sergah camtu. Selama ni aku bukan ada masalah kulit yang serius pun setakat seketul dua sebulan sekali tu normal lah kan sebagai perempuan. Itu lah dulu masa kulit sihat tak reti nak bersyukur sekarang padan muka aku 😌

So, macam mana cara aku tampil "cantik" dan confident walaupun masalah jerawat mengganggu emosi jiwa dan raga ? Fuhhhh.

Sumber : Lifehack

SENYUM
Bila kulit kita tengah breakout waktu macam ni mesti akan ramai yang "insecure" dengan kita. Masing-masing akan sibuk keluarkan teori dan segala fatwa macam gitu macam gini acah acah konon ingin membantu. Bertenang ! Apa yang perlu kita buat ialah senyum. Hadiahkan kepada si bertanya dengan senyuman yang paling manis. Bukan lah kata nasihat mereka tu tak bagus untuk diikut atau salah sepenunhnya tapi diri kita sendiri lagi tahu jenis dan kesan baik buruknya untuk kulit sendiri. Tapi kalau berani nak trial and error, why not. Apa-apa jadi pun sendiri tanggung yedak :3

POSITIF
Tiap hari mesti nak tenung cermin tiap hari jugak bercakap depan cermin "bila kulit nak sihat ni" , "bila nak flawless lagi macam dulu" (peloles ke uolls). Please positive my girl. Daripada nak sedih bagai depan cermin dengan keadaan kulit tu makinlah stress makinlah suka jerawat nak keluar kan. So, cuba bagi kata-kata perangsang atau positive vibes dekat diri sendiri. "Halah sikit aje ni, orang lain ada lagi teruk dari aku. Bertahun dia seksa dengan kulit sendiri okey je tak mati pun. Ni tuhan uji sikit je nak kecoh. Chill lah dearself". Haa antara contoh ayat yang aku suka pakai jugak lah bila dah stress sangat hehe. At least, ada jugak rasa bersyukur tu daripada tahu reti nak merungut je.

MAKE UP
Make up antara yang banyak membantu untuk confident. Kau tempek la concealer tu tebal kalau nak sorok kan scar or parut or whatever. Sekarang dah ada macam-macam teknik atau tutorial make up untuk sorok jerawat muka lah, nak kasi tajam muka lah (vshape), nak muka putih flawless lah cuma tutorial nak putihkan hati yang hitam je belum ada. Eh sentap? (just kidding jangan kecam sis). Dah ramai je sekarang vlogger yang bermurah hati menyumbangkan dan meluangkan masa mereka untuk ajar tutorial make up tu secara percuma. Rajin dengan tidak je nak google youtube cari. Putreeo, Asyalliee, Yatie ST antara beauty vlogger kegemaran aku.

IKHTIAR
Walaupun aku kata make up boleh membantu untuk tampil confident tapi jangan pulak bergantung sepenuhnya dengan trick solekan. Sampai bila nak "bertopeng" dengan make up yedak. Jangan malas cari ikhtiar untuk kembalikan kulit yang sihat. Untuk perempuan nanti kalau kahwin mau terkejut laki, masa dating kemain peloles tapi bila dah sah maghai tak boleh beza pulak dengan mak lampir. Huh nauzubillah min zalik ! Muka tu jangan lupa cuci lepas seharian dengan aktiviti luar. Belai dan rehatkan secukupnya. Kalau rajin lagi manjakan kulit dengan masker DIY atau bahan semulajadi macam aloevera, tomato, kayu manis, serbuk kopi dan banyak lagi. Nutrisi dalam bahan tersebut adalah lebih natural dan asli. Sekurangnya dijamin selamat dan kos pun murah. Cuma kena rajin banyak banyak banyak untuk dapatkan hasil yang kebaboom. Yang sedihnya aku sendiri pun buat on off. Hmm at least ikhtiar kan ? Nampak tak sini macam mana cara nak defend diri sendiri hihi.

SABAR DAN SYUKUR
Apapun orang nak pandang orang nak kata biarkan. Pekakkan je telinga. Lepas dah usaha, ikthiar beserahlah kepada Al Wahhaab (Maha Pemberi). Dia yang selayakkan nak menganugerahkan apapun kepada hambanya. Banyakkan bersabar, berdoa dan bersyukur dengan tiap apa yang dah Dia berikan. Don't give up. Sekurangnya semua anggota masih ada sempurna pada diri kita. Mata hidung mulut telinga tangan kaki semua masih terletak pada tempat yang sepatutnya. 

Girls, don't sad you are not alone. Please be more confident ! 

18 comments:

  1. ccl selalu sapu ubat jerawat beli kat farmasi je kalau jerawat besar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kulit ira tak sesuai pun dengan ubat jerawat, pernah sekali try lag teruk kot. Lepastu dah tak berani huhu

      Delete
  2. Be confident tu yg penting. Normal lah ada jerawat. Salah satu tanda masih muda 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe aah kan kak jerawat menandakan lapisan kulit kita masih sihat tapi nak hadap dia sampai surut tu hmmm murung jugak lah 😢

      Delete
  3. elsa jarang tumbuh jerawat tapi bila dah tumbuh sekali dia punya sakit tu aishhh boleh nangis tau. hahaha. thanks for sharing sis :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa untungnya Elsa, jelous pulakk kita huhu. Welcome dear :3

      Delete
  4. Jerawat.. Hmm.. Dulu memang tak kisah langsung sekarang jadi geram bila ade jerawat.. So tengah jaga muka gila2.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, makin nak membesar kot hahah. Ira pun jaga sangat sangat tapi TERJAGA lah ni :(

      Delete
  5. Masa sekolah dulu mai jerawat teruk gila, dari jauh nampak macam blusher, bila dekat rupanya jerawat bernanah,HAHAHAHA. Pastu lewat remaja 18 tahun tu berkurangan, pastu awal 20 an muka licin macam telur rebus.....
    jangan gembira sangat..
    jeng jeng jeng. Lepastu kulit jahanam balik, macam sekolah menengah dulu. Sampai pergi kenduri, makcik2 lupa nak tanya bila nak kahwin, semua fokus dengan "KENAPA DENGAN MUKA HANG TERUK SANGAT"...

    jangan berhenti ikhtiar. Ambil ubat klinik. Sekarang dah tak ada jerawat (kadang je naik sebijik dua). tinggal parut je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhh inspiring ni. Hmmm alhamdulillah sekarang kulit Mai dah okey. Parut pun tak nampak sangat kan. Seronoknyaaaaa !

      InshaaAllah. Thanks Mai :)

      Delete
  6. sekarang, lagi banyak parut jerawat kat muka ni & liang roma besaq2 :'( confident ja rasa, tapi bila berdekat dengan org yang x boleh hidup kalau ada jerawat hatta sejibik pun di muka, otomatik confident tu goyah :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bukan takat dekat je kak, tengok kulit orang lain peloles pun confident Ira dah rasa ada unsur goyah --'

      Delete
  7. hahahahah ira, part yang tutorial nak putihkan hati yang hitam tu je takda lagi. I laughed at that!! sempat lagi nak buat ayat deep tu. Suka tengok kalau orang yang berjerawat tapi dia confident. Alah, jerawat je pun bukannya dunia nak berakhir dah (senanglah syed cakap kan hehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah amboi syed, ayat last dia pun boleh tahan deep eh ?

      Kena lah confident sikit kalau tak mau sedih nak keluar rumah hari-hari huuuu.

      Delete
  8. Masa zaman muda remaja dulu, tumbuh jerawat memang jadi rasa tak confident. Tapi, skarang ni alhamdulillah dah cool dah. Haha (mungkinkah diriku ini sudah matang?) Kohkoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha terbalik la pulak Ira dulu tak kisah sangat dengan jerawat (atau mungkin rasa itu normal) sekarang ni kalau naik teruk bimbang la jugak sebab kerja nak berdepan dengan orang. confident tu menyorok haha

      Delete
  9. jerawat ni semua orang takut kan..hihi.. biso bonar jerawat ni ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adehhh tu la pasal kann siapa je tak takut memang tabik ah hahaha

      Delete