CARA DOWNLOAD AUDIO DARI YOUTUBE (FORMAT MP3)

14 April 2017

Cara Download Audio dari Youtube (Format MP3)

Salam Jumaat. Fuhh blog aku masih dalam mood conctruction harap maaf ye di atas keserabutan yang berlaku hehe. Harini aku nak kongsi satu rahsia yang kini bukan lagi rahsia. Korang kalau nak download lagu atau video dari youtube selalunya guna aplikasi apa? Share la sikit. Install dari playstore ke lepastu peram dalam phone sampai beranak pinak storage memory tu haa. Tak payah susah la nak install bagai simpan je storage tu untuk selfie ootd anda.

Aku tak suka nak beratkan storage sebabnya bukan nak download hari-hari pun kan so aku lebih suka gunakan free online downloader. Bersepah kalau yang pandai cari dekat google (pastikan dulu yang bersih dari virus k) dan favourite online downloader aku SAVEFROM.NET. Kat sini boleh download apapun video yang formatnya MP4 ataupun video lagu nak convert format MP3. Aku ajar ni cara mobile version ye, tapi boleh diaplikasikan cara yang sama je untuk laptop atau pc (dekstop version).

Cara Download Audio dari Youtube (Format MP3)

Cara pertama, cari apps Chrome dalam phone korang dan taip youtube.com lepastu carilah apa jenis video yang korang suka. Jangan buka terus dari apps youtube dalam phone pulak. Memang sampai sudah lah tak jumpa apa yang aku nak ajar ni. Dah jumpa? Okey langkah seterusnya nampak underline dekat arrow yang aku tunjuk tu. Perhatikan dan faham betul-betul. Gantikan https://m. (mobile version) dan https://www. (desktop version) dengan ss, contoh hasil gantian ssyoutube.com/blablabla.

Cara Download Audio dari Youtube (Format MP3)

Kalau dah ikut apa macam yang aku ajar untuk cara pertama, nanti link akan bawa korang beralih arah dari youtube.com ke savefrom.net. Macam canggih semacam je cara aku plot twist kan ayat tu, harap korang faham ye hehe. Cara kedua, kalau dah malas sangat nak kena edit link bagai kan. Korang copy link youtube siap-siap lepas tu buka website savefrom.net lepastu paste link dalam kotak dekat arrow yang aku tunjuk tu. Pun boleh kalau nak guna cara ni, sama je. Cuma bagi aku buang masa la kot sebab nak kena buat dua tiga kerja. Bagi aku jelah ni, selera masing-masing.

Cara Download Audio dari Youtube (Format MP3)

Lepas dah pilih sama ada cara pertama atau kedua, hasilnya akan dapat output yang sama je. Dalam download dropdown tu macam korang tengah tengok ni macam-macam ada (macam iklan astro pulek) so untuk download video lagu dalam format MP3 korang pilih dan klik Audio MP4

Tunggu downloadinggg 100%
.
.
.
.
Siap !

Cara Download Audio dari Youtube (Format MP3)
Dah boleh repeat playlist. Tak payah susah payah nak buka youtube lagi kan hehe.

UPDATE : cara ni boleh diaplikasikan buat android ataupun ios user hokeyyy.

Papai.

7 comments

  1. Iphone ke ni? hehehe mai download kat web youtube-to-mp3 je. hehehe. kalau mp4 pakai tubemate :P

    ReplyDelete
  2. wahh boleh pakai untuk ios jugak eh? nak try lah!

    ReplyDelete
  3. IOS boleh eh> nak try lah nanti. Habis duit beli lagu je Siqah ni nanye. Sobs.

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.