WANITA MAKHLUK COMPLICATED

WANITA MAKHLUK COMPLICATED


Amboi nampak macam nak menjatuhkan kaum sendiri je dengan tajuk entri kali ni. Ada yang kata wanita ni complicated orangnya. Fakta atau auta ? Eh kejap ! Kalau awak yang sedang membaca  ini seorang lelaki jangan bersorak hooraaa horaaay dulu kerana seperti kenyaatan aku ni menyebelahi pihak korang pulak (kalau pernah terlintas lah) dan kalau awak seorang perempuan sabar kejap jangan buat kesimpulan sendiri dulu ye. Chill my girl.

Okey ini pendapat melalui pandangan mata dan dari pengalaman aku sendiri . Setuju atau tak terpulang korang lah. Nak kita boleh gaduh tepi nanti hewhew. Apa yang complicated sangat seorang perempuan tu ? 


COMPLICATED DALAM BERSIAP AWAL

Diakui kot perempuan bila bersiap memang akan ambil masa yang lama. Tak cakap orang aku pun sama je. Termenung nak pilih baju untuk dipakai hari ni pun ambil masa 10-20 minit depan almari. Mana nak cari matching tudung lagi. Dilema pulak shawl ke bawal. Belum masuk cerita yang bersungguh google tutorial shawl ataupun makeup harian. Senang cerita serba serbi lah dari atas ke bawah nak kena 'on point'. Tapi kan kenapa aku perhatikan yang selalu datang awal ke kelas atau pejabat mesti perempuan walaupun mereka bersiap lambat ? 


COMPLICATED BILA MENCARI BARANG

Nak cari satu jenis barang je tapi mesti kena jelajah satu kedai ke satu kedai. Perangai betul lah perempuan ni hahaha. Lelaki jugak senang set dalam kepala siap-siap nak beli apa sampai je terus menuju sasaran. Tak payah nak pening kepala nak lenguh kaki kan. Dalam "mudahnya" lelaki kenapa ada diantara barangan yang sama dibeli tapi harga yang perempuan dapat jauh lebih murah ataupun kualiti barang lebih tahan lama ? 


COMPLICATED DALAM MEMBUAT PERSIAPAN

Perempuan memang sangat teliti dan sangat sensitif dengan sesuatu perkara. Bila bab-bab berkemas untuk berjalan jauh atau balik kampung memang superb sebolehnya satu rumah nak angkut sekali. Perempuan seminggu sebelum mungkin dah mula berkemas sikit-sikit apa yang patut berbeza dengan lelaki sejam sebelum pun boleh asal boleh lah. Betul tak ? Perempuan pulak dari sekecil benda hingga sebesar perkara akan difikirnya. Semua barang dirasakan perlu dan sangat penting. Kalau tak percaya cuba-try-test sekali bila jalan jauh minta dengan mak atau kakak korang nak pinjam ketip kuku, ada ke tidak hehe.


COMPLICATED TENTANG HATI DAN PERASAAN

Bab ni aku tak tahu lah nak hurai macam mana yang pasti memang salah satu complicated terbesar kot dalam diri perempuan. Hahaha. Perempuan memang suka berperang dengan hati dan perasaan sendiri kan. Bila marah dia takkan bagitahu yang dia marah tapi akan bagi 'silent treatment'. Terpulang samada pasangan atau kawan tu faham atau tak dengan "hint" yang dibagi. Kalau memang jenis tak faham faham bahasa jugak hm sendiri mau ingatlah !

Apa lagi complicated yang aku tak sebutkan? Hey my girlfriend, which one complicated you are? Haha complicated betul ni. Aihh macam mana complicated pun seorang perempuan tu, Allah ciptakan kita perempuan ni unik. Golongan kita jugak yang lelaki cari nak buat calon bini yadak? Ke dorang nak cari yang sama gender ? Ops ! Perempuan sebenarnya tak complicated pun abang pakcik sekalian kalau betul-betul faham perangai si perempuan. Cewah. Tak mustahil dia pun nak cuba belajar memahami seorang lelaki kalau kena cara dan gayanya. Apapun berbanggalah kita wahai wanita menjadi seorang perempuan yang sangat lah complicated dan comel ini. Haa setuju tak ?

p/s : why so serious ?

20 comments:

  1. Replies
    1. Biasalah kan CCL, perempuannnn hehe

      Delete
  2. banyak lagi sebenarnya perempuan punya perangai nie tau. antaranya complicated dengan lapar dan kenyang. hahahha. pengalaman elsa sendiri, kalau badmood memang mencari makanan, even dah kenyang pun mahu lagi tu nak telan. lepastu dah kunyah macam2 pun still kata lapar lagi. apa semua nieeee. hakhakhakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setujuuu ! Memang banyak sangat lagi sebenarnya cuma lupa pulak perangai pelik sendiri bila dah start menulis ni hahaha --'

      Delete
  3. Wanita mahkluk paling complicated. Hehe. Tapi some of complicated tu yg bawa ke arah kebaikan especially bab bila senarai barang2 keperluan. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan kak, betul sangat sangat. Bab tu memang Ira tabik especially dekat kaum ibu. Kita yang anak ni sendiri pun kadang tu tak ingat tapi dia yang tolong ingatkan apa yang patut dan perlu hihii

      Delete
  4. Complicated yang last sekali.. betul sangat, tengah berperang dengan perasaan sendiri, cakap boleh lepaskan dia, sebab tu pilihan yang dia nak, tapi, esoknya, tak rela pula. Menangis sorang2, hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perempuan ni satu hal lagi kalau bab hati perasaan memula je lembik cengeng sekali dah move on jeling dia pun taknak hehehe. Stay strong S.K :)

      Delete
  5. Dah baca semua and kesimpulan dia memang wanita complicated hahaha. Sebab itu dipasangkan dengan lelaki. Saling melengkapi macamtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haipp sempat lagi eh mengata hahaha 😂 Aah betul lah tu Allah dah cipta serba serbi lengkap sebenarnya. Cewahh

      Delete
  6. Haha. Siqah setuju semua points yang Ira letak dalam entri ini :D tertepek pada diri sendiri. Hihi. Biasanya ambil masa paling lama untuk bersiap. Susah tau nak cari tudung matching dengan baju walaupun rasa tudung dah banyak. Hihi.

    Siqah pun kalau pergi berjalan, sure beg besar. Rasa nak bawak satu wardrobe berjalan sekali. Hihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sifat perempuan kan kak, baju tudung penuh almari pun masih tak tahu nak pakai apa hahaha

      Delete
  7. Kami 6 beradik perempuan (sorang laki), boleh bayangkan tak betapa complicatednya manusia dalam rumah ni. Hahaha tabik untuk abah yang tabah melayan kami & mama, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang laki tu untung lah boleh belajar perangai pelik pasal perempuan dengan adik beradiknya tu. Mereka insan-insan yang tabah sebenarnya Mai, hahahhaa.

      Delete
  8. mmg betul. perempuan ni susah sngt nak paham. perangai pelik2. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Busyra, terkadang kita yang perempuan pun tak faham perangai perempuan sendiri hahaha

      Delete
  9. Sebenarnya perempuan mmg lg complicated but itu la yg melengkapkan sifat simple lelaki.. kan? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aceceyyy hahaha betul betul betul :P

      Delete
  10. Saya kadang2 rasa sedih tak bersebab. Pastu nangis2, then okey lepastu. Siap boleh gelak2 lagi. I also don't understand my own feeling. Haha

    Tapi, bab bersiap awal dan buat persiapan tu saya kureng sikit laa kot complicatednya. Bersiap tu agak laju walaupun still takleh lawan abah n adik lelaki saya bersiap. Persiapan memang tak reti nak spesifik. Kalau pegi program, kawan bawak beg dua tiga buah, saya bawak seketul backpack je. Hihi

    ReplyDelete
  11. kannnn. complicated je. kekadang sebagai perempuan pun BV takfaham diri sendiri. hahahhaa.

    ReplyDelete