PENGALAMAN ; TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA 29

20 March 2017

Temuduga PTM FA29

Kalau sebelum ni aku pernah tulis tentang pengalaman menghadiri Ujian Bertulis Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29. Alhamdulillah kali ini lagi sekali aku dipanggil untuk hadiri tapisan kedua mungkin, panggilan temuduga. I'm be like "WHAT SERIOUSLYYYYY AKU TERCALON". Bila diingatkan balik cara aku jawab kertas dua semasa hari ujian dijalankan memang aku ibarat kan gelap masa depan lah untuk tercalon dipanggil temuduga. Tapi mungkin kita lupa rezeki itu milik Allah, siapa kita untuk menidakkan kerja DIA.

Macam biasa, drama sebelum hari kejadian harus terjadi. Dan masih dengan masalah yang sama, punya lah susah nak pick up phone. Ada phone macam tak ada. Ada sesiapa boleh bantu untuk atasi masalah aku yang satu ni ? Hehe.

12/03/2017
Aku dapat panggilan eh tak tak missed call sebenarnya dari nombor tak dikenali dan itu adalah hak milik unisza. Macam mana aku boleh tahu? Sebab aku google. Hahaha. Jangan tanya kenapa perangai aku ni pelik pelik je. Bila aku dapat tahu panggilan tu dari Unisza aku dah boleh agak mesti ada kaitan dengan ujian bertulis tu. Aku mengharapkan return call tapi siapa aku kan nak orang call banyak kali kan. Macam dorang takde kerja buat lain pulak hmmm. So aku pun call balik. Itu pun selepas didesak bertubi-tubi dengan team supportive aku. 

Temuduga PTM FA29

Memula conversation kena cuci lap bersih lah dengan ibu sebab suka sangat kan silent phone lepastu menyusahkan orang lain kalau ada call penting masuk bla bla bla tapi at the end of a conversation heheheeee.
Temuduga PTM FA29
Dorang ni pulak geng kepochi aku masa diploma, sama naik pulak gelabah dorang dengan aku. Tak cukup dekat twitter sibuk pulak terjah whatsapp aku tanya "weh dah call ke belum", "rezeki tu rezeki call cepat" siap ajar cara bercakap lagi alahai apehal comel sangat korang ni. Aku hempuk kang !

Kisahnya lagi pihak Unisza dah cuba call aku sejak beberapa hari sebelum tapi tak dapat kata pegawai yang incharge call masa tu. Haiyakk memang ada banyak mesej missed call masuk tapi macam biasa la aku ni mana ada perasaan nak call balik ke apa ke. Teruk betul perangai. Sudahnya dapat la berita temuduga ni last minit. Dalam tak kurang 24 jam aku kena siapkan diri fizikal mental untuk pertama kalinya diri ni nak hadiri temuduga sektor kerajaan. Haritu lah nak fotostat salinan sijil haritu jugak nak pergi minta pengesahan dengan JKKK haritu jugak buat research dan study apa yang patut. Tak ke gila namanya tu. Cuti kerja pun aku terpaksa ambil cuti kecemasan mengejut. Last minit kot. Gila tak gila tu la yang aku terpaksa hadapi. 

13/03/2017

Temuduga PTM FA29

Dalam jam 2.30 petang aku sampai tempat yang ingin ditemuduga. Seeloknya datang 20 minit awal supaya tak kelam kabut tapi bila dah datang awal aku tak nampak orang lain pun sebenarnya. Dalam hati aku ni datang terlalu awal atau dah lambat. Tapi kalau ikut kata pegawai yang call aku sesi temuduga bermula 2.45 petang. Dah was-was gila kot. Masuk dalam dengan perasan tawakal dan redha habis. Dah daftar diri dan ambil surat tawaran temuduga apa semua dari pegawai yang jaga, aku pun terus pergi ruang menunggu untuk siap sedia di temuduga. Rupanya dah penuh kerusi haa. Tak silap yang datang dalam 12 calon kot. Muka pun otai-otai belaka. Uihhh gerun omak. 

Calon yang ditemuduga hari itu ada diberikan sehelai borang skala satu (paling lemah) hingga sepuluh (paling cemerlang) dengan 10 soalan untuk  tahap kemahiran diri. Dalam borang tu yang aku ingat ada ditanya tentang skala kemahiran javascript, php, HTML, tentang pembahagian masa dan tekanan kerja. Aku merupakan calon ke 10 dipanggil untuk masuk ke bilik temuduga. Boleh bayang tak berapa lama aku tunggu, duk perati je lepas sorang masuk dan keluar. Ada yang keluar dengan muka senyum senang hati ada yang cool rilek biasa je ada jugak yang muram. Aku ni sampai dah takde hati langsung nak tengok reaksi muka calon yang keluar masuk. 

Bila dah nak hampir giliran aku, recall balik teknik-teknik yang aku belajar semalaman sebelum masuk bertemu penemuduga. Dengan langkah Bismillah aku mulakan langkah. Masuk je bilik temuduga ada empat pasang mata yang memerhatikan aku. Calm down Syahirah, SENYUM !

Soalan-soalan yang ditanya ;

  • Perkenalkan serba sedikit tentang diri latar belakang awak dan keluarga? (common iv question)
  • Apakah projek / sistem terbesar yang pernah awak buat?
  • Programming language apa yang awak gunakan untuk projek tersebut?
  • Sistem berkaitan apa yang awak buat semasa latihan industri? 
  • Apa yang awak jangkakan untuk berkerja bersama kami?

Antara soalan yang aku ingat dan makan diri aku sendiri jugak sebenarnya. Hahaha ! Kenapa aku cakap makan diri sebabnya aku bercerita pasal projek akhir FYP dan sistem yang aku buat semasa latihan industri tapi langsung tak study balik apa yang patut dan perlu. Kau ghase? Tak pasal memang terkial la lidah nak menjawab soalan. Tembak je entah mengena sasaran ke tidak. Adumak. So make sure kalau nak bercakap pasal sistem yang pernah kau buat tu pastikan semua jawapan ada dalam tangan dah pegang bukti kukuh setiap perkara.

Apa pun doakan aku moga dapat sandang jawatan ni. Antara cita-cita dan impian kot nak bekerja dalam sektor kerajaan. Terjamin sikit masa depan aku, keluarga dan bakal keluarga sendiri. Eh? 

Temuduga PTM FA29

Dah boleh simpan siap frame kan sebagai pengalaman dan kenangan pertama aku giteww. Kbye !

p/s : lain temuduga lain caranya jangan expect akan sama tiap-tiap temuduga yang dihadiri kerana aku pun beranggapan macam tu mulanya, sudahnya tak sama langsung huhuhu. Hanya untuk dijadikan rujukan dan panduan boleh. Ingat tu.

28 comments

  1. Alhamdulillah sekurang-kurangnya terpanggil jugak untuk temuduga kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe itulah pasal CCL, terkejut jugak tapi alhamdulillah :)

      Delete
  2. alhamdulillah untungnya awak! elsa 3 kali dah dapat iv SPA tapi 3 3 resultnya failed huhuhu ada rezeki sampai iv je hm. apa-apa pun In Shaa Allah semoga rezeki berpihak pada awak tau :*

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/4-tips-elak-digelar-drama-queen.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pernah terpanggil lagi untuk iv SPA. Kalau ujian ada tapi bukan berkait dengan bidang Ira minat la hehe. BTW, thank you Elsa :)

      Delete
  3. temu duga ni kalau dapat je, memang patut pergi sebab timba ilmu jugak sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann ? Setujuuu. Ira pun fikir macam tu. Dapat tak dapat cerita kedua. Pengalaman tu yang mahal :)

      Delete
  4. Alhamdulillah. Tahniah. Semoga berjaya dalam iv tersebut.. Aamin

    ReplyDelete
  5. Semoga penulis mendapat jawatan nie :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Semoga ada rezeki lagi lepas ni. Mudah-mudahan terpilih ye Ira.😘😘

    Kak ana kalau call mak ke adik2 ke kalau tak angkat siaplah. Bernanah telinga kena leter. Hehe. Bukan apa in case of emergency kan susah. Tp kalau kak ana dpt no tak dikenali kak ana tak kan angkat. Sebab kebanyakan nk promote insurance. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaaALLAH aamiin. Terima kasih kak :)

      Hahaha dah banyak kali sebenarnya kena marah dengan family dan kawan-kawan sebab suka sangat silent phone tapi dah tabiat kak hehe. Salah satu Ira tak suka nak angkat call nombor tak kenal sama lah macam kak Ana, ntahsapesapecall.

      Delete
  7. InsyaAllah kalau rezeki tak ke mana. Kot memang tertulis dapat job tu. Hehe. All the best! 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah. Mudah-mudahan lah. Hehehe terima kasih cikepal :D

      Delete
  8. insyaAllah all the best dear

    ReplyDelete
  9. Pengalaman tu penting ^^ :D

    ReplyDelete
  10. All the best... :D kalau betul rezeki,insyaAllah dapat.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, insyaAllah. Terima kasih sis :)

      Delete
  11. Alhamdulillah ira, lain kali jangan buat perangai susah angkat phone dah hehe. macam akak saya lah. dia tak angkat call padahal dia lulus iv, tapi orang tu replace dia dengan orang lain. sedih kan? Soal interview tu pulak, inshaAllah if it's meant to be, it will be hehe. Banyakkan berdoa ya. All the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okey sis menyesal taubat tak malas malas lagi angkat call huhu. Mesti kecewa kan kakak Syed, takut pulak Ira tapi kalau dah bukan rezeki buat macam mana pun bukan jugak kan. InsyaAllah ada dekat lain yang Dia dah tetapkan :)

      BTW, thanks cikgu Syed !

      Delete
  12. Husband sis di panggil temuduga 02.04 ni untuk jadi salah sorang penjawat awam. Nervous habis ni, tak tahu lah boleh dapat ke tidak. Hanya mampu untuk berdoa ja sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang patut nervous la sis hehee. Semoga dipermudahkan segala urusan ye buat suami sis :)

      Delete
  13. good luck! I hope you get the job xD

    ReplyDelete
  14. Insyallah. Semoga Ira berjaya dapatkan kerja tu. Betul kerja kerajaan terjamin kan :) Untuk bakal keluarga juga. Hihi.

    ReplyDelete
  15. InsyaAllah ada rezeki tu :D hehe tahniah dear

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.