PENGALAMAN; AKU SEORANG ASKAR PREBET

3 March 2017

AKU SEORANG ASKAR PREBET

Memandangkan awal bulan Mac merupakan Hari Tentera Darat mungkin masih tak kelewatankan untuk aku ucapkan SELAMAT ULANGTAHUN KE-84 TENTERA DARAT MALAYSIA. Ehemm, so harini aku nak acah patriotik sikit boleh ? Bukan apa sangat pun. Cuma nak throwback pengalaman 3 tahun yang lepas (Mei 2014) sertai Kursus Asas Perajurit Muda di Batalion 3 Rejimen 512 selama satu bulan untuk dilatih menjadi "seorang askar". Pahit manis tawar masam masin payau semua ada tapi bagi aku pengalaman tu mahal kot heee.

Aku adalah seorang prebet, Prebet Syahirah. Perlu ke nak bangga oi? Ha ha ha tak hado maknonyo. Kalau yang betul fasih jenis susur galur pangkat tentera, prebet ni pangkat yang paaaaaling bawah dan tak ada pangkat / lencana khusus pun. Kalau pernah tengok kat pakaian seragam mereka ada yang bercalit ke berbunga ke berbintang ke tu semua orang-orang hebat lerr. Dan ada panggilan khusus pulak lain-lain mengikut pangkat. Eh tapi aku tak nak cerita pasal tu pun, kalau berminat boleh research sendiri ye. 

AKU SEORANG ASKAR PREBET

Macam mana boleh terlibat dengan askar ?

Okey, sejujurnya memang tak pernah terfikir dalam kepala ni nak libatkan diri dalam dunia ketenteraaan. Baik tentera darat atau yang udara mahupun laut. Nehi. Walaupun hakikat kalau ikut jenis brutal aku layak la kot jadi tentera. Hah ! Lawak. Dah tu kenapa aku boleh sertai askar ? Ini semua kerana tuntutan kokurikulum semasa diploma dulu. Bukan tak ada kelab persatuan lain sampai tak boleh nak join kan. Sejenis aku ni suka pada aktiviti yang mencabar dan dalam banyak-banyak kelab yang ada Wataniah kelab yang aku nampak paling mencabar masatu. Kita semua pun memang sedia maklum dengan tugasan atau latihan sebagai askar macam mana kan sebab yelaa tak kisah temporary or permanent when you get into the army life please get ready give your soul and mind as hell. Aku pun tak pasti dari mana aku ambik keberanian dan kesanggupan tu tapi sekali aku dah kata NAK aku akan buktikan yang AKU BOLEH diiringi restu ibu (walaupun mulanya ibu tak berapa setuju aku sertai hew).

Pengalaman paling mahal ?

Sebelum aku cerita apa yang tak best, aku nak refresh balik perkara yang aku rasa memang takkan dapat dalam kehidupan biasa kita harini. First, mestilah bangga dapat berpakaian lengkap askar. Dari atas sampai bawah full set diberikan. Sekali dengan full set backpack askar dan senjata M16 apa semua. Fuhh perasaan dia dah macam nak pergi berperang betul-betul weh. 

AKU SEORANG ASKAR PREBET
Tak tahu nak acah ayu ke brutal -.-

Kalau dah nama pun askar, tak bermain dengan senjata tu tak lengkap la kan. Takkan nak lawan musuh dengan pisau kontot pulak. Dalam kursus asas memang akan didedahkan dengan pelajaran senjata dan latihan lapangan menembak. Seronok weh. Aku pernah terbaca peserta yang sertai PLKN pun ada didedahkan dengan latihan menembak guna senapang colt M16 ni. Yelaa dulu aku berangan nak join PLKN tapi tak terpilih pulak. Sadis. Perasaan "naik hantu" bila dapat tekan picu dan lepaskan peluru tu ibarat lepaskan geram marah dekat seseorang. Walaupun peluru pergi ntah kemana mana tak kena sasaran pun (pernah sekali kena ketuk dengan Jeneral sebab sasaran aku kosong muahaha). Satu lagi hal senjata ibarat suami atau isteri kita. Tak boleh sesuka hati nak tinggal merata atau serah pada kawan untuk jaga. Dalam askar sebenar takde istilah kawan baik kawan rapat atau kawan lah. Bermakna kawan sendiri pun kemungkinan musuh dan tak boleh nak dipercayai langsung. Perumpaaannya lah. Kitorang ni bantai je suruh member member jaga hehe.

AKU SEORANG ASKAR PREBET
Dah kena ambik duty jaga senjata skuad

Latihan yang paling best dan aku suka sangat ialah latihan hutan. Belajar tentang pengkalan hutan, tempat mana yang sesuai untuk buat pengkalan. Kena tahu ilmu untuk pengkalan sementara atau tetap. Cara berkomunikasi bahasa isyarat askar dalam hutan, tak boleh nak cakap dengan kawan hoi hai sebarangan macam lepak cafe hipster. Belajar tentang serang hendap, latihan peperangan CW dan CIW (sampai sekarang aku masih tak boleh nak bezakan dua ni). Yang aku tahu semua latihan peperangan tu dibuat betul-betul macam kita tengah hadapi musuh. Ada satu latihan tu tengah malam dalam pukul 12 atau 1 pagi kena campak tengah hutan dengan skuad dan kena berjaga untuk perhatikan 'musuh'. Rasa-rasa kitorang memang tak tidur ke? Tak ada makna weh aku sendiri ntah berapa kali terlelap bergilir pulak dengan orang sebelah nasib baik tak bunyi dengkuran je memasing kahkah. 

Satu latihan lain pulak kitorang kena berjaga 3 atau 4 pagi lepastu dengan muka dan mata mengantuk yang amat kena daki naik puncak bukit (dekat Dungun, aku lupa nama tempat tu) untuk jalankan latihan peperangan pada awal paginya. Aku lupa ntah apa nama latihan peperangan tu. Tak CW makna CIW lah kot. Sumpah memang masa tu majoriti semua mengadu ngantuk. Bayangkan kitorang boleh tidur sambil berjalan weh. Kau mampu? Pegang backpack kawan depan secara rantaian lepastu tidur (asal pejam mata je). Nasib dapat jurulatih yang sporting jugak lah. Banyak kali jugak berhenti dan pantang berhenti tu sensorang bekeruh atas tanah liat tanpa dilapik apa-apa kain atau kotak. 5 minit pun jadi weh. Dengan baju askar tu jugak la kau bergolek meniarap haha. Itulah askar kalau nak tahu.

AKU SEORANG ASKAR PREBET
Sunrise dari puncak bukit semasa latihan peperangan yang aku maksudkan tu

Pengalaman 'dah cukup sekali tu je' ?

Dalam sado-sado aku, tak ada lah sado sangat pun sebenarnya. Bila difikirkan balik dunia askar bukan jiwa sebenar aku. Hari pertama je sampai kem batalion 3 rej 512 kitorang dah kena raging teruk. Kitorang kena guling dari pintu pagar depan sampai pintu pagar belakang ikut masa yang dia bagi contoh 10minit. Gila apa jauh kot jarak tu lepastu nak kena guling reramai. Perghhh bila ingat balik memang gila. Nak sertai sangatkan padan muka sendiri. Muntah hijau kitorang semua masa tu hahaha. Jurulatih(JL) memang tak raging sesuka hati dia pun, hukuman diperintahkan atas kesalahan kami sendiri sebab lewat berkumpul. Nama lagi askar, semua benda nak kena accurate kerana lewat seminit mungkin ramai yang terkorban. Itu ayat yang JL bagitahu kitorang. Tak dinafikan. 

Disiplin memang sangat dititikberatkan. Aku ni bukan lah jenis orang berdisiplin sangat hew. Buat sesuatu nak kena ikut time dia. Aduduu lemau tapi masa gini lah nak latih diri yadak. Bangun sebelum subuh tidur pun sebelum subuh. Kau ghase? Dari pagi sampai ke malam aktiviti mereka sangat padat berhenti untuk makan dan solat dan beriadah. Waktu senggang yang diperuntukkan untuk setiap satu kerja buat contoh makan dan solat dalam masa 15 minit siap. Contoh ! Memang kena cepat tak ada nak lenggang kangkung k, sorang lambat semua kena. Tiap-tiap hari selama sebulan kitorang berkursus nak naik serak suara sebab asyik menjerit suruh skuad bertindak cepat jangan terhegeh.

AKU SEORANG ASKAR PREBET

Untuk yang sangat jaga dan pentingkan kecantikan memang aku tak saran awal-awal kot korang masuk sebab memang tak ada masa langsung nak fikir tempek foundation ke sunscreen ke nak mewangi ke. Tak ada weh tak ada. Memang sukarela dan redha habis kulit muka terbakar bawah terik mentari dan rupa diri sememeh serupa hantu kak limah. Mula-mula mungkin rajin lagi lama-lama hmmmmm lantak kau lah. Yang ada dalam otak masa tu siapkan diri untuk hari esok dari segi uniform dan mental. Takda nak fikir iron ke mesin basuh ke apa dah kihkih.

Untuk aspek kepentingan dan kepercayaan dalam skuad atau pasukan macam aku ada bagitahu pada mulanya, jangan terlalu percaya kawan. Haa jahat nau statement. Bukan apa waktu macam gini barang-barang kita adalah tanggungjawab sendiri. Kemungkinan dalam masa sesaat boleh hilang sekelip mata je jangan tak percaya. Apa yang aku cuba tekan kat sini lebih kepada barangan backpack askar yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Macam tu kau ambik macam tu la kau pulangkan. Jangan kurang jangan lebih satu pun. Kalau kurang ada letuww si tangan tangan panjang yang selfish. Asalkan barang keperluan dia cukup dan dia terselamat dari kena denda, dah cukup. Aku bercerita berdasarkan pengalaman sendiri. Menangis weh. 

Kesimpulan

Pendapat aku, yang betul-betul hati kering, kuat mental fizikal je sesuai nak sertai askar atau dunia ketenteraan ni. Yang pasti tidak pada aku. Cukup sekali tu je aku kutip pengalaman kalau diajak lagi menghayati dunia ketenteraan dan aku sangat hargai setiap pengalaman yang aku ada tu. Boleh la buat modal cerita dekat cucu cicit nanti. Pangkat aku mungkin berakhir setakat prebet sahaja. Aku "pencen" dan tempoh 5 tahun khidmat aku akan tamat tahun depan kot. Tak pun 2019 haha lupa lah pulak. Ada je antara kawan-kawan yang dulu sama-sama pergi kursus asas sekarang dah pun naik pangkat kopral (calit dua). Memang tabik ah !  

AKU SEORANG ASKAR PREBET
Bunga PKT tapi dah ramai yang tumpas kecuali Nik(empat dari kiri), Ika(empat dari kanan), Una(dua dari kanan)

Semua gambar-gambar ni diambil semasa Kem Latihan Tahunan Politeknik Semalaysia ke-9. Bukan masa kursus asas ye sebab masa tu hp diambil simpan a.k.a. dirampas. Masa latihan tahunan je santai-santai hp pun sendiri pegang sendiri bertanggungjawab. Hehe nasib ada jugak simpanan kenangan tu kan.

AKU SEORANG ASKAR PREBET
 Antara pasukan dari Politeknik Kuala Terengganu bersama orang hebat PKT Tuan Zul (pensyarah terbaikkk kitorang)


Lagu yang wajib hafal suatu masa dahulu dan nyanyi tiap kali sebelum kelas bermula.

Sekarang, semua ini kenangan yang bermakna buat aku :)

Ada yang tanya macam mana nak masuk askar wataniah eh ? Okey SINI jawapannya.

21 comments

  1. hebatnya awak.. semoga sentiasa berikan yang terbaik untuk negara ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tapi sekarang dah jadi askar pencen 😂

      Delete
  2. style nya awak beruniform :* semoga berjaya dalam hidup ye sis :)

    ReplyDelete
  3. Perghhh, hakak sado! Dulu awal2 masuk uni teringin jugak nak join sebab minat aktiviti lasak2.
    Tapi, bila pikir2 keputusan yg dibuat adalah tak join. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Ira pun banyak kali fikir jugak nak masuk ni mulanya, tapi degil punya pasal huhu

      Delete
  4. Perghhhh macam menarik je ada pengalaman macam ni. Teringin pulak tapi rasa macam bukan jiwa juga sebab kena accurate betul2 semua memang tak boleh la hahaha.
    respect sangat dengan askar semua memang diorang kebanyakannya hati kering kan? Kalau nak buat aktiviti lasak buat outdoor macam hiking jelah jawabnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Latihan kami yang biasa-biasa ni pun rasanya dah touch mental betul kalau yang askar sebenar fuhh lagi mencabar urat saraf mental agaknya huhuhu

      Delete
  5. tahniah krn sanggup menjalani latihan askar wataniah! Abam kie pun x sanggup la.

    ReplyDelete
  6. Wahh ada eh kursus asas camni? Wataniah tu!! pErghhh seorang yang kental rupanya Ira ye :D

    Bagus2 timba pengalaman yang tak akan boleh diganti dengan benda lain. Berharga sangat pengalaman begini :)

    Siqah hidup dari kecil, ayah tentera, abang tentera, suami tentera, ayah mentua pun tentera. Hihi. Pendek kata keluarga tentera lah kami ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh seriusly? Sangat menarik perhatian Ira ni kalau dah satu keluarga askar. Iskkk.Terbaikk ah akak 😍

      Delete
  7. Dari design template, ingatkan Ira jenis lembut2 gitu, jangan sangka tangan yg menghayun buaian tak mampu menggegar dunia, gittchewww. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha geli hati betul dengan pepatah Mai tu.Sampai macam tu sekali ye. Aduhaiii sayangg hahahha

      Delete
  8. Hai, menarik cerita awak..
    macam mane ye nk mendaftar?
    saye berminat tp x tau cara nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai athirah. Nahh untuk awak http://irazulkeffele.blogspot.my/2017/05/berminat-nak-sertai-askar-wataniah.html 😉

      Delete
  9. contoh la kan. klau lps saya msuk AW, pastu krsus 5tahun.. lps habis tempoh tu kite da boleh bawak haluan masing2 ke mcm mane? ataupon boleh mohon jadi askar betul?😣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk mohon askar tetap lain caranya. AW ni sebagai askar simpanan sahaja. Kalau ikuti kursus berterusan melalui AW pangkat yang dibawa akan berubah untuk setiap kursus dan berkelayakan untuk dapat kad BAT C (sama seperti askar)

      Delete
  10. best la crite akak ni. tp akak jd askar rejimen 512 bukit payung ka?

    ReplyDelete
  11. wahhh bestnyer crite akak. akak msuk askar rejimen 512 at bukit payung ehh?

    ReplyDelete
  12. Artikel yang sangat Bagus dan Bermanfaat.. Update terus dan sukses selalu ya Gan

    Aku Poker
    Aku Poker Online
    Bandar Domino Online
    Judi Poker
    Judi Poker Android
    PokerTerbaik
    Sumber : akupoker.com

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.