MAC 2017 YANG TERINDAH

31 March 2017

Mac 2017 Yang Terindah

Terasa panjang sangat masa berlalu untuk bulan Mac tahun ini dan kalau boleh taknak berpisah sedetik pun. Namun apakan daya hari ni merupakan hari last Mac 2017 dan kami harus berpisah. Oh tidakkkkk! 

Sedih sebenarnya. Banyak sangat perkara dan peristiwa yang best untuk bulan ni bagi aku. All in one moment in one month. Dah cukup lah tu berdrama. Post kali ni lebih kepada appreciation post kot, kepada siapa? Ehemm. Kena lah baca sampai habis tau. Mereka mereka ini yang Allah takdirkan untuk menceriakan perjalanan cerita Mac aku. I lap you !

Dapat Voucher RM50 dari Zalora

Yeah, permulaan Mac yang sungguh seronok sebabnya dapat shopping free dengan Zalora. Walaupun hanya voucher RM50 siapa oi nak kasi free laguni deknon oi.  Terima kasih Zalora. Lain kali bagi lah lagi hehehe.

Kejutan Hari Lahir yang ke-22 Tahun

Dah "tua" pun masih dapat kejutan hari lahir. Ada munge ada belon ada brownies. Siapa je tak suka dengan kejutan yedak ? Make sure bukan kejutan yang membawa maut lah hehe. Alhamdulillah masih ada yang tak lupa dan sayang kan aku. Eh? Aku ada bebel pasal kejutan ni dekat SINI.

Panggilan Temuduga FA29

Temuduga PTM FA29
Kejutan untuk bulan Mac lagi, aku dipanggil untuk temuduga. Alhamdulillah rezeki Tuhan kan. Cuma entah lulus ke tidak aku berserah je sehabis baik dengan tiap kerja Dia. Kalau dah memang tertulis rezeki aku, Alhamdullilah. Kalau bukan pun aku redha. Panggilan ni pun dah kira satu pencapaian terbaik untuk diri aku sendiri. Hiks.

Hadiah Pemberian dari Rakan Blogger 

Okey, first of all sorry sangat sebab memang sengaja iolls peram hadiah dari dua rakan blogger ni dalam draft blog sampai berkarat. Niat hati sebenarnya berkobar sangat nak tulis berkenaan hadiah ni tapi selalu cakap dengan hati sendiri "sabar tunggu akhir bulan 3 baru post k" hahaha. Mesti si pemberi ingat aku tak hargai langsung hadiah pemberian mereka. Nope ! Big no okey. Hari hari tilik barang uolls bagi tau hehe.

Hadiah buku fiksyen ni pemberian dari Elsa (http://elsaalicious.blogspot.my) sempena Giveaway Birthday dia Februari lepas. Dan aku merupakan peserta yang bertuah kerana dapat hadiah dari tuan penganjur segmen sendiri. Kau hado ? Haha k k k aku gurau je. Aku memang suka layan buku fiksyen zaman sekolah dulu, cuma sekarang ni sendu sikit bila nak mulakan balik. Adik aku pulak yang dah rasmi dulu baca. Adehh sorry tau Elsa. 

Hadiah yang ini pulak pemberian Sis Ana (http://bajetciputselerabesar.blogspot.my) sebagai tanda persahabatan katanya. Terharu sangat weh! Dapat sehelai tshirt Terengganu Darul Iman (well gadis Ganu kan hehe) dan sebatang pen perfume Midnight Fantasy. Sejujurnya aku selalu je usha basic tee macam gini dekat instashop. Antara brand yang famous dekat Ganu ni #ganuclo. Tapi mampu usha ajelah. Sekali tup tap dapat hadiah pulak basic tee yang tertulis nama negeri sendiri. Gila tak happy. Bau MF tu pulak mengingatkan aku pada sesuatu peristiwa tapi aku sendiri tak tahu peristiwa apa yang menganggu. Ajaib? Yang pasti aku suka sangat sangat sebab sejenis aku sangatlah cerewet dengan bauan perfume tapi pemberian dari Kak Ana memang terbaik. Rezeki. Pergi kerja hari-hari wangi tak mandi pun wangi kahkah.

Terima kasih banyak Elsa atas pemberian dua buah buku fiksyen tu dan Kak Ana jugak atas pemberian basic tee dan pen perfume tu. I loikeeeee 😍

Pertemuan Yang Tidak Disangkakan
26.07.2017. Mungkin ini penutup cerita Mac aku. Sebuah pertemuan yang tak pernah aku fikirkan atau bayangkan terjadi dalam hidup aku. Moga yang baik-baik saja untuk yang akan datang.

Everything, I try keep it in my heart and all the year :)

Mungkin Mac untuk tahun ni akan paling dirindui. Mungkin lah ! Bahagianya kita hari ini belum tentu bahagianya kita untuk hari esok, kan. Moga dimudahkan segala urusan diri ini dan orang sekelilingku juga. Dengan izin-Nya.

Salam penghulu hari Jumaat semua :)

11 comments

  1. Salam Jumaat Ira. Semoga bulan2 yang mendatang memberikan 1001 kebahagiaan. InsyaAllah. 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah aamiin. Untuk kak sekeluarga jugak 😊

      Terima kasih kak Ana 😍😘

      Delete
  2. Alhamdulillah, murah rezeki ira untuk bulan Mac ni! seronok pula baca lepas satu-satu perkara yang menarik berlaku. Birthday surprise dengan iv tu best! Congratss.

    ReplyDelete
  3. Banyaknya dapat hadiah.tahniah

    ReplyDelete
  4. Wonderful March ye. moga April ni lebih baik lagi. InshaAllah ;)

    ReplyDelete
  5. All the best for this April pulak tau. Hihihi. Eh samalah hadiah Tshirt negeri tu <3 <3 <3

    ReplyDelete
  6. dapat juga voucher RM50 dari zalora tapi dah hangus. huwaaa

    ReplyDelete
  7. Wahhh rezeki sangat... Temuduga tu rasanya yg terbesar kowt rezeki.. Moga terus diperluaskan rezeki untuk ira..

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.