KEJUTAN YANG TAK DISANGKA . HAPPY BIRTHDAY TO ME !

KEJUTAN YANG TAK DISANGKA

Walaupun this week sangat kekangan waktu nak melawat apatah lagi menulis pada blog sendiri sebabnya kena siapkan urgent task untuk meeting bos next week ahhh tak kira aku nak mengelat jugak because TODAY IS MY BIRTHDAY. 

Tahun ni kejutan sangat diluar kawalan aku, eceyy mengada tak bunyinya kat situ sebab tiap tahun ada je orang bagi kejutan birthday kita tau hihihi. K gedik. Tahun yang kebelakang kebiasaannya aku boleh hidu rancangan untuk suprise birthday ni. Lagi-lagi kalau dengan housemate kesayangan aku 1202. Dah masak sangat sangat perangai, cepat atau lambat memang akan kena prank. Tiap-tiap tahun (sepanjang 3 tahun sebumbung) jenuh jugak weh nak fikir plan prank setiap sorang supaya tak kantoi. Tak merasa mandi tepung ke telur ke tak sah la kitorang huuu Ira rinduuuu saat tu.

Tahun ni pulak sumpah aku ingatkan dah takde lagi kejutan birthday bagai ni yela bila sorang-sorang dah menjauh berkilo-kilometer jauhnya. Tak harapkan kejutan besar-besar pun cukup ada orang ingat nak wish pun aku dah okey dah happy joget-joget. Heeeee. 

Tapiii....

Siapa sangka sehari sebelum birthday aku (06/03/2017) dapat prank hidup mati dekat pejabat dengan bantuan runner ohsuprisetrg dari BE-EP-EP aku Tikah Omey Omey (nama manje gitew) dan "SESEORANG" . Allah ! Aku tak tahu nak ekspresikan perasaan masatu macam mana. Gembira? Terkedu? Marah? Malu? Geram? Feeling aww sweet tahap diabetisnya. Semua ada lah semalam. Sis terharu sebenarnya sampai taktau nak kata apa bila dapat kejutan macam gitu. Selalu tengok orang je takpun mampu usha testimoni instagram je yang buat service suprise cenggitu. Alih alih diri sendiri yang dapat, kau ghaseee ? 😭

Ceritanya bermula apabila aku tengok ada dua missed call nombor yang tak dikenali naik dekat notify. Jarak call pun tak jauh selang seminit je dalam hati aku siapa dan kenapa eh urgent call ke? Dalam tengah sibuk tu sempat je lagi mengular hehe. Lepastu menyambil pulak si Tikah ni baru reply whatsapp yang kitorang diskusi paginya tu dan dan je aku pergi mengadu dia ada nombor tak kenal missed call. Dia boleh pulak kata "call la balik weh manetau jodoh". Jodoh celah kaki ang! Yang itu sekian hal dahtu sibuk duk tanya "mu kerja ke tu?". Eh makcik ni kan nak je aku smackdown dengan soalan dia tu. Sah sah masatu hari isnin kot dan kenapa la aku boleh tak perasan soalan trap lawak dia tu. Sadis !

KEJUTAN YANG TAK DISANGKA

Lepas tu nombor yang sama call lagi. Isk aku dah gelabah tenuk apehal asyik call ni. Aku pulak sejenis manusia yang tak suka nak "bergayut" time kerja selain mesej atau whatsapp. Apa lagi aku angkat ajelah tanpa rasa bersalah hahaha. Yang kelakarnya aku ingatkan kawan aku, Ika yang call sebabnya suara akak tu sama sebijik 😂

"Hello assalamualikum ni cik Syahirah ke?"
"Ika ke ni? Weh aku kerja lah mek nak mende call?"
"Oh kerja, boleh keluar depan kejap tak saya nak bagi barang"
"Hah barang apa?"
"Keluarlah kejap saya tunggu dalam kereta putih depan pejabat ni"
".... ... ...."
"Hello?"
"Ye. Siapa ni? Barang apa?" 
"Keluar dulu eh. Ada orang yang kirim suruh hantar barang. Kejap je".

Letak je aku termenung depan pc dengan pandangan kosong. Padahal dalam kepala dah boleh bayang apa nasib aku petang tu. Speechless. Keluar la aku tanpa darah hahaha. Budak-budak pejabat dah gelabah

"kereta siapa tu masuk parking dalam kawasan pagar"

Dorang gelabah aku lagi gelabah bila dari cermin kaca dalam pejabat dah nampak dalam kereta putih tu siap ada belon bagai. Arghhh habislah aku ! Mesti kecoh ni.

Bila aku kuak je pintu pejabat dua orang akak runner tu keluar kereta dan bawakan bunga coklat, kek dan belon. Aku tak habis habis desak kak tu tanya siapa punya kerja ni.

"Dalam bunga tu ada kad, adik tengok ye"

Bila tengok je nama dekat kad tu aku dah YA ALLAH APA SEMUA NI! Mengucap panjang aku. Dari Tikah dan unexpected person huhu.

Dengan muka blur gila kot masa tu akak runner siap nak ambik gambar. Aku rela tanpa perasaan. Nampak tak betapa speechlessnya aku.

Tak suka gambar ni muka sememeh habis tapi sentimental value tu penting. #sisredha

Masuk je pejabat semua dah berkumpul depan meja receptionest tengok drama tak berbayar dari aku. Malunyaaa. Yang lelaki siap nyanyi lagu birthday lagi (padahal birthday aku bukannya pada hari kejadian). Memang situasi masatu kecoh dalam 15 minit. Malu sangat. 

Dapat pulak bos tak sporting tengah dorang kecoh kecoh dia keluar bilik "apa ni kecoh sangat parti ke". Alahai pucat yang tadi tak habis lagi datang pulak yang lain. Kalau boleh toreh tangan aku rasanya tak mengalir darah. Stack terus.

Sampai je tempat duduk aku terus serang tikah dalam whatsapp. Dia gelak je memanjang. Dah balik sampai rumah baru aku mampu serang mereka dengan tenang. Memasing seronok eh tahu aku gelabah huh. 

Dan sampai ke harini aku masih tak boleh move on dengan apa yang jadi dengan apa yang jadi. Ehem. Walaupun mereka jauh dari mata aku tapi selalu je dekat dihati. Cewahh ! 

Thanks sangat untuk suprise yang superb suprise. Thanks untuk segalanyaaaaaa ❤

KEJUTAN YANG TAK DISANGKA
Don't worry about getting so old 💋

KEJUTAN YANG TAK DISANGKA
Miss J takleh bawa berbincang langsung lah bila nak selpieee hmm

Auchh diabetis tahap potong kaki sis bulan ni hehe 😛 

KEJUTAN YANG TAK DISANGKA
Bermunge munge hati sis dengan si pemberi

"That awesome feeling when someone is making an effort to make me smile. Go ahead, you make my day and that's kind of how I love it. Thank you so very much to her and him"

Alhamdulillah. 22 tahun sudah aku dihidupkan dan bergerak bebas atas muka bumi ni dan masih bernafas hingga ke saat ini. Syukur. Terima kasih ibu kerana melahirkan dan membesarkan anakmu yang nakal yang keras kepala dan manja ini. Hihihi. You are still my best. Terima kasih untuk setiap ucapan dan doa jugak. Semoga semuanya sentiasa dalam rahmat Ilahi. InshaaAllah aamiin.

P/s; sorry sangat tak sempat blogwalking nanti weekends Ira janji lawat blog korang k. Have a nice day everyone 😘

19 comments:

  1. Soooooooo sweeet!! kalau saya pun mesti terharu sampai seminggu bila dapat surprise macam ni haha. tak pernah lagi kena surprise sobs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebulan pun belum tentu boleh hilang terharu ni hahaha. One day akan ada letuww yang suprisekan syed sabaaa naaa hehehe

      Delete
  2. wahhh untungnya ada surprise planner hantar barang! elsa pernah buat dekat kawan macamtu, tapi elsa tak pernah ada orang nak buat hahahaha sedihnya. btw happy birthday awak! tak sangka kita dua punya birthday jarak sebulan je hakhakhak :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa jangan sedih-sedih. Maybe one day nanti mana tau kan. Hee terima kasih Elsa 😘

      Delete
  3. Happy birthday Ira 🎂💐 Sweet sangat kawan Ira.. Akak doakan semoga Ira diluaskan pintu rezeki dan dirahmatiNya selalu..🎈😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak.InshaaAllah aamiin atas doanya. Hehee sweet sangat sampai tak kena waktu ni haa kihkihh

      Delete
  4. Haha. Mau tak pucat kena sergah dgn boss.
    Happy birthday to you! May Allah bless. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tangan Ira sejuk pucat toksah cakap la. Hahahha. Terima kasih awak 😍

      Delete
  5. Alhamdulillah ada sahabat yang setia. I'm so happy for you dear ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Hehehe harap macamtu la hendaknya. Terima kasih Kak Ana 😍😘

      Delete
  6. Sweetnya 😍 Rasa dihargai dan disayangi sangat kan bila dapat surprise gitu. Hihi. Bukan nak kata takde orang surprise means takde orang sayang. Hii.

    Siqah pernah sekali kena surprise dan sekali kena prank masa birthday. Haha. Lama dah pun jadi, bertahun dah. But still kenangan indah 😍

    Happy belated birthday Ira :) Semoga baik-baik saja untuk Ira ye 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pasal lah kak. Setuju dengan apa yang akak cakap tu hihii.

      Memang seronok bila dapat kejutan rasa disayangi sangat kan. Kenangan itu yang mahal sebenarnya.

      Apapun terima kasih Kak Siqah. IshaaAllah aamiin atas doa akak 😘

      Delete
  7. Happy belated birthday dear.

    Syokkknyaa hadiah cenggituuu, suprise sangat ni. Kalau mai pengsan paa, aahahahaha over nau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih 😍

      Hampir hampir nak pengsan kot. Nasib takdak lemah jantung ke hape hahaa

      Delete
  8. a.. bestnye dapat surprise !!!!!! hee~ happy birthday dik !! semoga urusan dunia akhirat dipermudahkan..

    ReplyDelete
  9. Slam
    You Been Tag

    http://radenotion.blogspot.com/2017/03/thanks-for-nomination-sunshine-blogger.html

    ReplyDelete
  10. Wahh seronok dia dapat hadiah.. Coklat n kek.. dapnyeee.. Pape pown epi bedey ye ira.. Lambat wish.. tapi masih dalam bulan yg sama kan.. hehehe

    ReplyDelete