MAKLUMAN PENTING UNTUK LEPASAN SPM DAN STPM 2017/2018

by - 01:05

MAKLUMAN PENTING UNTUK LEPASAN SPM DAN STPM 2017/2018


Permohonan UPU Online sudah dibuka sejak dua hari lepas 06 Februari 2017. Kepada semua lepasan SPM dan STPM atau ada adik beradik, saudara mara, jiran tetangga, kawan atau adik kepada pakwe makwe korang. Sila lah tunjukkan rasa prihatin kalian untuk memperingatkan mereka yang sedang seronok berbulan madu di rumah tu untuk mula buat permohonan online ni. Oleh sebab dalam keluarga aku pun ada sorang budak lepasan SPM, aku sebagai seorang kakak yang mithali perlu jugak ambik cakna apa yang patut sebab aku gerenti apa-apa hal nanti dia akan rujuk pengalaman aku yang dulu. Walaupun hakikat aku memang dan lupa 200 peratus apa yang aku buat dulu hahaha. Here is my very little revision.    


TARIKH PENTING

06 February
Permohonan UPUOnline dan Jualan unik ID BSN DIBUKA

30 March
Jualan unik ID BSN DITUTUP

31 March
Permohonan UPUOnline DITUTUP

14 - 20 May
Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM/ Setaraf ke UA/Politeknik Premier

14 - 20 May
Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA

14 - 20 May
Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

21 - 23 May
Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

21 - 27 May
Semakan Panggilan Temuduga (Pendidikan) bagi Lepasan STPM/Setaraf

21 - 27 May
Semakan Panggilan Temuduga (Bukan Pendidikan) Ujian MEdSI bagi Lepasan STPM/Setaraf

11 - 17 Jun
Hebahan Keputusan Rayuan Permohonan bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

11 - 17 Jun
Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DIBUKA

18 - 24 Jun
Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DITUTUP

01 - 05 Aug
Hebahan Keputusan Permohonan bagi Lepasan STPM/Setaraf

01 - 05 Aug
Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan STPM/Setaraf

06 - 12 Aug
Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan STPM/Setaraf

20 - 26 Aug
Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 1 bagi Lepasan STPM/Setaraf

10 - 16 Sep
Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 2 bagi Lepasan STPM/Setaraf



BERAPA HARGA NO. UNIK ID ?

MAKLUMAN PENTING UNTUK LEPASAN SPM DAN STPM 2017/2018
Harga RM 15.60 + 6% GST = ?
(sesiapa yang terer math tu boleh tolong kirakan untuk aku k hewhew)


KAT MANA BOLEH BELI NO. UNIK ID ?

MAKLUMAN PENTING UNTUK LEPASAN SPM DAN STPM 2017/2018
Tak ada jual eh NO. UNIK ID kat seven eleven, jangan hang pi tanya abang kaunter tu pulak.


MAKLUMAN UNTUK PELAJAR

MAKLUMAN PENTING UNTUK LEPASAN SPM DAN STPM 2017/2018

MAKLUMAN PENTING UNTUK LEPASAN SPM DAN STPM 2017/2018
Hatni kena klik setiap butang hitam tu, kena faham betul-betul sebelum nak buat permohonan.
Nak pilih jurusan apa ? Pilih kerana minat atau terpaksa atau harapan ibu bapa ?

Detail boleh klik sini http://upu.mohe.gov.my/web/


MAKLUMAN UNTUK IBUBAPA / PENJAGA

MAKLUMAN PENTING UNTUK LEPASAN SPM DAN STPM 2017/2018
Macam aku ada bagitahu pada awalnya, sama-sama ambik peranan untuk tunjukkan keprihatinan dan membantu. Kebiasaan untuk "budak" lepasan SPM memang akan cari ibu bapa sebagai rujukan, okey tak itu, okey tak ini. Yang penting pastikan dan tetapkan matlamat diri ke mana halatuju sebenar. Yang akan hadap kertas lab tutorial, quiz, exam tu semua bukan ibu bapa tau. Seimbangkan jugak dengan matlamat diri dan keinginan atau harapan ibu bapa. Ehh apa yang aku melalut sangat ni ?


SEMAKAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN

MAKLUMAN PENTING UNTUK LEPASAN SPM DAN STPM 2017/2018

https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php?pg=2 

Tambahan dari aku, korang takkan jumpa eh kat upu.mohe.gov hatni. Kat sini korang boleh semak samada sijil jurusan dari insitusi yang korang nak apply tu diiktiraf atau pun tidak. Pernah tak terdengar ayat bunyi lebih kurang camni "ehh laku ke sijil dari kolej xxxx" . Haa korang kalau tak pernah dengar serius kisah benar aku pernah, tapi bukan di tuju untuk aku lah. Berani nak tuju ayat macam tu kat aku mau aku tinju tinju muka dia. Pheww k aku gurau. Back to track, semakan pengiktirafan kelayakan boleh di buat dari universiti di seluruh dunia. Impress.

Jadi lepas ni kalau ada yang berani buat mulut longkang kata sijil kau tu tak laku ke apa ke boleh print out semakan ni besar-besar lepas tu tampal depan rumah dia tau hewhew.


PERMOHONAN UPU SESI 2017/2018 ONLINE

MAKLUMAN PENTING UNTUK LEPASAN SPM DAN STPM 2017/2018

https://online.mohe.gov.my/upu/1718_UPUOnline/ 

Bila dah betul-betul yakin dengan pilihan yang di buat atas perbincangan bersama (cehh ayat) korang boleh la untuk move next step iaitu isi permohonan UPUOnline ni. Sebelum tu pastikan dah beli ye NO. UNIK ID. Tak boleh nak kongsi-kongsi tau dengan kawan ke pakwe makwe ke. Tak ada istilah sharing is caring dah masa ni.

Macam mana nak isi ni ? Nahh aku kasi manual siap-siap. Baca tiap satu dengan teliti ye.

MANUAL PENGGUNA SPM :
https://online.mohe.gov.my/upu/1718_UPUOnline/panduan/1718_Manual_Sistem_IPTA_SPM.pdf 

MANUAL PENGGUNA STPM :
https://online.mohe.gov.my/upu/1718_UPUOnline/panduan/1718_Manual_Sistem_IPTA_STPM.pdf 

Lagi satu nak pesan. Jangan ingat panduan manual pengguna untuk SPM dan STPM sama ye. Sekali tengok mungkin akan nampak sama sebenarnya berbeza bermula panduan nombor 4 dan seterusnya baca sendiri. Malas aku nak terangkan panjang lebar. Haipp korang tak boleh malas k ngehngeh.


KESIMPULAN RINGKAS

MAKLUMAN PENTING UNTUK LEPASAN SPM DAN STPM 2017/2018

So do apply and all the best to all of you out there. I hope it helps you.

Nota kaki ; sumber info dan gambar yang dipaparkan disini adalah seperti link yang telah dinyatakan.

You May Also Like

2 comments

  1. Teringat dulu time nak apply Upu. Berdebar dan rambang mata nak apply course apa. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ira dulu takyah pening memang dah nekad apa apa mesti nak course yang berkaitan dengan komputer. Sebab minat sungguh hehe

      Delete