LIPSTICK DAN PEREMPUAN

23 February 2017

Lipstick Dan Perempuan

Lipstick dan perempuan? Apa yang mesti terlintas dalam kepala korang waktu ni bila sebut berkaitan lipstick (kalau awak seorang perempuan). Brand kesukaan? Atau warna kegemaran? Lelaki pun boleh. Japp ! Bukan bayangkan untuk diri korang tau tapi mungkin ibu, adik, kakak, aweks atau korang ada nenek yang vogue. Pun boleh. Untuk pengetahuan (walaupun takde siapa nak tahu) aku jugak adalah salah seorang pengemar pengumpul lipstick. Hew !

Dengan pelbagai jenis trend kecantikan dan makeup terkini, mungkin ada yang tak tahu atau tak pandai nak bermain dengan berpuluh jenis warna lipstick tu. Mana satu pilihan warna paling klasik dan senang dipakai. Ini tidak, pergi date calit warna lain. Nak makan calit warna lain pulak. Nak tidur pun kena bercalit bagai. Uishh parah oi kalau macam gini. Aku pun bukan pro sangat dalam dunia make up setakat nak conteng comot sikit sikit tu boleh lah.

Jadi kali ni, aku nak kongsi satu tips lipstick colours yang boleh digayakan tanpa mengira masa atau acara. Dengan tips ni jugak, mungkin dapat bantu korang dari membazirkan duit tu membeli lipstick dalam kuantiti yang terlalu banyak tapi hakikat hanya satu dua jenis jugak yang disentuh. Betul tak ? Baik mengaku je sekarang. Tak semenggah betul perangai (cakap kat diri sendiri).

LIPSTICK DAN PEREMPUAN

1. Merah


Warna yang harus dimiliki oleh setiap perempuan kerana warna ini dikategorikan sebagai warna standard. Korang tak perlu nak takut dengan warna merah atau risau disindir rakan sekerja dengan jolokan "meghahnya Mak Ngah". Korang perlu tampil berani kerana sesuai dengan streotaip merah sebagai keberanian. Walaupun ia warna yang berani, merah merupakan warna paling sesuai digunakan oleh semua jenis kulit. Lazimnya, warna merah yang sesuai untuk tona kulit Asia merupakan warna merah jenis hangat seperti merah cili. Merah yang kurang sesuai ialah merah buah ceri kerana ia mempunyai tona sejuk.


2. Merah jambu


Warna kedua yang harus dimiliki ialah merah jambu. Warna ini khas untuk hari di mana korang tidak perlu kelihatan terlalu berani tetapi ingin tampak lebih manis. Sweet and adorable. Cara memilih warna merah jambu yang sesuai ialah dengan mengikut tona kulit korang. Untuk yang tona kulit cerah, sesuai memilih merah jambu cerah. Manakala untuk tona kulit gelap, pilih merah jambu gelap. Senang sahaja kan !


3. Coklat


Okey ini last, warna coklat merupakan warna natural untuk hari-hari biasa yang santai di mana korang tak mahu terlalu menonjol ataupun menarik perhatian orang sekeliling. Jika korang mahu kelihatan lebih natural pilihan warna coklat “nude” sangat sesuai digayakan. Tips untuk memilih warna lipstick coklat yang sesuai, ikut warna asli bibir dan tona kulit korang. Pilih warna yang dua kali lebih terang dari warna asli bibir. Dengan ini, ia tidak terlalu terang dan tidak terlalu biasa. Kalau tak, nanti rupa akan nampak pucat dan tak bermaya. Dah macam mak lampir gitew. Naya !

Ini top 3 warna lipstick yang sangat popular pada masa kini dan masa akan datang jugak, mungkin. Merah untuk tampil BERANI. Merah jambu untuk tampil SWEET DAN ADORABLE. Coklat untuk tampil SANTAI DAN NATURAL. Cukup dengan memiliki ketiga warna ini tak perlu lagi nak pening kepala setiap kali bersiap okey.

Do you get it ? Jadi mana satu yang menjadi idaman kalbu ? Komen sikit.

10 comments

  1. kak Ana baru2 ni baru teringin nak beli lipstick. padahal bukan pakai selalu pun. dan warna yang kak ana nak beli tu warna merah. tak pernah2 beli warna merah pun Ira. tetiba jer teringin nak beli. padahal selama ni hanya pakai lipbalm jer. haha. last2 baru 2-3 jer pakai. 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilihan yang bijak kak, hehee. Ira masa mula-mula belajar pakai lipstick pun pilih warna merah. Sebab orang takkan pelik pun, kita pun tak rasa janggal. Lelama sikit baru berani cuba-cuba warna lain ^^,

      Delete
  2. nak terai, tapi masih belum berani haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tak perlu nak meghah mak ngah sangat kalau pakai sis, calit manja manja pun memandai :)

      Delete
  3. Sukaaa try pelbagai warna lipstick. Tapi, last2 pakai yg warna natural je. Kalau pakai yg wrna terang letak sikit2 pastu sapu2 biar jd natural jugak. haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ira pun macam tu jugak. Tak suka nak pakai yang terang sangat :p

      Delete
  4. Nice tip.. kite suka warna nude dan pink je.. Merah menyala tak berani nak pakai.. ekekeke.. coklat pown cantik..

    ReplyDelete
  5. Mai suka merah dan nude, kalau pink mmg tak sesuai nak pakai, faktor warna kulit + muka garang juga, kalau pakai pink nampak macam pondan. hahaha

    ReplyDelete
  6. merah jambu dan coklat warna gincu saya pakai

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.