KELEBIHAN MINUM AIR KOSONG WAKTU PAGI SELEPAS BANGUN TIDUR

5 February 2017

KELEBIHAN MINUM AIR KOSONG WAKTU PAGI SELEPAS BANGUN TIDUR

Assalamualaikum.

Minum air kosong sekurangnya 8 gelas sehari. Antara fakta yang selalu diingatkan oleh cikgu pendidikan jasmani masa zaman sekolah rendah aku dulu. Baguskan aku tak lupa ayat keramat yang cikgu sampaikan? Mana taknya cikgu pj aku tu hensem kot kulit pelowless uolls. Motif sangat ( kecik kecik dah gatai noh hehe). 

Seingat aku dulu masa budak sampai ke belasan tahun sangat lah payah nak boleh habiskan segelas air kosong. Kalau bawa bekal air kosong ke sekolah ada lah separuh yang hilang selebihnya return masuk sinki dapur. Kalau air manis memang laku sangat sebab kena jimaaaat gula milo yang beli tiap bulan tu, don’t worry be happy.

Sekarang ni bila dewasa lain pulak cerita, rasanya jarang sangat nak minum air manis. Selalu je kelek ke sana ke mari dengan air kosong botol 1L aku tu haa. Untung 2L boleh habis untuk sehari , itupun kes malas nak buat air manis so teguk ajelah air kosong. Kesedaran baru timbul agaknya. Lagi pun tak rugi apa bila kita banyakkan minum air kosong. 

Banyak kebaikan yang tersembunyi tau. Lagi lagi untuk yang rajin amalkan minum air kosong pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ataupun erti kata lain semasa perut kosong. Air kosong berperanan untuk bantu penyerapan nutrisi dan menjaga sistem pencernaan tubuh kita. Selain tu jugak dapat melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh badan. Dalam badan manusia 70% berasal dari air. Tahu ke tidokkk ? Fakta ni tau. 

Dah jangan nak ngelat bagi alasan lagi. Jom mulakan sekarang. Nak sihat? Nak cantik? Tak payah susah nak cari atau beli supplement memahal lagi kalau air kosong free kat rumah sendiri ke rumah jiran depan ke rumah jiran belakang ke pun boleh tolong kita supaya sihat dan cantik. Failed ni kalau nak lantik aku jadi duta iklan. Hewhewhew.


KELEBIHAN MINUM AIR KOSONG WAKTU PAGI SELEPAS BANGUN TIDUR

1. Seimbangkan sistem buah pinggang

Tubuh memiliki air yang cukup dan terhidrasi akan memaksimumkan fungsi tubuh, seimbangkan cairan dan mencegah jangkitan.

2. Kulit lebih berseri

Minum air kosong boleh membantu kita menyingkirkan racun di dalam tubuh seterusnya membantu membersihkan racun dalam darah. Sebab tu kalau pernah dengar bila banyak minum air kosong kulit cantik lembab gebu dan pelowles.

3. Langsingkan tubuh

Cuba minum dua gelas air setiap hari selepas bangun tidur. Yang tengah gigih nak kurus boleh try k.  Rajin-rajinlah minum air pada waktu pagi sebabnya metabolisme tubuh boleh meningkat sebanyak 24 peratus. Wow !

4. Tambah darah

Bila mana badan terasa lesu, pening dan anemia, minumlah air kosong dengan jumlah yang mencukupi. Ia membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu pembentukan sel otot.

5. Membersihkan usus

Minum air ketika perut kosong membantu membersihkan usus dan membuatnya lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk kemudiannya. Selain tu, air kosong juga mampu menghilangkan senak perut dan sedu.

6. Mencuci perut

Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.

7. Menyihatkan jantung

Air kosong juga di percayai dapat menyembuhkan penyakit jantung. Dah banyak skill perubatan yang mengamalkan air kosong sebagai alternatif untuk si pesakit jantung.

SUNAH KETIKA MINUM

Adapun adab yang penting kita jaga ketika minum air kosong, sebagaimana yang dicontohkan Rasulullah SAW dalam sunahnya:

  • Janganlah minum sekaligus seperti unta/ keledai minum, tetapi minum seteguk demi seteguk (HR. Tirmidzi)
  • Jangan bernafas di dalam bekas air, bahkan jauhkan bekas air dari mulutnya dan bernafas (HR Tirmidzi)
  • Jangan hembus di dalam air, lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh ke dalamnya, keluarkan ia (HR Tirmidzi)
  • Dari Anas ra, bahwasanya Rasulullah itu bernafas ketika minum sebanya tiga kali (muttafaq ‘alaih)

P/s: kalau ada salah betulkan k✌

Malam ni simpan air kosong dalam botol siap siap letak tepi katil. Esok bangun subuh sebelum bilal azan tu ambik teguk minum dimulakan dengan bismillah dan alhamdulillah. Sihat dan cantik sesama jom.

Till here, bye.

6 comments

  1. Dulu susah sangat nak minum air kosong immediately after bangun. Tapi sekarang dah jadi rutin 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan kak, sama lah dengan ira pun. Sekarang botol mesti teman tidur sekali haha

      Delete
  2. Yg ni sgt susah nak ikut... Tak disiplin... Huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena praktikkan ni kan kak, lagi la sekarang kak ada baby dalam pewyot hehe

      Delete
  3. biasanya macam tulah , kalau air masak memang susah nak habiskan, kalau air manis laju je...tapi kena paksa diri jugak minum air masak , baru tubuh sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha aah betul betul betul sesiapa memang macam tu, benda yang bawa penyakit cepat je. Kihkih tapi gula pun kena ada jugak dalam tubuh kita sebagai sumber tenaga. Betul tak ? :D

      Delete

© MEANT TO BE. Design by FCD.