KALAU JENIS DARAH ANDA ...

JENIS DARAH ANDA

Pernah ambil tahu tak yang diri korang tergolong dalam kategori darah jenis apa? Kalau tahu bagus anda seorang yang sangat prihatin. Kalau belum tu sila buat ujian darah segera ye. Kebiasaannya jenis darah kita akan lebih cenderung ikut genetik belah ayah, tak tahu la ni semua mitos atau tak. Tapi YES jenis darah aku sama dengan my abah. I'm O+ person. Orang kata pemilik darah O ni istimewa sebab sangat payah dan jarang nak jumpa. Satu dalam seribu kununnya lah. Dalam keistimewaannya tu, golongan darah O tak boleh nak terima dari sebarangan darah tau. Hanya dari geng geng O sahaja. Diulang sekali lagi GENG O SAHAJA. Haa memana geng O tu tolong tinggalkan no telefon korang supaya senang aku nak cari mana lah tahu kot aku perlu penderma. Hiks.

Darah ni tak boleh sesuka hati je nak bagi derma kat orang sana kalau jenis darah tak bersesuaian. Boleh bawa maut tau. Sebab tu bila nak buat derma darah nurse akan tanya macam macam kan dan yang paling penting dia tanya jenis darah kita. Tujuan dia senang nak asingkan kot. Tak lah bercampur dalam bank darah dia. Ke salah fahaman aku ?

Korang jenis darah apa? Meh semak sini kepada siapa kita boleh derma dan dari siapa kita boleh terima.

KALAU JENIS DARAH ANDA ...

Darah A+
Derma kepada ; A+ | AB+
Terima dari ; A+ | A- | O+ | O-

Darah O+
Derma kepada ; O+ | A+ | B+ | AB+
Terima dari ; O+ | O-

Darah B+
Derma kepada ; B+ | AB+
Terima dari ; B+ | B- | O+ |O-

Darah AB+
Derma kepada ; AB+
Terima dari ; SEMUA DARAH

Darah A-
Derma kepada ; A+ | A- | AB+ | AB-
Terima dari ; A- | O-

Darah O-
Derma kepada ; SEMUA DARAH
Terima dari ; O-

Darah B-
Derma kepada ; B+ | B- | AB + | AB-
Terima dari ; B- | O-

Darah AB-
Derma kepada ; AB+ | AB-
Terima dari ; AB- | A- | B- | O-

Faham? So lepas ni kalau ada masalah kurang darah ke apa pastikan list dulu nama siap siap siapa mangsa yang sanggup berkorban untuk nyawa anda. Sweet gitew. Tapi kan, sepanjang hidup aku tak pernah sekali pun dengan sukarela nak pi derma darah. Takut ! Aihh pitam tengok darah merah pekat ligat pun ada. Trauma nau nau.

Hope you in the pink of health.

Till here. Bye ❤

13 comments:

  1. suami sis darah jenis O dan dia memang salah seorang penderma. Darah dia mahal sebab dia tak hisap rokok... kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah lelaki yang tak merokok memang limited edition kak. Bertuah la akak memilikinya hehehe

      Delete
  2. Saya AB tapi tak ingat pula - atau + hahaha.
    Bagus informasi ni sebab selalu terlupa mana satu universal donor mana satu universal receiver

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, Ira pun selalu terlupa dan majoriti tak ingat lah darah mana yang sesuai atau tak. Hihi

      Delete
  3. Kak Ana jenis darah yang pemurah 😅😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak kak, Ira terlupa mention ke apa yang jenis darah pemurah ni HAHAHA

      Delete
  4. Salam ira,

    Selalu keliru dengan info ni.. Thanks for sharing.. 😍

    ReplyDelete
  5. Wassalam.

    Sis tak kesorangan keliru Ira pun sama je. Hehe my pleasure 😅

    ReplyDelete
  6. Teringat kelas sains dulu. Eh, ke biologi? Haha
    Saya darah O ,tapi xsure ada + ke tak. Haha :P

    ReplyDelete
  7. Sayalah sikedekut darah. HAHAHAHA AB+,

    tapikan tak derma pun takpa, ada MA tu kata hyperthyroid tak payah derma la, tengok muka belum derma dah lemau semacam,hahaha.

    ReplyDelete
  8. sebenarnya byk lagi blood group selain daripada A,B dan O :D
    info yg bermanfaat ye kak ira..maaseh :D

    ReplyDelete
  9. Opssss lupa jenis darah sendiri... Tp rasanya B+ kowt,.... hehehe

    ReplyDelete