BLOGGER : BLOG FEEDS TAK MUNCUL DALAM READING LIST ?

9 February 2017

 BLOG FEEDS TAK MUNCUL DALAM READING LIST ?

Harini tak tahu nak rasa apa bercampur baur perasaan ni haa. Pagi tadi tengah tengah duk google something news aku ternampak satu link blog mat indon ni cerita pasal blog feed dia tak keluar dalam reading list. Sangat menarik perhatian aku untuk dibaca walaupun aku taklah faham semua bahasa dorang tapi aku ambik point penting je. Dan aku terfikir dan terperasan yang view feed aku sangat slow untuk setiap satu posting yang aku post. Terfikir lagi aku pun terkena masalah yang sama ke? Banyak kan ter aku. Hm mesti ada yang kata “elehh best sangat ke blog kau sampai semua nak singgah baca”. Huhu alaaa awak jangan la macam tu tak baik tau tau tau. Tak cakap pun yang blog aku ni famous amos. Sis sedar diri lah uhukk.

Entah bagaimana aku tergerak hati nak follow blog sendiri dan tengok feeds reading list blog aku and guess what ! Last feeds yang muncul kat situ 7 month ago, posting aku membebel bebel mengenai Hati Tisu. Alahai sedih sedih sedih (tiru gaya suara yaya boboiboy). Ghupenya selama ni aku memang syok sendiri jela. Dan aku syak yang datang singgah mungkin dari belas ehsan blogger yang aku "drop comment" semasa blogwalking. Huaaaa i'm owe you ! TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKENAAN.

Jadi, aku dah pun jumpa penyelesaian untuk masalah blog feeds yang tak muncul dalam reading list aku ni. Macam mana ? Senang sangat. Pejam mata pun boleh selesai. Eh riak betul ni hewhew. Kalau korang pun terkena masalah yang sama macam aku apa yang perlu buat ?
.
.
.
.
.
.
.

1.  Pergi dekat Settings dan klik Other, kemuadian tengok pada Post Feed Redirect URL dalam row Side feed. Jumpa tak ? Okey bila dah jumpa make sure post feed redirect blank ataupun kosongkan dari apa-apa URL. Silapnya aku dulu sebab ada letak link blog kat situ, thats why nothing display on feeds reading list. Sigh !

 BLOG FEEDS TAK MUNCUL DALAM READING LIST ?


2. Buka google.com dan cari satu software online yaitu feedburner.com. Kemudian masukkan alamat URL blog atau feed korang dalam kotak yang aku tunjuk tu. Nampak ? Nanti dah masukkan url tu tekan je next dan ia akan anylze url blog korang tu. Aku pun tak berapa pasti macam mana ia berfungsi tapi yang pasti ia membantu. Aci tak bagi jawapan macam gini ? Ngeee.

 BLOG FEEDS TAK MUNCUL DALAM READING LIST ?
www.feedburner.com/fb/a/home 


3. Korang ikut je dengan arahan yang ditanya dan diminta. Nanti dia akan bagi satu link tau untuk di copy kemudiannya paste dalam Post Feed Redirect URL tapi aku tak buat pun sebab serik hahaha. Bila dah selesai sampai ke 'klik'kan (canggih nau ayat) yang terakhir, refresh balik reading list atau sign out dan sign in balik blogs korang.

 BLOG FEEDS TAK MUNCUL DALAM READING LIST ?

4. SIAP ! Dan apa yang terjadi ? Nahhh semua posting aku lama dulu yang bersembunyi ntah kemana tu dah berani keluar menunjukkan diri dalam reading list. Ira minta maaf ye kepada follower tersayang atas sebab dah spam reading list korang dengan entri lama pagi tadi. Harap dimaafkan tau uhukk uhukk ! 👉👈

P/s ; Harap lepas ni dia dah tak malu lagi dan kembali sihat seperti blog feeds blogger yang lain jugak. Suka ni main sorok-sorok. Nakal tau ! Kahkahh.


Follow

15 comments

  1. haha nasib baik terbaca post orang tu kan, kalau tidak sampai sudah tak perasan benda ni. saya pun terus check tadi takut ada terisi juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Sangat bernasib baik ni. Kalau tak memang syok sendiri jelaaa ntah sampai bila sebabnya ada blog tapi sendu hahaha --'

      Delete
  2. Alomokkkk jangan le jadi cenggini.. Leh pusing kepala carik jalan penyelesaian nnti.. Adeh...

    ReplyDelete
  3. tak tertahan air mata jugaklah nak cari penyelesaiannya tu huhuu

    ReplyDelete
  4. Thanks share, nasib baik tak main sangat area situ. So, memang takde isi apa2 pun kat kotak tu. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu ira ni sejenis tangan yang tak reti duk diam tulah dapat padah 😂

      Delete
  5. baca post ni terus follow blog sendiri nak check..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha memang macam kelakar follow blog sendiri tapi kalau tidokk sampai bebila laa tak tahu yang feed tak keluar huuu

      Delete
  6. sis pun terus check mujur lah.... TQ share ya

    ReplyDelete
  7. Elsa baru je minggu lepas terdetik hati nak follow blog sendiri. Tapi tak check pun semua nie. Ish balik rumah kena check jugak nie even dah follow blog sendiri pun. Saja standby hehe. Thanks for sharing sis ira 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. netau benda yang tak disangka-sangka boleh terjadi huhuu.

      Welcome Elsa !

      Delete
  8. tq atas perkongsian ni.. sngt bermakna untuk blogger lain. lepas baca ni sy terus cek di setting dashboard. :)

    ReplyDelete
  9. Tahniah dah selesai masalah. Pening kan kalau jadi problem mcm ni, tapi bila jadi problem ni juga dapat tambah satu lagi ilmu kita yang akan bermanfaat untuk dikongsi dengan bloggr lain yang ada masalah yang sama nanti.

    ReplyDelete
  10. Good sharing..
    Baca post Ira, terus check semula setting.. Thanks for the info 😍

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.