BILA KITA TUA ...

5 February 2017

BILA KITA TUA ...
Renungan bersama bila menjelang tua

Bila kita tua ...

Luangkan waktu bersama pasangan anda kerana salah seorang daripada kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yang indah.

Bila kita tua ...

Akan tiba masanya mau berjalan ke pintu saja susah, sementara masih berkemampuan, jalan-jalan lah kebeberapa banyak tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran TUHAN, untuk mengagumi keindahan ciptaan-NYA.

Bila kita tua ...

Jangan susahkan diri memikirkan anak-anak secara berlebihan. Mereka akan mampu berusaha sendiri. Cuma tentukan hutang anda lunas sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yang anda tinggalkan.

Bila kita tua ...

Luangkan waktu  bersama rakan-rakan lama kerana peluang untuk bersama itu akan berkurang dari waktu ke waktu.

Bila kita tua ...

Terimalah penyakit apa adanya. Kerana semua sama, kaya atau miskin akan melalui proses yang sama, yaitu: lahir bayi, kanak-kanak, dewasa, tua, sakit & mati.


Kata2 nasihat

"Cari kawan yang seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih. Jangan cari kawan seperti duit siling, depan lain belakang lain".

Jangan ego jangan sombong. Kawan-kawan kita juga yang tolong urus mayat kita suatu hari nanti.

Selamat menikmati masa hidup dengan bahagia.

P/s ; sumber group whatsapp.

Selamat malam.

1 comment

  1. Sedih pulak kak ana baca. Based on my own experience, kak Ana tgk orang tua dia tak minta apa2 kecuali masa anak2 untuk mereka. Duit dah tak penting buat mereka. Time ni lah dorang akan terkenang masa zaman anak2 masih kecil 😭

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.