TIPS MEMILIH LIMAU MANIS

18 January 2017

Assalamualaikum.

Alahai dah berminggu minggu tak membebel kat sini rindu du duu duuu. Idok ler busy cuma takda masa nak lepak lelama kat sini. Malam selalunya aku lebih sayangkan tidur (tapi malam ni ku gigihkan jua) cehh, siang pulak habiskan sebahagian masa kat pejabat kekadang je mengular kejap menjenggah ke sini. Itu pun kalau kerja tak banyak la (bukan selalu pun buat kerja jahat tau) hihihi.

Stop nonsense. Memandangkan minggu depan raya cina kan mesti korang atau mak ayah abang kakak korang ada bawa balik berkotak-kotak limau free kan? Tak? Okey meh datang rumah nak bagi sorang satu :p




aucakkk ciku cikucakk



semerah cinta saya pada awak, ciacia ?


Sebenarnya gimik je lebih ni limau tu dah habis separuh haa. Almaklum ni pengalaman pertama dapat "angpau" dari company teruja la sikit. Thank you boss ! So aku nak kongsi satu tips tahyul yang aku dapat dari officemate dan ibu aku. Kenapa aku cakap tahyul haa teruskan membaca. 

Pernah tak bila korang makan 'limau free' tu ada yang rasa masam ada yang rasa manis. Yang tak bestnya kan kalau time aku selalu je dapat yang masam. Kalau ibu aku selamba je kecap kecap yang manis iskkk tak adil betul kan. Ghupenya ada cara macam mana nak tahu limau tu masam ke manis ke masin ke. Eh ?


TIPS MEMILIH LIMAU MANIS

1. Tangkai yang timbul.

2. Kat bahagian tangkai limau tu pastikan dia bergerutu dan "bunga limau" tu berkedut sekedutnya. 



macam gini haaa ghupenya


3. Tekan pada bontot limau kalau lembut atau ada macam ruang kosong kohhpemm manis.

4. Keseluruhan kulit limau yang bergerutu (tidak licin cantik).


nampak apa yang aku maksudkan ?


5. Warna yang terang tua (warna masak). Camne eh nak terangkan kalau tak faham ni hm?

6. Gunakan konsep pilih pakai nawaitu ajolah hahahaha okey ini gurau. Jangan marah nanti kena jual ! Hiks.


Semua di atas aku dah buat uji kaji sendiri so setakat ni memang tepat kena rasanya KECUALI TIPS 6. Memula aku dapat tahu pasal tips ni rasa macam mengarut je. Tahyul. Sekali aku test buat hambik kau memang tak tipu lah. Manis manis aje yang dapat.

Pssst ! Lepas ni boleh la korang pilih limau yang helok tu senyap senyap tau. Jangan bagitau yang lain. Shhhhhhhhhh ! Haaa jangan lupa bak sini satu sebagai upah.


agak korang yang mana satu limau manis ?


Happy Chinese New Year in advance to my boss and chinese officemate.

Selamat memilih limau semua.


p/s : sekarang tengah viral pasal limau mandarin yang mengandungi bahan kimia sulfur dioksida berbahaya. Jangan mudah terpedaya sangat dengan keyboard warrior sekarang. Meh baca kenyataan sahih FROM THE DESK OF THE DIRECTOR-GENERAL OF HEALTH MALAYSIA. (sumber dari twitter Dr. Anwar Fazal).

3 comments

  1. thankyou bagi tips ! baru plan nak borong limau kat pasaraya kjp lg ;)

    ReplyDelete
  2. Saya beli dalam kotak.
    Tak tau nak pilih.

    ReplyDelete
  3. Tips best ni, sebab dah musim chinese new years ni memang sy pun sibuk nak beli juga, hahahaha.

    Ok yang manis yang pegang guna jari manis & kelingking tu kan... Hehehe aplikasi terus ilmu :P

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.