PERJALANAN SEBAGAI SEORANG BLOGGER

24 January 2017




Tragis tak tragis sangat lah jugak kisah aku ni. Wait a minute and take a breath ! 

Start sign up with blogger.com since 2012. Berapa haribulan jam berapa tu semua sumpah aku memang tak ingat langsung. Macam mana aku nak ingat kalau terjebak dengan dunia blog ni pun hanya kerana terpengaruh dengan kawan-kawan sekolah aku yang memang kaki blog tegar masa tu. Kira macam zaman dunia blog baru nak up lah, sama jugak dengan myspace, friendster tu semua. Kami ni kira dak dak hingusan baru nak up lah katakan. Haha kejam gila ayat ! Bayangkan eh tahun 2012 tahun aku ambik SPM. Dan percayalah ada masa masa tu aku sanggup pergi cyber cafe semata-mata nak sign in blog, blogwalking dan mengedit (bodoh gila bila ingat balik). Yelah zaman tu mana nak ada teknologi macam sekarang handphone canggih manggis, line wifi kalau kau duk uk uk dalam jamban pun boleh akses, dahtu ada laptop cop sendirian berhad lagi. Dolu-dolu aku hanya ada sebuah pc gedabak dan broadband cocok. Itu pun kena kuarantin dengan ibu sebab nak exam deknon oi. So kewujudan blog tahun 2012 tu ibarat hidup segan mati takmau (eh macam lagu je). Shame of me aite 😓

Lepas je SPM aku dah aktif balik maka siang dan malam aku dah tak hirau. Seronok membebel meneroka tanpa ingat makan minum tidur langsung. And if you can see to my blog archive, some of my previous post was deleted atas sebab loya anak tekak sendiri baca balik posting yang ntah pape aku merepek repek. Oh damn. Lagi sekali aku men"chipmore"kan diri dari dunia blog (ceh ayat) lepas je dapat sambung diploma. Semester satu dan dua okey lagi jengah la jugak satu dua posting. Bila masuk je semester tiga dan kesudah memang aku lupa terus pasal blog sebab takde masa nak ambik kisah mana nak siapkan assignment lagi, lab tutorial last minit lagi, test quiz apa bagai tu belum campur waktu tidur yang tak terurus langsung. Padahal kalau nak diikutkan logik akal kenangan zaman diploma lah yang sepatutnya aku cuba abadikan di sini. Hmm tambahan pulak aku boleh terlupa password blog so simpan dalam hati ajolah semua kenangan tu hahaha. Teruk kan perangai aku ? Tak semengah betul.

Awal tahun 2016 konon berazam nak aktif blog balik. Alhamdulillah tak banyak sikit pun aku mulakan dari bawah. Acah newbie gittew. Masalah terbesar aku dulu dan sekarang writer's block. Aktif tu memang lah aktif. Wujud je roh aku dalam posting blogger blogger yang lain (silent reader) dan aku sangat enjoy dengan penulisan mereka. Impressing ! Cuma kewujudan posting aku pulak kebanyakkan hanya membeku di draft. Serious sedih weh ! Bila terkena macam tu mula lah nak give up. Lepas tu bawa diri dengan mengedit dan mengedit dan mengedit wajah blog sendiri sampai muntah. Ibarat luaran (interface) gempak tapi dalaman (content) haprak. Tapi persoalannya lagi GEMPAK KE ? Lemau wei lemau.

Walaupun pada awal jalan cerita aku ada bagitahu terjebaknya aku dalam dunia blog kerana pengaruh rakan sebaya. Ikhlas dari hati aku aku seronok berada di sini. Berjalan dan berjalan ke dalam kisah dan pengalaman sahabat blogger yang lain. Sedih gembira dia dapat dirasai bersama walaupun 0.001 peratus (Allahu tak ihklas betul perasaan). Dan begitulah perjalanan irazulkeffele.blogspot.com sejak 2012 hingga 2017. Dan merupakan blog address yang paling matang jika nak dibandingkan dengan yang sebelum sebelum ni kahkah. Malu sendiri ! Dah LIMA TAHUN rupanya blogspot.com aku wujud tapi kewujudannya sama seperti lima bulan. Entahlanakkk. Kalau ada anak dah masuk taska dia aceceyy.

Dah lah dah penat sangat duk recall memori perjalanan tragis blog aku. Sebelum tu aku nak ajak reramai follow blog seorang sahabat kita ni yang accidently permanently deleted her blog. Kesian dia kan ? Macam mana nak follow ? FOLLOW FARHANNAJAFRI nak singgah berjalan berkenalan pun boleh BLOG FARHANNAJAFRI dan tercetusnya idea untuk menulis tentang "PERJALANAN SEBAGAI SEORANG BLOGGER" adalah kerana si manis ini dalam pencarian bloglist untuk blog barunya. Berminat untuk sertai boleh klik banner di bawah beramai-ramai okehhh.



Ehhh tunggu jap belum habis lah. Ini juga termasuk dalam syarat penyertaan tau. Tag 3 rakan blogger yang lain. So, YOU'VE BEEN TAGGED where to talking about your journey 💝


3 comments

  1. Hahahaha sama la kita. Gigih tau cari line internet broadband cucuk dulu semata nak up entri tapi bila dah dapat boleh pulak kena brain freeze. Hahaha sudahnya blog kena delete. :(

    p/s : senarai peserta kita dah update tau! :) https://farhannajafri.blogspot.my/2017/01/assalamualaikum-hai-to-all-of-you-guys.html

    ReplyDelete
  2. teringat pulak zaman broadband cucuk tu, mahal giler!! aduhai.. tpi itulah kenangan. :D

    ReplyDelete
  3. hahaha.. kita sama.. loya bila baca entri2 time bebudak dulu.. :D


    http://www.syahirahvaliant.com/2017/02/perjalanan-sebagai-seorang-blogger.html

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.