MEK KELATE MARI GANU

3 December 2016

Assalamualaikum.

Alkisah mek kelate bermula apabila 4 orang gadis dari Kelantan (Aina, Huda, Ain, Dila) datang ke Terengganu untuk menghadiri temuduga dan ujian MEdSI di Unisza Gong Badak untuk second intake degree 30hb haritu. Dorang ni bakal jadi cikgu-cikgu kepada bakal anak-anak kita nanti. Ehh ! Haha aku doakan moga siapa sahaja  yang sertai temuduga dan ujian tu berjaya lepas lulus dengan cemerlangnya. Memandangkan dah alang kepalang dorang nak jejak ke unisza tu dan ikutkan dekat sangat lah dengan rumah aku maka haruslah jugak untuk jejak ke teratak buruk hamba. Tak gituuu ?

Tak payah pening kepala pilihan yang tepat dorang bagitahu nak tumpang bermalam di rumah aku. Dengan senang hati ku menerima lagipun kawan rapat kawan gaduh kawan suka kawan duka aku jugak masa poli dulu. Acecece ayat. Tetamu tu pembawa rezeki tau so aku suka kot bila kawan atau sedara bagitau nak datang rumah ehee. Dan musabab lain bila orang bagitau nak datang rumah aku akan datang satu perasaan mood terlebih rajin untuk mengemas. Bak kata ibu “kalau lah gini ada orang datang tiap minggu pun takpe bagus jugak kemas je rumah”. Haaaa nampak, pecah rahsia aku ! Bukan bermakna aku ni pemalas orangnya cuma sikap suka bertangguh je masalah terbesar aku. Yelaaa mesti ayat kena defend diri oi -.-

K stop cerita pasal siapa malas siapa rajin. Kata orang saja nak save moment dengan mek kelate ni selain datang ganu untuk menghadiri temuduga dan ujian. Nanti aku rindu boleh lah throwback kerja gila yang kami dah buat dua malam haritu.

Selasa // 29.11.2016

Aku tak tahu laa pukul berapa dorang (Aina, Huda, Ain) turun dari Kota Bharu tu dan pukul berapa jugak yang dorang dah sampai ke ganu. Tahu-tahu je dah ada dalam kereta sewa hahaha. Sengal betul ! Memandangkan selasa hari bekerja dan aku memang kerja so pusing laa dorang lawat kawasan  memorable zaman belajar PKT dulu sampai 5.30 petang tunggu aku balik. Dahtu konon nak suruh dorang ambik aku kat ofis then balik rumah aku sekali sebab aku yakin sah-sah sesat nanti nak cari rumah aku. Ghupenya pukul 5.15 petang ada whatsapp masuk bagitau “BARU OTW”. Tak menyirap aku bila baca. Jalan nak ke rumah paling cepat untuk orang pertama kali datang setengah jam mungkin dari bandar. Tu pun paling cepat okey.  Sudahnya whatsapp bagitau ibu minta datang ambik.

Tunggu dorang memang berkampung lah aku kat ofis sampai pukul 6. Sempat jugak tu dorang menyinggah ke Mydin Mall Gong Badak dengan aku yang kerisauan mana lah dorang tak ws apa sepatah tanya jalan masuk rumah ke bagitahu ada kat mana ke. TAKDE ! Kau bayang macam mana aku punya risau. Dalam 6.30 petang macam tu baru lah ws tanya rumah aku kat mana. Dan seperti yang dijangka memang memusing laa kepala aku lakar peta dalam map laluan mana ehh jalan mana ehh. Nasib lah aku hafal jalan kampung sendiri aihh. Masuk lorong keluar lorong buat u-turn haa jumpa lah rumah dalam pukul 7 lebih-lebih kot. Nasib aku tak tunggu kat ofis kalau tak masakkkk.

Malam tu takde aktiviti sangat cuma bawa dorang jalan pusing kenal unisza dan cari arah tempat MEdSI. Nanti esoknya takla menjajau cari tempat. Lepas tu ke Dapo Pata sebab dorang memang dah teringin lama nak ke sana. Malangnya hari tu hujan teruk sangat dari pagi sampai ke petang dan renyai malam so tak banyak kedai yang buka ada satu dua je. Singgah la jugak bawa dorang pergi makan malam dah nak pergi sangat kannn.

Haaaa nah hasil tangkapan yang kitorang dapat malam tu.

MEK KELATE MARI GANU
Lambat sangat abang kedai hantar oder wefiee dulu sekeping

MEK KELATE MARI GANU
Anti-sosial betul bebudak sekarang :p

Dah siap makan selfie wefie lagi sikit balik rumah sambung borak kat rumah sambil dorang "study smart" untuk temuduga esoknya.

Rabu // 30.11.2016

Subuh hari lagi aku dah bangun ke tandas haha tak lah memang nak bangun pun untuk tolong ibu buat sarapan. Siap-siap semua pagi tu dorang pun dah bersiap sarapan apa semua berangkat la ke unisza aku pun bersiap lah pulak nak pi kerja. Hari tu aku half-day je sebab atas permintaan dorang nak spent time katanya. Tapi Aina kena tinggal kat unisza sebab temuduga dia sesi petang kesiaaan. Rehat tu dorang ambik aku kat ofis terus ke bandar ambik Dila. Ujian dan temuduga dia khamis tu yang datang lewat sehari dan hajatnya kitorang nak ke bank petang tu untuk tukar kad bank BSN tapi maghaii penuh seat woi padat. Lupaaa akhir bulan kan orang bergaji lah. Dahtu gi makan tengah hari tu sebab Dila kelaparan . Dahtu lagi singgah poli nak kutip sijil wataniah Encik Zul pulak takde cuti demam hmmm. Balik jelah dengan perut yang kenyang.

Petang ambik Aina pulak dan bawa dorang pi cari keropok lekor ganu. Kata datang ganu kan tak lengkap la kalau pulang dengan tangan kosong yedak ? Aku bawa dorang pi beli Keropok Lekor B.T.B kat Seberang Takir. Kedai ni kebiasaannya ramai kena beratur ambik nombor bagai. Mungkin haritu tak ramai orang boleh je nak beli terus tak payah bernombor sangat. Yang bestnya sejenis aku payah nak ingat jalan ntah macam mana boleh je sampai ke kedai tu. Pehhh satu pencapaian ni buat aku ehee.

MEK KELATE MARI GANU
Borong habissss

MEK KELATE MARI GANU
Datang ganu jangan lupa singgah tauuu !

Keropok lekor pun dah beli, nak ke pantai pulak dorang semua ni. Lahai macam lah Kelate tu takdok pantai kei. Haaa kan dah bertukar loghat tu kahkah. K aku bawa jugak penuhi hasrat. Kang kempunan payah pulak. Bawa la pergi Pantai Teluk Ketapang atau nama kampung-kampung Pantai Airport.


MEK KELATE MARI GANU

MEK KELATE MARI GANU
3 tahun perkenalan and still counting. Lebiuuu !

Ayu kan tiga orang gadis berbaju kurung itu hahaha ! Dah puas bergambar bergaloks balik lah ke rumah. Bersiap untuk makan malam pulak. Sibukkan diri lah anak gadis itu di dapur bantu ibu apa yang patut. Lepas maghrib keluar lagi ronda ganu lagi. Aihh konon nak pi Pulau Warisan nak makan kepok pok (port lepak aku and the geng paling best masa zaman belajar dulu) tapi tak nampak bayang pun lori pok. Tak buka letuuuw. Plan A CANCEL. Terus dengan plan B ke Star Anise. Ni port lepak Aina dengan Huda. Dah parking pun dah keluar kereta pun ntah macam mana boleh tukar plan nak lepak Qawa Coffee pulak. Tempat ni dah lama dorang mengidam nak singgah masa belajar dulu tak tersinggah singgah sebab masalah kenderaan. So tukar plan last minute. Selamat duit Huda kalau tak tak pasal kena belanja kitorang (sape suruh buat janji sangat) hahaha pleasee daa thanks to me >,<

Tempat ni ada cerita dan kenangan aku yang tersendiri sebenarnya tapi takpe lah aku simpan sorang je.

MEK KELATE MARI GANU
my fav :*

MEK KELATE MARI GANU
Aktiviti kesukaan perempuan, well ~

MEK KELATE MARI GANU
Walaupun gambar blurrrrr. Rindu lagi 7 orang ahli 1202 :(

"Mama saya marah balik lewat" kata si Huda bergurau. Haaa kalau tak kata putus balik gamaknya memang tidur situ. Sedang molek sampai rumah hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulilllah selamat pun sampai rumah. Dorang kemas-kemas apa yang patut dahtu esoknya aku kerja pagi woi hmm. Tidur lah dengan lenanya dalam kehujanan

Khamis // 01.12.2016

Bangun bersiap semua,sarapan. Kemas-kemas lagi dorang untuk kali terakhirnya sebelum nak balik. Sebenarnya tak lah balik, cuma macam check out awal la rumah aku. Lepas hantar Dila ujian temuduga bagai pastu ntah meronda mana la pulak dorang bertiga. Aduhhh aku dah sedih pagi tu sebab nak kena berpisah ni. Bab yang aku benci sangat bila dah jumpa atau gathering dengan sesiapa je. Aku ni jiwa sensetif cepat cengeng tau sobs. Sebelum balik aku buli dorang jugak suruh hantar aku pergi ofis. Konon last lah tu. Sedih sedih ! Salam peluk cium dah awal-awal kat rumah sekali dengan ibu sebab tahu karang ada drama pulak dalam kereta. Hmmmmmm. So pagi khamis aku bermula lagi macam kebiasaannya.

Dan sampai hari ni masih terasa rindu dengan kebisingan dan keriuhan dorang di rumah aku. Sebenarnya rindu nak berkumpul lagi dengan cukup ahli 1202 reramai tapi semua dah ada haluan masing-masing. Aku redha. Moga ada jodoh panjang umur untuk kita kumpul beramai lagi k. Reunion. Atau berkumpul lah dekat majlis undangan sesiapa ahli 1202 nanti. Kannnn ? See you when i see you gaiss.

Apapun terima kasih lah sebab baca apa yang aku merepek dari mula sampai akhir. Saja nak luah rindu ni :(

Byeeee.

Post a Comment

© MEANT TO BE. Design by FCD.