[RANDOM] GIVEAWAY 5 YEARS BLOGGING BY FAEZAH MDNOR

Assalamualaikum.

12.12.2016 bersamaan 12 RabiulAwal 1438H. Allahumma solli a’la saidina Muhammad wa a’la saidina Muhammad. Cantikkan tarikh maulid Nabi jatuh tahun ni ? And the truth is on 12 December is not just a blank date for me and my family 12 years ago. So, two days back, I was stumbled across an interesting giveaway and I think it's related with my story-posting. Shall we?

-
joining the GA by clicking an image (terms and conditions)

SELF-POSITIVE WHEN I SAD

Terlalu banyak cerita suka dan duka kita (manusia bukan robot) lalui dan rasai yang tak mampu diluahkan dalam sehelai kertas A4 mahupun buku tulis setebal 300ms. Yelah kan cerita dan takdir kehidupan kita berbeza bermula sejak dalam kandungan si ibu lagi. Kalau nak bukukan juga aku tak tahu lah jilid ke berapa baru boleh jumpa ending tu. Bagi aku kehidupan di alam fana ini boleh diibaratkan seorang kanak-kanak yang mula bertatih untuk berjalan, pertama kali belajar basikal untuk mengayuh dan fasa seterusnya. Mereka akan jatuh kemudian menangis sepuas hati dan bangkit semula untuk mencuba lagi. Okey mungkin ada yang kata "macam tak kena je perumpaan tu" "elehh motif sangat statement kau ni" haha. Rileks. Lend me your eye and heart for a few minutes.

12.12.2004. My abah died when I was nine. He died a day after having operation to remove his appendix. 9haribulan abah ditahan wad kerana disahkan appendix septic shock (atau bahasa kampungnya apendik pecah). 10haribulan alternatives to emergency surgery and it successful. 11haribulan ahli keluarga dah boleh datang melawat but he still in poor conditions. Aku sendiri pun dah lupa apa yang aku bual dengan abah untuk kali terakhir waktu tu. 12haribulan he's gone. Bermacam emosi dan perasaan dalam tempoh masa yang sangat singkat. Sejujurnya sebesar seusia aku masih tak faham satu apa pun walaupun aku tahu kenyataanya "aku seorang yatim". Ibu. Wanita yang aku rasa paling tak kuat waktu tu untuk cuba menerima kenyataan yang dia kehilangan tempat bergantung insan yang ada waktu susah senang mereka.

Selepas kematian abah, hampir setahun jugak aku sekeluarga menumpang rumah tokmi (umi kepada abah). Abah aku seorang pegawai ladang TDM Plantation so sebelum ni memang duduk rumah company aje lah. Memandangkan abah pun dah meninggal, rumah company tu bukan lagi hak tapi dalam masa yang sama jugak abah memang dah beli rumah sendiri cuma belum siap sepenuhnya. Boleh dikatakan setiap minggu (kalau tak silap) abah akan turun lawat tapak rumah tengok peratusan yang dah siap. Yang aku tahu waktu tu "yeayyyy nak duduk rumah baruuuuu". Cuma sayang dan terkilanya abah tak sempat pun merasa jejak rumah yang dah siap sempurna ni. Mungkin ni satunya peninggalan dia buat kami sekeluarga. Kalau tidak aku pun tak dapat bayang kat mana aku dengan adik-beradik dah merempat sekarang. Haha !

Dalam masa setahun (kot) sepanjang "menumpang rumah orang" ibu selalu berendam air mata memendam perasaan. Sendirian kot besarkan aku empat beradik yang semuanya masih kecik tak kenal dengan rencah dunia sebenar pun masa tu. Dengan aku yang selalu buat perangai buat masalah menyusahkan ibu (maafkan ira ibuuu T_T). Lagi ibu nak hadap mulut dan perangai puaka dua tiga jenis....ntah la tak tahu layak dipanggil manusia atau tak (k let it be my secret)

Walaupun aku masih kecik tapi aku sangat perhati tau dengan keadaan sekeliling. Siapa buat ibu marah, siapa buat ibu menagis haaaa aku ingat sampai sekarang tau ! Orang kata memori kanak-kanak sangat kuat untuk ingat perkara masa mudanya. I think i'm the one. Yang pasti ibu dah lalui semua tu seorang diri. She's very, very strong woman. She has always been my inspiration. 

Dari zaman ibu keseorangan sampailah ibu dah ada 'kawan bercerita' (aku adik beradik) aku sekeluarga hidup bahagia tak pernah sekali makan pakai aku adik beradik terabai. Tak pernah. Sampaikan orang sekeliling atau orang luar atau kawan-kawan ibu tak percaya ibu mampu survive hingga tahap ni. Berjaya besarkan anak-anak sendirian tanpa "teman" atau "teman baru". Dan sebolehnya aku taknak wujud keluarga tiri dalam hidup aku. Syukur alhamdulillah, setakat ni aku adik beradik jadi orang lah bukan jadi puaka. Hahahaha ! Dengan semangat dan ketabahan ibu itu lah aku bawa ke mana je aku pergi. Dengan prinsip BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI.

Kalau aku sedih atau putus asa dengan apa yang aku dah buat. Aku akan motivate balik diri...


Ira ! Kau kena kuat jangan nak lembik sangat. Ingat abah. Ingat ibu. Terus buat semua ni untuk buktikan pada orang-orang "itu" yang aku boleh berjaya walaupun tanpa abah. Aku boleh berjaya hanya dengan didikan ibu. Aku boleh buat sampai berjaya dengan hasil usaha sendiri tanpa tagih simpati orang. Dan aku akan pastikan aku akan buat apa yang aku nak sampai aku berjaya.

It's the worst kind of pain i've known. Sometimes I still just can't believe you are gone and I think about you everyday, bah. Every single day. My abah died when i was nine but I grew up in a strong family. Loveyouu ibu :*


That's enough. Thank you.

p/s : maaf la kalau ayat yang berulang dan wujud unsur kekejaman. bercerita betul-betul dari hati ni. hahahha. terima kasih jugak buangkan masa awak disini :p

Bye.

8 comments:

  1. salam takziah eventho kejadian tu dah beberapa tahun lamanya. i never lose my beloved one, so i don't really know how it feels. but, for you to survive after his death for several years, it was kind of amazing my dear! don't forget to make your mom proud of you, dear :)

    ReplyDelete
  2. @norzalina zakaria hehe thanks awak. yang hidup kena teruskan and we all we rise up :) thanks again.

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah untuk arwah abah awak.. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Salam perkenalan.. datang dari GA yang sama..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2016/12/giveaway-5-years-blogging-by-faezah.html

    ReplyDelete
  4. takziah untuk ira sekeluarga. Been there so sedikit sebanyak faham la jugak macam mana perasaan mak ira handle semua benda. Anyway, good luck tau untuk GA ni :)

    ReplyDelete
  5. @shikin razali InsyaaALLAH aamiin. Terima kasih. Salam perkenalan jugak dari saya and goodluck for this GA :D

    ReplyDelete
  6. @farhana jafri terima kasih farhana. awak nangis ke ? nahhh hulur tisu :P

    ReplyDelete
  7. singgah dari segmen yg sama

    http://thezafirahnazri.blogspot.my/2016/12/giveaway-5-years-blogging-by-faezah.html

    ReplyDelete