RESEPI | AYAM BUTTERMILK

16 December 2016

AYAM BUTTERMILK

Assalamualaikum.

Lepak sini kejap mencurahkan idea yang sedang menggelegak di otak. Boleh ke camtu ? Pedulikkkkk ! Haha. Siapa sini suka makan. Haaa semua lah suka kan boleh dikatakan hobi part time giteww. Btw, resepi kali ni fav baru aku jugak la kot sebab first and second try licin habis pinggan adik-adik aku makan bertambah. Seronok betul bila orang suka apa yang kita masak kan. So, sebelum terlupa dan nyanyuk mesti save di sini dulu bahan dan caranya. Kalau agak tak tahu nak masak apa untuk lunch esok nahhh mesti cuba resepi ni. Kali ini resepi campak-campak je dari aku yang dah diubah mengikut selera anak tekak sendiri dan keluarga. Aku agak kalau google pun memang bermacam gaya dorang punya cara resepi yang hampir sama je tapi diubah mengikut rentak dan irama sendiri. Simple dan menyelerakan. Menu acah matsaleh sikit dengan selera tekak kampung yang mesti nak kena menyengat dalam masakan. Perfecto ! K k taknak melalut jauh sangat jom ketuk ketuk kuali sekarang.

Bahan-bahan yang diperlukan.

AYAM BUTTERMILK

Bahan A (Menumis dan berkuah)
-Mentega a.k.a butter
-Bawang putih
-Daun kari
-Lada kecik / cili padi
-Kiub knor ayam
-Cheese
-Susu sejat krimer (sorry lupa nak snap gambar)

Bahan B (Perapan ayam)
-Ayam yang dipotong dadu
-Serbuk kari
-Serbuk lada
-Tepung jagung (tepung gandum pun boleh)
-Telur
-Tepung Kentucky 

Sukatan bahan ni semua adalah ikut nawaitu si pemasak so aku tak spesifikkan banyak mana pun bahan digunakan. Nama pun masak campak-campak kan. Tapi serius campak macam mana pun akan menjadi jugak percayalah. Dah berkenalan dengan semua bahan di atas. Agak agak cukup je dengan seisi keluarga.

Kita mulakan dengan bismillah dan kumpulkan Bahan B untuk perapkan ayam. Rasanya untuk bab ni semua mesti terer kot, goreng ayam ala-ala kfc. But it okey, lets me teach you how to do ayam ala-ala kfc sangat. 

Ayam tu seelokkan ambik pada bahagian dada ayam yang tak banyak tulang. Mudah nak cari isi dan senang nak potong. Dah jumpa bahagian yang aku maksudkan potong dadu. Kenapa mesti dadu ? Suka hati aku lah resepi aku (ceyyy kejam betul). 

Okey step seterusnya, kalau korang tengok pada gambar di atas grid kedua aku dah sekalikan semua bahan tu dalam satu bekas untuk di gaulkan sebati. Perap ayam dalam sejam atau dua jam nak kasi rasa tu melekat supaya terasa spicy ayam tu. Dalam menunggu tu boleh la whisk telur dan letakkan tepung kentucky dalam bekas lain untuk digolek golekkan ayam tu di atasnya nanti. Mulakan celupan dengan telur kemudian baru tepung kentucky tu. Sebenarnya taknak guna ayam kentucky tu pun takpe sebab fungsinya untuk kasi efek rangup dan gerutu macam ala ala kfc yang aku katakan tadi. Jadi, terpulang pada anda. Selera masing-masing okey.

Seterusnya, panaskan minyak untuk goreng ayam. Pastikan minyak panas sebetulnya sebelum menggoreng kalau tak nanti ayam serap minyak pulak. No no no ! Goreng sampai agak kuning dan masak bukan hangit. Tos angkat dan ketepikan.

Ayam dah masak. Proceed bahan seterusnya untuk buttermilk nya pulak. Dah nama butter so kita tak gunakan minyak untuk menumis tapi butter. Masukkan butter dalam keadaan api yang sederhana dan agak-agak cukup untuk menumis.

Kemudian bila dah cair masukkan bawang putih cili padi dan daun kari. Tumis sampai daun kari betul-betul kering.

Bila agak dah kering dan naik bau, masukkan susu sejat krimer. Yang jenis suka berkuah aku cadangkan tuang jelah setin pun. Tak jadi masalah tapi kena sesuai dengan kuantiti ayam yang dimasak. Tapi aku cuma gunakan separuh tin sahaja. Kacau sampai dia mendidih dan masukkan cheese untuk pekatkan kuah. Memandangkan aku dan adik-adik sejenis hantu cheese so sengaja aku masukkan untuk kasi lemak lemak umphhh camtu. Tapi kalau tak minat tak perlu pun takpe. Hanya opsyenel saja. 

Kacau lagi dan lagi sampai cheese tu betul betul cair dan kuah pun mendidih. Masukkan pulak kiub knor ayam sebagai penambah perasa.

Step terakhir, baru masukkan ayam tadi kedalam kuali bersama. Kacau lagi kasi sebati. Kalau agak rasanya kurang boleh tambahkan garam tapi aku takde tambah apa pun.

Hasilnya taraaaaaaaaaa

AYAM BUTTERMILK

AYAM BUTTERMILK

Rasanya dah cukup berlemak dan pedas menyengat sangat sempurna bila dilalukan ke tekak dan allahuu lapar pulak bila menaip ni. Kbye nak pi makan lah. Selamat mencuba dan sedikit pesanan rakyat wahai anak dara kalau nak disayangi mesti rajin-rajin lah ke dapur tau. Hah motif sangat kau hehee.

Bye.

5 comments

  1. Never thought ira ada blog. Bosan bosan blh la baca :p

    ReplyDelete
  2. @nadd eya alamak dah kantoi ke ni? hahaha boleh je sila sila lah datang selalu :P

    ReplyDelete
  3. @ayu farahana aihhh belum tengok malasnya lagi ni kihkih

    ReplyDelete
  4. Sedapnya tengok ayam buttermilk ni....hhuuuuu..

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.