5 KAEDAH MUDAH BAYARAN BALIK PTPTN

Image result for graduate quotes
Assalamualaikum.

Hai kakak abang yang di sana dah bayar hutang ke belum? Haaa belum bayar letuww. Hmm jujur nak tanya skema ke kita eh kalau nak langsaikan hutang cepat-cepat ni. Tidak kan kan kan ? My personal opinion, lagi cepat lagi bagus sebab terasa lepas satu beban. Bila dah selesai semua hutang kalau boleh nak tidur dalam timbunan duit pun dah takde masalah tau. Dah bebas hutang kot. Pehh menulis macam duit berkepok kepok je dalam dompet. Kau hado ? Tapi seriously bila dah habis bayar hutang dalam kepala otak tu dah longgar satu ruang masalah untuk hutang. Ehh cepat kira berapa banyak perkataan HUTANG yang aku ulang tu uhukk.

Kalau buka hujah topik hutang ni memang umum sangat sangat. Niat asal nak menaip pasal hutang pinjaman ptptn je. Oleh sebab aku dah mula buat bayar so aku dijadikan kaunter pertanyaan sejati oleh teman seperjuangku dah ditembak dengan soalan soalan "wehh ira bayar gane ptptn" "bayar berapa sebulan" "mu bayar jabat dia ke online je" "awal ngat mu bayar ptptptpu lek lek lu" dan macam macam kerenah lagi sebenarnya. Sebab tu lah terdetik idea nak menaip entri harini. Lepas ni siapa tanya banyak banyak soalan bagi je link entri ni senang cerita kahhh gurau !

Macam mana nak bayar ? Nak mula macam mana ?  Okey meh aku cuba tolong apa yang boleh ditolong k.

5 KAEDAH MUDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN

1. KAUNTER PTPTN.

Kalau yang jenis banyak masa sangat tu boleh jelah walk-in pergi pejabat ptptn bagitau pegawai bertugas kat situ "wehh aku nak bayar ptptn cash" (dilarang tiru aksi ini) nanti dia keluarkan senapang gajah hahahha tak tak tak. Dia akan bagi satu borang untuk kita isi. Senang je form dia kau tengok baca fahamkan dan isi semua maklumat dengan jumlah bayaran. Lepastu pi ambik angka giliran, tunggu, bayar dan selesai. Mana-mana negeri yang ada kewujudan UTC lagi mudah sebenarnya sebab 7 hari seminggu pejabat ptptn akan beroperasi. So kalau orang yang busy macam aku ni jumaat je masa yang ada untuk selesaikan apa yang patut pasal ptptn ni. Nasib baik teganu maju sikit ada UTC uolls.


2. SECARA ONLINE.


Sekarang zaman globalisasi kot. Semua dihujung jari. Semua boleh akses online. Semua boleh buat dalam sekelip mata asalkan ada smartphone ataupun laptop ataupun pc atau apa apa jelahhhh. Yang ni sesuai untuk yang jenis malas banyak bergerak sebab sayang lemak lemak degil yang dia dah bela susah payah tu. So boleh bayar online je k. Sikit ke banyak ke dibolehkan asalkan transaksi pembayaran berjalan. Lagi banyak bayar lagi cepat habis yedak ? Tu pros bayar secara online cons pulak setiap transaksi akan dikenakan caj mengikut jenis jenis bank dan ambil masa 3-5 hari untuk proses kemaskini. Ada 10 jenis bank yang terlibat. Klik gambar untuk masuk ke bank-bank pilihan anda sekali dengan pakej caj setiap bank dan tutorial pembayaran secara online aku bagi tau. Yang penting akaun bank anda kena aktif dan ber'uang'.


3. POTONGAN GAJI.

Kaedah ni sah sah untuk yang orang bekerja kan. Kalau tak kerja macam mana dapat gaji kan kan kan. Sefaham aku lah peminjam yang bekerja dengan kerajaan wajib untuk gunakan kaedah pembayaran melalui potongan gaji. Betulkan aku kalau silap k.

Potongan gaji HENDAKLAH berdasarkan Jadual Bayaran Balik (JBB) yang ditetapkan. Potongan gaji kurang daripada jadual adalah TIDAK DIBENARKAN. Potongan melibatkan amaun melebihi jadual yang ditetapkan perlu dimaklumkan kepada PTPTN.

Maknanya bayar lebih boleh kurang jangan ade pahemmm ?




Untuk permohonan kaedah ni pemimjam boleh mohon secara online atau melalui borang kebenaran kemudian hantar ke pejabat ptptn yang terdekat bersama slip gaji terkini. Untuk masalah-masalah lain korang baca sini jelah ehh :D


4. DIRECT DEBIT.

Kaedah ni yang aku akan mula gunakan mulai Januari 2017. Konsep yang sama dengan kaedah potongan gaji tapi bagi aku ini lagi simple dan mudah faham kot. Direct debit bermaksud bayaran secara berkala melalui akaun simpanan atau akaun semasa kita.

PTPTN akan membuat potongan pada 10hb atau 27hb  setiap bulan.  Sekiranya tiada potongan berjaya dilakukan pada salah satu tarikh tersebut, ini bermakna tiada bayaran balik daripada peminjam bagi bulan tersebut. Peminjam dikehendaki membuat bayaran balik melalui saluran lain bagi mengelakkan pinjaman menjadi tertunggak sekaligus memberi kesan kepada rekod CCRIS.

Peminjam kena dapatkan Borang Kebenaran Direct Debit (Direct Debit Authorization Form) di kaunter PTPTN. Borang ni cerewet sikit tau kena diisi dengan jelas mengikut panduan pengisian borang yang disertakan sebab melibatkan urusan bank atau susah sangat isi depan pegawai bertugas tak faham terus tanya. Tanya dulu pegawai tu bulanan wajib kita patut bayar berapa dan buat keputusan samada nak kurangkan nilai (atas budi bicara pihak peminjam dengan pegawai) atau nak bayar lebih je sebab nak cepat habis gitew (okey kita geng gimipai sikit) Yang bestnya lagi tiada sebarang caj dikenakan malahan akan dapat diskaun 10% untuk kaedah direct debit dan  potongan gaji wehuuuu.


5. AKAUN II KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

https://www.ptptn.gov.my/web/guest/pengeluaran-akaun-ii-kwsp

Sila klik pada gambar untuk keterangan lebih panjang lebar. Terima kasih.


Tak perlu pun nak bayar banyak ribu riban sekali bayar at least sikit pun bayar kan ? Kalau tak mampu bayar ikut kadar penjadualan JBB yang ditetapkan jangan pulak susah hati. Korang boleh pergi ke pejabat ptptn bincang dengan mereka untuk kurangkan nilai amaun. Kalau yang nak sambung belajar minta surat penangguhan dan bincang cara pembayaran pinjaman untuk kedua-dua pengajian (in case diploma dan degree pun buat pinjaman ptptn). Tak susah pun sebenarnya daripada kau tak bayar langsung, kos upah (bunga) bertambah setiap bulan tahun tup tup tersenarai dalam CCRIS. Nak melancong luar negara tak lepas nak buat loan itu ini pun payah sebabnya tersekat dengan ptptn. Dahtu pulak seluruh bank boleh hidu busuk nama kita. Yang lagi sedih duit gaji bulan bulan sanggup perabih dekat pakwe makwe belanja itu ini daripada bagi mak pak atau bayar hutang. Jangankan hutang ptptn hutang kawan pinjam minggu lepas pun belum bebayar agaknya. Pi mampoihhh la orang laguni. Taktauu la samada ini kisah benar atau rekaan semata-mata.

Image result for saving images

Okey kalau yang belum ada rezeki kerja atau yang dah bekerluarga atau ada komitmen lain aku tak kata lah kan. Duit tu rasanya lagi penting untuk keperluan harian mereka. Ni aku nak hentam yang bujang solo single mingle tringle belum ada komitmen besar lagi. Sementara bujang belum bekeluarga sendiri ni susu pampers anak tak payah nak pening kepala. Betul-betul hidup sara diri sendiri la katakannn. Apa salah simpan 10% something dari duit gaji untuk bayar hutang. K mungkin bunyi macam backup kerajaan pulak desak desak suruh bayar hutang bagai hahaha no lahh. Aku berkata sebab kesian tengok korang hidup dibebani dengan hutang. Tak sakit kepala ke ? Kita dah macam tua sebelum usia kot (atau aku sorang je sobs). Hidup kita ni macam macam masalah ada dan masalah duit aku rasa yang paling ketara. Yelahh semua benda sekarang nak pakai duit nak masuk tandas pun kena berduit lain cerita pulak la kalau kau berak tepi jalan je blughhhh.

Aku doakan buat mereka yang masih terbeban dengan hutang ptptptpu semoga kita sama sama kuat menghabiskan bayaran pinjaman ni. Moga cepat cepat habis dan cepat cepat kaya. Hihihi.

Selamat membayar hutang !

sumber rujukan : laman web rasmi PTPTN 

6 comments:

  1. nice share sis :D
    GA best sedang berlangsung, banyak hadiah
    Jemput join ya , tamat 31/12/2016
    http://mellyacrayola.blogspot.com/2016/12/end-year-mini-giveaway-by-mellya-friends.html

    ReplyDelete
  2. mcm nak buat number 5 je nanti, tp kerja pun belum dpt, hahaha.

    ReplyDelete
  3. @fhatin amelia Woww inshaaAllah. I will. hee tengkiu :D

    ReplyDelete
  4. @noor maizanhaha boleh bolehh ! biar lambat asal selamat giteww.

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah semoga dipermudahkan bayar hutang belajat nie 😀

    ReplyDelete
  6. #PTPTN kini dengan kempen #BolehBincang manakala #JPA juga turut berusaha mendapatkan semula pinjaman pelajaran yang jabatan itu telah keluarkan.

    Jika sumber minyak khazanah kekayaan negara diurus tadbir dengan baik melalui pengasingan hasil minyak kepada sebuah badan khas yang melabur hasil minyak ke dalam sektor yang memberikan pulangan yang tinggi, #Malaysia pasti mampu menjadi seperti Norway memberi pendidikan PERCUMA kepada rakyatnya.

    Norway telah lama menetapkan langkah mengasingkan hasil minyak tersebut dan hanya mengambil keuntungan sahaja dari pelaburan yang telah dijana. Wal hasil tabung hasil minyak negaranya begitu tinggi sehingga mampu menanggung kos pendidikan kepada rakyatnya.

    www.CentralKoperasi.com

    ReplyDelete