Tuhan menggenggam semua doa

26 November 2016


Allah bagi kita ujian dan dugaan kerana sayang cinta kasih Dia pada kita. Kadang tanpa sedar bila kita dalam kesedihan atau kesusahan selalunya mudah kan untuk kita salahkan takdir. Tak dinafikan aku pun pernah rasa perasaan macam tu. Betapa naifnya aku. Sedangkan kita tak pernah fikir jauh sekali nampak disebalik kesedihan atau kesusahan tu apa yang Allah dah sediakan untuk kita. 

Silapnya kita sebenarnya selalu cari dan ingat tuhan bila kita dalam musibah je. Betul tak? Okey la tak semua macam tu pun sebenarnya tapi siapa yang makan nasi dia lah yang rasa kenyanynya kan. Kalau tengok dalam drama sekalipun scene menangis dalam gelap atas sejadah, bersujud solat segala jenis solat dalam masjid semua tu time terima musibah. Habis tu tak kan nak suruh tunjuk solat tu 5 waktu sehari semalam? Hahaha iya iya iya memang setahun pun tak habis drama.

Cuma itu lah yang aku cuba sampaikan. Ingat Allah ni bukan laa ada masa tertentu. Sedih ke gembira ke. Bersyukur dengan apa yang dah Allah bagi. Selalu la kena bersangka baik dengan Allah dan perancangan-Nya. Dalam masa yang sama usaha dan berdoa tak lupa. Kemudian tawakal dan berserah lah sepenuhnya pada Dia.

Just talk to a random, recently two of my makwe a.k.a bestfriends are drown in their own tears after a bad breakup. Aku sebagai kawan baik yang terbaik mereka (ceitt sempat oi puji diri sendiri) sangat bersimpati dan turut beremosi dengan apa yang terjadi. Memang andai aku ada kat tempat mereka aku rasa hidup ni seolah tak adil tapi sebagai orang yang rapat aku cuba positifkan dia dengan apa yang terjadi. Tak rugi pape pun kita sebagai perempuan ditinggalkan lelaki busuk macam tu. Orang perempuan ni bila sedih memang tak boleh nak fikir waras sangat sebab emosi dah kawal seluruh saraf-saraf otak. Kalau seminggu haa seminggu la bawa emosi tu ke hulur ke hilir. Sebulan sebulan lah setahun setahun lah. Aku pun macam tu kot kalau tengah marah tengah sedih aku rasa apa aku buat aku cakap aku jelahhhh betul. Jangan sesiapa berani lawan haip haip hahaha.

Sebab tu kita memang kena buat sesuatu atau cari seseorang untuk luahkan rasa supaya tak lah berperang dengan akal dan hati sendiri. Lepas luah confirm otak tu dah tak sewel asyik nak overthingking je memanjang. Dan tempat terbaik yang aku ada untuk meluah pertama ialah Ibu as my best motivator ever. Jenis aku susah nak luah pada orang luar sebab tak yakin atau lebih tepat tak percaya orang. Bila luah dengan ibu mungkin aku rasa lebih selamat. Yelah dia ibu kita kan separuh jiwa kita ada dengan dia kan. So i guess dia lebih mampu menjiwa rasa kita cewah giteww. Aku pernah je bercerita dengan orang luar tapi aku tak rasa lepas apa yang diluahkan (pemenda ntah merepek ayat aku). Luah macam tak luah je huhh !

Selain ibu sebagai tempat luahan, cara lain yang aku suka buat bila sedih atau serabut ialah masa dalam sujud terakhir solat. Jappp ni bukan ayat cliche dari aku k. Seriuussss cara ni memang berkesan tak caya boleh try sendiri. Lepas je baca bacaan sujud berdoalah dalam hati seolah kita sedang berbual dan meluahkan pada Allah. Berdoa lah apa saja dan seikhlas hati sebab saat kita yang paling dekat dengan Allah ketika sujud. Jangan bercakap atau butirkan doa tu pulak tau nanti batal lah solat. Berdoa secara qolbi bukan qauli. Kenapa nak kena berdoa bagai ? Haa nah hadam sampai lumat maksud surah Ghafir ni.

" Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina. " 
(surah Ghafir: 60)

Kesimpulannya, kita mesti minta doa dengan Allah yang baik-baik untuk hidup kita, keluarga kita, kawan-kawan kita, orang sekeliling kita kan? Jadi bila apa yang kita harapkan tak dapat jangan laa merungut atau salahkan takdir. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita cepat ataupun lambat. Sekalipun hasilnya bukan dekat dunia kita dapat dengan izin-Nya mungkin di alam lain. Bersangka baik dengan kerja Dia. Pesanan untuk diri ini jugak sebenarnya yang selalu leka dengan duniawi huhuhu. Aku suka dengan satu ayat ni.

" Tuhan menggenggam semua doa hambanya. Lalu akan dilepaskan satu persatu di saat yang paling tepat. Sabar ! "

Moga Allah jaga dan lindungi semua orang kita semua sayang. Jangan lupakan mereka yang dah tiada k. Doakan al-Fatihah untuk mereka sebagai hadiah terbaik daripada kita. Minta hadiahkan juga ye untuk arwah abah aku. Korang kena selalu kuat dan tabah tau bila di uji. Ingat Allah duga kerana sayangkan kita.

Teruskan tersenyum walaupun sakit. Senyummmmmmm :)

Post a Comment

© MEANT TO BE. Design by FCD.