Pencapaian Kendiri 2K16

Assalamualaikum i'm homeeeee ~

Sebulan lebih lebih aku tak jenguk ke sini dan rasanya tiada siapa pun yang merinduiku. K kesat hingus ! Hari ke hari memang ada niat nak datang jenguk nak BW reading list tapi hasilnya tiap malam aku akan kalah dengan hasutan bantal dan selimut. Mungkin faktor kepenatan seharian bekerja kot (acah acah busy giteww) hahaha.

So malam ni rasanya banyak sangat masa yang ada dan dah gatal tangan sangat nak menaip membebel dengan panjang lebarnya lepas gian untuk sebulan. Tengok pada tajuk dah macam ulasan perbentangan bajet 2017 pulak. Ehh no lah! Kalau cerita pasal tu memag tak habis fikir deknon hmmmm.

Memandangkan Oktober baru sahaja melabuhkan tirainya (pehh ayat melayu baku betul ni) bermakna semalam genaplah 2 bulan aku bergelar Graduan Politeknik Kuala Terengganu. Dan masa terasa sangatlah laju bergerak sampaikan aku rasa macam baru minggu lepas kot aku naik pentas tapi dah berbulan rupanya. Gambar konvo haritu pun aku baru je ada masa pergi ambik minggu lepas dekat #sdphoto. Nasib la tak susah nak cari kedai dia. Sebulan jugak kot aku tunggu gambar konvo tu kot dorang hantar rupanya orang kampung kena pergi ambik sendiri ke kedai. Kau ghaseee ? Tak adil betul kan tapi takpe lah bebel pun memang aku dah pergi ambik pun. Cuma kesian la dekat kengkawan yang belum ada masa terluang nak menyinggah ke sana. Eh bagus betul aku nak tolong fikirkan masalah dorang erk? Alih-alih masa nak ambik gambar tu abang kedai sound "baru nak mari ambik gambor konvo?berzaman doh duk sini. mujur dok lupuskan lagi gambor" (dengan nada bergurau) aku dengan muka toya sengeh jela dalam hati ni kecam habis baik oi hahaha.




Tadaaaaaaa. Walaupun cerita konvo dah 2 bulan berlalu tapi tetap segar untuk diingati buat aku. So sis belanja satu untuk kenangan di sini. Ehek. Kena tema betul tudung aku dengan tema #konvopkt15. Nasib baik masih nampak muka iolls uolls. Maka berakhirlah usaha gigih aku untuk mendapatkan sebuah diploma yang ku pegang itu. Usaha aku bangun pagi hari bersiap berebut bilik air dengan housemate berebut cermin lagi nak bersolek dengan kelas batal last minitnya lagi merentasi jalan raya yang berliku mendaki tangga yang tingginya tiga tingkat (kau ingat tak semput ke tiap hari) selama tiga tahun kot eh tak tak dua tahun lebih je sebab satu sem aku pi praktikal so takde lah panjat tangga bagai. Haaa tapi itu semua bukan halangan lah. Dalam tak yakin yang aku boleh ke bawa kos major programming alhamdulillah 3 tahun tempoh yang sebenarnya aku berjaya habiskan dengan jayanya tanpa repeat. Syukur nikmat Allah. Terima kasih pada mereka yang selalu ada saat jatuh bangun aku. Yang pinjamkan bahu untuk aku menangis. Yang nangis sesama dengan aku di hujung katil. Yang sesama fight tiap tengah malam. Semuaaaa lah kenangan kita hanya layak dikenang. And for sure lah untuk ibu semangat besar aku untuk bernyawa tiga tahun ni. Lebiuuuuuu!

Okey cerita aku sudah. Nak jugak lah selit cerita sorang makcik ni. Kalau aku pencapaian tahun 2016 tamatkan zaman diploma. Makcik sorang ni pulak akan tamatkan zaman persekolahannya. Who is she ? 




Makcik paling cun di abad ini. Kohkoh! Kau tengok konvo dia lagi grand dari konvo aku woi sedihhh bakhang ! Sebab takde topi je sebenarnya hmmmm. Takpe lah dah rezeki kau dik. Bak kata pengetua kau sebagai semangat untuk melangkah ke dunia sebenar. Yeahh ! You will my dear. Aku yakin kau mesti boleh dan takkan hampakan harapan impian ibu dan arwah abah. Do the best for your SPM. Lagi TIGA HARI SPM dan aku yakin kau dah bersedia sehabis mungkin kan? Apa pun, kita sama-sama berjuang untuk menjadi kebanggaan ibu dan arwah abah. Sekaligus buktikan pada mereka-mereka yang dulu pandang sinis dengan kita yang kita boleh survive boleh hidup dan berjaya dengan didikan ibu sepenuhnya. Segalanya dengan izin Allah. Alhamdulillah.

p/s : BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI SPM 2016. SEMOGA BERJAYA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DIBERI KETENANGAN DAN KEJAYAAN BUAT KAMU SEMUA. Dedikasi khas buat adinda ku Ainnur Syafiqah Zulkeffele.

No comments:

Post a Comment