Menjadi tetamu Allah. Sempatkah?

Assalamualaikum..

Sihat semua? Aku selsema teruk ni sampai susah nak tidur. Mungkin cuaca sejuk almaklum sekarang dah mula hujan panjang pagi petang malam asyik hujan je. Jaga diri bebaik ye semua. Jadi memandangkan aku tak boleh tidur aku nak buat bed time story lah sikit. Boleh tak? Alaaa tak boleh pun kena baca sampai habis jugak tao tao taoo.

Ehemm. Aku pasti dalam hati tiap insan yang beragama islam pasti akan simpan keinginan untuk jejak ke rumah suci Allah kan. Samada termampu atau tidak je untuk sampai. Ada orang mewah kaya tiap tahun ke sana. Alhamdulillah rezeki dia begitu. Bagaimana pulak dengan kita yang tak mampu ni. Aku tak termasukkan diri aku sangat la sebab aku masih di peringkat mampu kot haha. Aku bukan laa nak bajet alim atau acah bagus cuma aku maksudkan disini orang yang nak makan sehari hari pun kais pagi. Aku ni tak lah tergolong dalam kategori tu. Masih termampu kalau ada azam dan nekad tapi kena rajin sikit kumpul duit lah sikit. Huuuuuu.




Tengok gambar pun dan terasa tenang apatah lagi kalau jasad berada di sana saat ni. Allahu moga aku sempat moga ibu adik juga sempat ke sana sebelum ditarik nikmat hidup. Aku sendiri tak tahu kenapa lately ni (dua tiga bulan sebelum) kerap sangat terbuka cerita pasal umrah. Dan aku tak tahu macam mana ada satu rasa yang timbul seolah-olah aku pun nak sampai ke sana dalam masa terdekat ni. Alhamdulillah ada sorang pekerja kat tempat aku kerja dapat pergi umrah awal bulan duabelas nanti. Aku rasa dalam hati " ishhh bestnya".

Dan aku terfikir untuk kumpul duit nak bincang borak dengan adik adik dengan plan aku. Netau sikit sorang boleh sponser duit untuk support ibu jugak. Sebab pernah aku bual dengan ibu pasal buat umrah tapi ibu bidas balik kata umrah tu sunat je tapi haji yang wajib. Allah ye aku tahu haji wajib sedangkan dah tertulis dalan rukun islam tapi nak tunggu panggilan haji ntah bila laa agaknya. Ntah sempat hidup ke tak masa tu. Hmmmm. Selalu harapkan yang terbaik. Mungkin sebab aku banyak lagi dosa tu sebab masih tak dijemput ke sana. Allahuakhbar !

Kali ni seakan nekad tapi kita hanya merancang Allah yang tentukan segalanya. Selama ni masih keras hati agaknya sekarang Allah gerakkan hati untuk berusaha ke arah kebaikkan. InshaaAllah aamiin.


K la rasanya dah macam mengantuk aku taip pun macam dah tak betul ayat. Aduhhhh. Moga dipeemudahkan segalanya. Aamiin :)

No comments:

Post a Comment