RESEPI | Lasagna Roti Daging

11 November 2016

LASAGNA ROTI DAGING
pixabay photo
Sekarang musim hujan. Bila hujan ni perut dan otak mesti bergabung dengan jayanya. Asyik ingat makanan craving itu craving ini. Comel betul perangai kan ? Lasagna roti ni dah berabad aku buat sebenarnya (masa raya korban haritu lama tak lama lahh) cuma takde masa nak terjemahkan dalam blog atas alasan malas nak cropping malas nak gridding gambar hihihi. Dah alang-alang mood terlebih rajin harini so meh cikidauttt ~


LASAGNA ROTI DAGING

Bahan A ;
roti buku (bungkusan kecik memadai)
3 biji telur **lupa gridkan sekali dalam gambar
2 ½ cawan susu fullcream
cheddar / mozzarella 

Bahan B ;
400g daging kisar
1 biji bawang holland
3 ulas bawang putih
1 tin frego cendawan
cendawan butang

Cara buat ;

Okey gaiss kita mulakan dengan Bahan B dulu. Pastikan daging kisar dah dikeluarkan awal-awal dari freezer ye kalau tak nak daging liat semasa makan. Ntahh fatwa mana yang aku ikut. Okey tipu. Hiris cendawan butang nipis-nipis senipis iman mu (eh sentap). Dah siap ketepikan. Kemudian potong dadu kecik bawang holland dan cincang halus bawang putih. Tak disarankan sangat guna bawang blend sebab bagi aku tak sampai nikmat lasagna tu. Boleh macam tu? Dah siap dengan bawang boleh la korang panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang sampai pecah minyak dan naik bau kemudian masukkan daging kisar yang dah dikeluarkan awal tadi.
LASAGNA ROTI DAGING

Gaulkan mereka mesra sekata sampai daging kering sikit kemudian baru masukkan pulak frego cendawan yang dalam tin tu. Gaul lagi sampai puas hati dan yakin takde daging yang tertinggal dengan sos frego cendawan hihi. Masukkan gula garam secukup rasa ye. Karang tawar kau jugak taknak makan hishhh. Lagi masukkan pulak cendawan butang yang dah dihiris tadi. 

Macam ni ...

LASAGNA ROTI DAGING

Gaul lagi dan lagi dan lagi sampai rasa dah cukup masak dah cukup rasa. Tutup api dapur ketepikan untuk disejukkan. Kita teruskan pulak dengan Bahan A. Mula-mula korang kena sekalikan susu dan telur samada blend atau guna mixer. Terpulang, tepuk dada tanya selera. Pukul sampai kembang sebati.

LASAGNA ROTI DAGING

Lepas tu sediakan loyang yang sesuai untuk disusun roti. Dah selesai kembangkan susu dan telur tadi celupkan roti dalam bahan tadi dan susun di atas loyang secara mampat. Kalau macam loyang aku guna hanya boleh muat 4 keping roti. 

LASAGNA ROTI DAGING

Dah susun cecantik roti tu masukkan isi Bahan B yang diketepikan tadi, taburkan sesuka hati korang lah asal bajet cukup untuk lapisan seterusnya. Pastikan menutupi segala rongga yang ada. Bila dah siap letak isi daging taburkan mozzarella ke atasnya. Nak lagi sedap korang boleh letakkan sekali mozzarella dan cheddar untuk dapatkan efek tarik cheese yang yummyyyy tapi aku tak buat ye sebab jimat cheese kohkohh! Dasar kedekut punya perempuan. So ini hasil rupa paras yang aku susun pada lapisan pertama.

LASAGNA ROTI DAGING

Ulang buat perkara yang sama pada lapisan seterusnya sampai roti dan isi daging habis. Kalau ada lebihan susu korang tuang je pada lapisan terakhir tu okey. Dan aku hanya lebihkan mozzarella dan cheddar pada lapisan yang paling akhir. Heee harap maklum. Kemudian bakar api atas bawah dengan suhu 150 celcius selama 20-30 minit bergantung kepanasan oven dirumah masing-masing. 

Dan hasilnyaaaaa

LASAGNA ROTI DAGING

Tak sampai dua jam dah licin loyang adik-adik pelahap. Hah sedap sangat la tu sampai licin kan? Hihihi. Rupa tak penting jatuh nombor dua bro asal rasa thorbaikkk. Sama jugak dengan jodoh rupa tak berapa tak kisah asal imannyaa kuat. LOL. Leklek ah cerita pasal roti je pun.

Selamat mencuba gais. Kbye.

Post a Comment

© MEANT TO BE. Design by FCD.