CARA MENDAFTAR CIMB CLICK TANPA KE KAUNTER BANK

22 November 2016

Assalamualaikum.
Hai korang saja nak bagitahu yang harini aku dah berjaya mendaftar cimb clicks tanpa perlu beratur panjang atau penat menunggu di bank. Yeayyyyy! Dah berabad oi aku niat nak buat tapi selalu bertangguh (nampak tak situ sibuknya seketul syahirah) sebabnya aku ingat kena pergi kaunter CIMB bank dulu baru boleh. Ghupenya ada hamba Allah bagitahu aku tak payah susah nak ke sana pun hidupkan enjin kereta cari mesin atm yang terdekat je dah cukup. Lahai sadis betul aku ni tak tahu kemudahan yang disediakan uhukk. So tak payah nak minta cuti sekerat hari ke apa, nak bersesak dengan umat manusia lagi kat atas jalan raya masa pun jimat banyak tau.

Aku rasa lah kan mesti tak semua orang tahu tentang kemudahan ni kan? Kalau tahu anda memang seorang yang bijaksana. Tahniah diucapkan. Kepada yang tak tahu meh sistor nak kongsikan dan kita memang senasib uhuk uhukk. 


Pertama tama kalinya korang mesti la kena ada akaun cimb yang aktif. Bila ada akaun mesti ada kad bank kan. Pesanan mesra ! Pastikan segala jenis kad bank atm anda diperbaharui sebelum masuknya tahun baru 2017. Untuk pengetahuan lagi, pertukaran kad biasa kepada kad debit sehingga 31 Disember 2016 adalah PERCUMA (sahih ye sebab aku pernah tanya akak customer service maybank). Haaa kalau yang belum tukar kad cimb tu korang memang terpaksa menapak ke kaunter la. Tak dapek den nak nolong ekau. Kalau tak sure kad korang tu kad baru ke kad lama ke tengok pada kad sebelah kanan atas dia ada tertulis DEBIT kalau ado kiro solamat lah ekau. Jangan tak tukar pulak ye. Aku dah tukar dahhhh. Nanti tahun depan korang nak keluarkan duit tak boleh kad tu tendang keluar balik sebabnya cip dah tak available nak salahkan siapa? Diri sendiri salah lah padan mukaaaa. 

Okey dah habis pesanan mesra tu meh la kita ke tujuan asal. 

Langkah pertama (Di mesin ATM)

  • Masukkan KAD dan NO. PIN seperti biasa.
  • Pada skrin menu buat pilihan OTHER/LAIN-LAIN.
  • Pilih pada skrin menu CIMB CLICKS
  • Skrin akan minta kita masukkan NO. TELEFON (pastikan takde typo dan  bagi no. yang betul woi )
  • Selesai dan simpan resit transaksi (akan berguna jika ada masalah yang tak diingini)

**TOLONG OI HAFAL DAN SET DALAM KEPALA SIAP-SIAP YE. JANGAN LAH TERMENUNG LELAMA PULAK KESIAN ORANG BELAKANG MENUNGGU KAU JAWAB KUIZ DEPAN ATM -.-


Langkah kedua (Website CIMB CLICKS)






Buka laman web CIMB Clicks, kemudian "login" atau pergi terus link di atas untuk proses register. Kemudian pilih "Register Now".



Paparan pertama untuk Authenticate Your Account. Satu (1) korang kena masukkan no kad yang ada atas kad tu alaa yang ada 16 digit tu haa bukan no akaun bank tau. Dua (2) masukkan no pin atm untuk buktikan betul ke idok si pemegang kad ni. Yelaa kan kad bank ni sesiapa je boleh tolong pegang tapi pin atm aku rasa si individu tersebut je yang tahu. Tiga (3) yang ni rasanya budak tadika tengok pun tahu kot nak buat apa. Empat (4) kena tick situ dulu ye sebelum "Agree & Continue". Kalau rasa terlebih rajin baca jelah dulu terms dia tu sebelum setuju hahahaha. 




Bila dah tekan "Agree & Continue" akan masuk paparan kedua iaitu Create User ID & Password dan akan sampai mesej dari 68833 bagitahu yang kita ada daftar CIMB Clicks. Teruskan dengan langkah lima (5) buat satu user ID yang gabungkan huruf dan angka. Dahtu masukkan pulak password korang pada kotak enam (6) dan tujuh (7). Masukkan nama ibu korang pada kotak lapan (8) dan aku sendiri tak tahu lah apa fungsi dia minta nama ibu kita. Mungkin taknak jadi anak durhaka yang lupakan ibu yang kandungkan sembilan bulan hmmm. Sembilan (9) masukkan emel yang aktif. Sepuluh (10) buat satu 'perkataan keselamatan' yang unik kononnya. Tak faham ? Okey okey sambung baca balik sampai habis tau. Dah siap isi tekan "Continue"



Paparan ketiga Registration Complete. Congratulations!! Tekan "Proceed to Login" untuk masuk ke akaun guna user ID korang buat tadi tu haaaaa. Jangan lupa pulak naya lah kau.




Dah masukkan user ID tu aku yakin doratus peratus mesti akan ada keluar ghupe macam gitu kan. Nampak yang aku petakkan merah pada personal sebelas (11) atas tu? Haaa itu lah yang aku maksudkan 'perkataan keselamatan' tadi. In case perkataan tu tak sama macam yang korang punya. INGAT ! Jangan sesekali teruskan login kebarangkalian ada hacker letuww sedang hack akaun korang. Puii ayat macam la berbillion sangat duit dalam akaun kennnnn. Seringgit pun duit kalau lah tak cukup seposeng tak jadi la 2.6B? Opsss ! Ngeh ngehhh..

Untuk yang pertama kali login korang akan diberi pilihan soalan dan jawapan. Alaaa soalan simple je macam what is you favourite animal? Dan banyak lagi jenis soalan disediakan yang aku bagi tu diantaranya lah. Tak payah pening kepala macam jawab exam sangaaaat soalan tu macam soalan keselamatan rahsia je kot. KOT ! Tapi jangan sampai lupa setiap jawapan yang korang dah jawab tu. Dah nama akaun bank tahap secure haruskan tip top mantop. Bila dah isi tiga soalan beserta jawapan dah boleh haa nak pergi usha lazada ke zalora ke calaqisya ke apa lagi shopping online sakan lah ceritanyaaa.

Dalam dalam yang lain tu kalau korang tak faham cara nak guna klebek klebek sendiri lah lagu mana cara pun nanti lelama pandai ler. Tagitewww ? Lepas ni aku dah boleh mula istiqomah la bayar PTPTN secara online hiks. Segalanya kini dihujung kuku je deknon oi. Anda bila lagi ? 

Terima kasih la ye kerana sanggup baca hingga ke taipan terakhir. Walaupun banyak karut dalam serius harap membantu la jugak. Goodluck gaiss.

 Kbyeee.

40 comments

  1. @zafirah nazri maksud zafirah register bank islam melalui atm jugak ke camne? maaf kurang jelas soalan :3

    ReplyDelete
  2. kalau card number dah kene suspended from cimb clicks online registration macam mana nak recover?

    ReplyDelete
  3. @zaihidi oscar suspendend terjadi kalau tak silap saya sebab tersalah masuk nombor. Cuba biarkan dulu dua tiga jam atau sehari baru try balik. Kalau suspended jugak kena call cimb cust service la :)

    ReplyDelete
  4. Yg step 11 tu keluar mcm tu jgk . Lps tu mcm mna nk buat yer ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluar "macam tu" macam mana tu? tak faham la awak hehehe

      Delete
  5. Terima kasih diatas perkongsian tersebut

    ReplyDelete
  6. Thnkyouuuu sgt2 membantu. Btw nak tnya pasal first step tu, betul ke tempoh utk register online ni valid sampai 24hrs? Kira after 24hrs kena pegi mesin ATM tu balek, then isi semula number phone semua. Gitu?

    ReplyDelete
  7. Thnkyouuuu sgt2 membantu 🙆 Btw nk tnya, pasal first step tu. Betul ke lepas urusan kat machine tu settle, tempoh utk register online mcm yg awk ajar ni, valid dalam 24hrs je? Then habis 24hrs kena repeat first step tu balek. Gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, hanya valid dalam masa 24 jam sahaja kalau tak memang kena repeat balik step :)

      Delete
  8. hi awak , time pergi mesin ATM tuh nak masukkan number phone takpayah kena bayar or kena bayar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu, FOC tapi jangan lupa ambil resit untuk persediaan sekiranya ada apa masalah di kemudian hari :D

      Delete
  9. Kena pakai laptop/pc ke??register ngan phone jer blh x sis??

    ReplyDelete
  10. Kena pakai laptop/pc jgk ke nak register??Kalo pakai phone jer blh x yer??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pulak, tapi rasanya lagi elok laptop/pc kot takut dengan phone ada complicated sikit. Kalau tanya saya lagi selesa dengan laptop/pc sebab melibatkan "perkara penting" heeee

      Delete
  11. nk tanya..no telefon tu..no telefon yang pernah daftar time register first dulu atau yang terkini..kekadang owner card dah tukar no telefon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nombor terkini yang kita register dekat mesin atm. Nanti kalau ada apa-apa code dihantar dia akan direct :)

      Delete
  12. thank you so much! memang sangat membantu!

    ReplyDelete
  13. Kenapa saya buat online punye cimb clicks x boleh eh..kad atm debit tu da renew cimb anta ke rumah..bile online masokkan 16digit gan password,, dia mention kad ni x blh guna utk buat cimb clicks.kenapa ehhh????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak dah register ke macam saya bagitahu pada langkah pertama? Kalau sudah rasanya kena call CIMB atau tanya kaunter :)

      Delete
  14. Sis. Knpe sy nk login xdpt? Padahal sy engt psword and id

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last online cimb bila? Kalau dah lama sangat tak buka kemungkinan sistem tak recognize. Elok call atau tanya kaunter cimb :)

      Delete
  15. thanks you very much!!!!

    ReplyDelete
  16. Sis, thanks for the info.
    Saya dah register dekat apps cimb clicks (android) before register kat atm. Kalau sy start dari awal, valid lagi ke registration kat apps tu atau kena start dari awal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak valid, serasanya maklumat awak pasti takde dalam data cimb :) kalau belum berdaftar macam mana nak buat pengesahan:)

      Delete
  17. Thank You Soo Muchhh.....

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. Nombor atau code yang akan diterima melalui sms semasa pengesahan untuk online banking

      Delete
  19. Kalau kita ada akaun asb financing je boleh ke buat cimb clicks? Kad ATM takde pun.

    ReplyDelete
  20. Knape bila da mauk nom tac request tu still xdpt ��

    ReplyDelete
  21. Kenapa bila da ltk nimber tac tu still xdpt? Ckp x valid . Adoiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak valid? Masih dalam tempoh 24jam atau tak? Kalau dah lebih maknanya kena repeat dari awal. Kalau masih dalam tempoh, seeloknya call atau direct kaunter ye :)

      Delete
  22. Salam..nk tnya,nape ye sy nk login melalui aplikasi sy pnya secure word xsma mcm sy daftar??pas tu apa yg perlu sy bt??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin apps tu ada unsur tak selamat sebab tu secure word tak sama dengan yang berdaftar. Saya tak berapa pasti sebenarnya, awak boleh rujuk dengan CIMB untuk masalah tu ye :)

      Delete
  23. Salam..sy nk tnya,nape ye sy nk login akaun sy kat aplikasi cimb click sy pnya secure word xsma dgn yg sy daftar??tp klau sy login kat google ok je..so apa yg ptt sy bt utk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin apps tu ada unsur tak selamat sebab tu secure word tak sama dengan yang berdaftar. Saya tak berapa pasti sebenarnya, awak boleh rujuk dengan CIMB untuk masalah tu ye :)

      Delete
  24. Salam nak tanya, klu nak buat cimb clikc kna buat dekat ATM biasa ke, atau ada machine khas untuk buat bnda tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesin ATM biasa je, yang selalu kita buat withdraw duit tu :)

      Delete

© MEANT TO BE. Design by FCD.