5 RAHSIA MANFAAT KHASIAT YOGURT

5 RAHSIA MANFAAT KHASIAT YOGURT

Assalamualaikum dan selamat petang ( ke tengah hari lagi? )

Dah makan ke belum kalau belum meh aku belanja hehehe. Sebut pasal makanan ni saja nak bercerita pasal khasiat yogurt sementara tunggu nak masuk kerja pukul 2 nanti. Siapa suka makan yogurt angkat kening ! Haa tu tu tu kenapa angkat kening suka letuwww. Kita boleh geng tapi aku lebih suka yogurt berperisa daripada yogurt natural. Macam takde nikmat makan je kalau makan yang natural. Anda pula bagaimana ? Motif sangat.

Selain untuk makan, yogurt ni ada khasiat tersendiri tau yang ramai tak tahu (takpun aku sorang je kot). Selalu jugak lah terbaca kat tweet @twt_kecantikan kalau dorang thread sesuatu topik dan ada lah antara follower TK yang suggest yogurt sebagai bahan yang digunakan untuk itu ini dan itu. Apa molekul atau "ingredient" yang ada dalam yogurt tu korang boleh google sendiri k.

Tujuan harini nak kongsikan tips yang aku sendiri amalkan dan melalui kajian mazhab googlepedia.com yang sesuai untuk semua peringkat umur dan usia tentang 5 Rahsia Manfaat Khasiat Yogurt. Jom !

1. Wajah
5 RAHSIA MANFAAT KHASIAT YOGURT

Tak semua dilahirkan mempunyai kulit licin sempurna bak telur dikupas. Kulit muka kita ada bermacam jenis kat Asia ni. Yang jenis kulit normal korang sepatutnya bersyukur sebab tak perlu banyak sangat kerenah nak pening kepala fikir untuk jaga. Kesian pada mereka yang jenis kulit muka sedikit bermasalah macam jenis kulit berminyak, kering, sensitif. Jenis kulit muka aku kombinasi tetapi kekadang tu kering errr ntah laa cu. Golongan macam ni selalu risau kalau nak beli apapun produk sebab takut tak ngam dengan muka. Beli mahal tapi tak sesuai dah terbuang duit.

Jangan risau lepas ni tak payah susah nak beli produk mahal-mahal ye beli yogurt RM 1.89 je tiap bulan lepastu sapu setiap malam sebelum tidur. Buat macam masker. Semua masalah boleh selesai dalam satu bekas yogurt sahaja. Kulit berminyak ke kering ke jenis sensitif tak sensitif ke yang ada masalah tok nenek pakcik makcik jerawat sekalipun semua boleh bedal jangan bimbang. Yogurt mampu kecutkan jerawat selain melembabkan dan mencerahkan kulit muka kita tau. Ehhhh sukanyaaaaa !


2. Mata

5 RAHSIA MANFAAT KHASIAT YOGURT

Matamu melemahkankanku saat pertama kali ku lihatmu dan jujur ku tak pernah merasa ku tak pernah merasa beginiiiiii ~ Siapa baca apa yang aku tulis sambil menyanyi haa mengaku cepat !

Siapa je yang taknak mata cantik kan. Lagi kalau kening dengan eyelash tu original fuhhh dia punya insikeyo tu boleh tahap menitik ayaq liuq oi. Sekarang ni kalau perasaan banyak sangat yang spicy em em kalau jenis pro-makeup smooth cantik la nampak tapi kalau yang sepeseng macam aku yang buta eye makeup mau nampak opera cina berjalan dahtu dua jam kemudian dah bertukar rupa annabelle mengesot uihh sherammmmmm. 

Nak mata cantik ori senang je korang kena rajin tempeks yogurt kat kening dan eyelash secara konsisten. Selain untuk lebatkan kening dan panjangkan eyelash, khasiat yogurt jugak mampu untuk menghilangkan mata panda anda. Kenapaaaa tak percaya ? Kata orang dari mata turunnya ke hati haa cepat amalkan lepas tu boleh lah ngorat crush awak kenyit kenyit mata ciked kahkah.

3. Gigi dan Bibir

5 RAHSIA MANFAAT KHASIAT YOGURT

Mulakan hari dengan senyum yang paaaaaling menawan kerana ia mampu mengembirakan hati sendiri dan orang sekeliling. Bawa aura positif giteww. Yang jadi masalah senyum tu dah elok tapi gigi pulak kuning bersiung. Nak kata tak gosok gigi uihh nak kena cili mulut ni sesuka hati kata orang tak gosok kan. Dahlah gigi tu kuning bibir pulak merekah-rekah macam jalan tanah runtuh. Ahhh menakutkan bunyinya. Minta jauh perkara ni dalam hidup aku -.-

Nak makan yogurt tiap hari lah macam ni. Kenapa ? Sebab yogurt mampu putihkan gigi dan menjaga kaviti mulut. Orang cakap nak gigi putih kena makan produk tenusu banyak macam yogurt, susu, keju. Semua tu fav aku k tapi taklah putih besinar banar gigi ni cukup lah sedap mata memandang (seorang yang obses dengan giginya hahaha). Untuk bibir yang kering, merekah dan hitam pun sesuai amalkan. Sapu je dekat bibir dan biarkan kering macam pakai pelembab. Aku suka amalkan masa tidur malam biar kering sampai pagi. Bangun tidur terus senyum depan cermin sorang-sorang hihi.


4. Kulit Tubuh

 5 RAHSIA MANFAAT KHASIAT YOGURT

Manfaat, fungsi dan kebaikan yang sama jugak untuk kulit tubuh dengan wajah. Boleh amalkan seperti losyen atau masker untuk melembabkan dan mencerahkan kulit dari atas sampai lah bawah. Korang boleh jugak jadikan yogurt sebagai scrub. Campurkan dengan bahan lain seperti timun parut, beras kisar, oat, garam, kunyit dan bahan lain yang memang dah sedia ada pun kat dapur rumah. Kan dah jimat sangat ni tinggal rajin atau malas je nak masuk dapur.

Diingatkan sebelum guna bagitahu la dulu mak korang ye nanti nak masak petang semua bahan habis korang pedajalkan. Silap hari bulan kau yang kena pedajal balik. Ayokkk aku tak masuk campur dah pesan ni tau.


5. Rambut

5 RAHSIA MANFAAT KHASIAT YOGURT

Siapa sini yang obses dengan gaya rambut kejap buat cenggitu kejap cenggini. Okey okey kita bukan geng k ! Hahaha tapi aku suka usha tutorial yang ada sebab nampak cute sangat. Nak aku buat memang taklaaa rimas kot tambahan mengusutkan rambut aku ada lah huhh. Kalau yang suka buat juga tapi rambut kusut boleh laa guna yogurt sebagai bahan anti-kusut ye. Cehh !

Khasiat yogurt untuk rambut yang korang kena tahu ialah mampu menguatkan akar rambut. Dahtu rambut yang kusut bercabang cabang dan kasar pun elok amalkan untuk dapatkan rambut beralun 'pakai jari pun boleh'. Kata mazhab google lagi untuk masalah kulit kepala yang berkelemumur pun boleh. Haa semua lah boleh senang cerita. Cara guna dia sama macam korang guna conditioner. Perap dengan tuala untuk beberapa minit dahtu sebelum bilas urut kulit kepala beberapa saat nak kasi nutrisi yogurt serap dalam kulit kepala. Gitewww.

Kebiasaan aku akan buat sebelum tidur 15 ke 20 minit macam tu lepastu bilas dan terus tidur. Kadang tu ada jugak laa sampai ke pagi sebab dah tertidur haha senonoh sangat perangai. Seminggu ada lah dalam 2 atau 3 kali mengikut kerajinan. Setakat ni tips 3 dan 4 aku belum pernah cuba tapi takpe aku kongsikan mana tahu ada yang nak mencuba kannnn hihi.

Ehh lupa nak pesan pastikan yogurt yang korang beli untuk kegunaan 5 perkara di atas gunakan yogurt plain tau. Ataupun dikenali NATURAL YOGURT. Jangan pulak beli yang mix strawberry lah blueberry lah. Ingat tu ! Lagi satu nak pesan sebelum lumur tu simpan laa dalam freezer sejam macamtu. Nanti masa letak kat muka rasa fresh je campur pulak dengan bau yogurt. Rasa nak makan je muka sendiri. Yummy !

K la sampai sini dulu. Selamat ber'yogurt' semua.

Bye.

No comments:

Post a Comment