Melupakan Tak Semudah Memaafkan

8 October 2016


Ya. Kalau nak rujuk pada tajuk memang nampak cliche. Maka jalan cerita untuk malam ni jugak cliche lah mungkin. Kalau agak ada unsur hati tak berapa nak kebal dengan kekejaman ayat aku nanti mohon keluar awal awal nohh.

Ini antara luahan hati yang aku kira 'dah tahu nak cerita dekat sape lagi dan macam mana nak bentukkan untuk luahkan tu'. Do you feel me.

Hmm maaf ? Ungkapan maaf untuk seseorang yang dah robekkan hati dan perasaan kau dan keluarga kau. Layak ke untuk aku maafkan. TBH perkara ni dah jadi isu berbelas tahun lepas dan waktu tu aku masih kecik dan bodoh tak tahu apa pun yang berlaku sekeliling. Walaupun waktu tu aku masih kecik tapi sumpah ingatan aku kuat untuk flashback apa yang jadi. Makin membesar makin paham dan makin membenci. Ya. Aku membenci. Aku benci dengan seseorang yang mempunyai pertalian darah dengan aku (not my siblings). Aku sedar aku tahu punca masalah tu datang bukannya dari dia tapi dari keluarga dia atau lebih tepat bini dia. Tapi aku memang tak boleh terima. Sekali aku benci orang tu seluruh kerabat aku akan turun membenci. Kejam? Haha tak sekejam apa yang perempuan tu pernah buat dekat ibu aku la weh. Ibu selalu pesan ingatkan aku apa pun jadi dia tetap ada pertalian dengan aku. Biar masalah tu antara ibu dengan dia je. So what ? Kalau boleh buang sedara tu aku sanggup lah takde sedara. Lagi pun ibu mula dari bawah sorang-sorang. Survive sendiri besarkan aku empat beradik dengan duit peninggalan arwah abah dan alhamdulillah setakat ni aku adik beradik tak pernah kebulur. Malahan apa je keinginan tekak kitorang dapat merasa lah. Takde lah merempat.

Tahu apa punca semua ni? Duit. Harta. Pernah dengar sebab duit orang sanggup membunuh. Haa sama lah macam kes aku ni walaupun tak membunuh sampai tumpah darah tapi sanggup membunuh hak aku sekeluarga adik beradik. Tuhan tak jahat. Dari awal sampai akhir Allah mudahkan segalanya. Kuatnya ibu jatuh bangun ibu aku nampak sendiri walaupun aku tak membantu apa pun. Yelah waktu tu aku kecik lagi. Malah aku makin susahkan ibu ada. Aku sedih. Abah beruntung sangat dapat isteri macam ibu. Kuat walaupun dia buat sorang je semua (walaupun ada jugak satudua perkara perlukan pertolongan orang luar). Setia dengan abah walaupun ibu selalu acah aku konon nak kahwin lain. Dan aku lah orang paling marah andai ibu kata macam tu. Tapi jauh disudut hati ibu tetap dengan abah. Dan aku pun rasanya tak perlukan peganti abah. Aku happy dengan kehidupan aku yang sekarang.  

Cerita tadi belum habis okeyy. Berbalik pada cerita dia, sangat aku perasan dan bukan aku sorang la yang perasan sebenarnya. Dia selalu je cuba dapatkan aku adik beradik kalau ada majlis keramaian. Sah sah aku sebolehnya taknak jumpa serempak apatah lagi bersalam cium tangan. Aku tak boleh wehh aku marah sakit hati ingat apa yang bini dia dah buat. Salah ke aku ? Adik adik aku memang laa toye takdak perasaan sebab masa tu dorang membesar tak kenal sedara lah aku agak. Yang aku ni memang jenis ingat sedara kononnya tapi valid masa kecik dulu laa sebab motif nak kumpul bermain dengan anak depa ja. Puihh. Dah besar ni menyombong ke langit laa semua. Tak cakap orang lain aku pun sama je. Yang rapat tu rapat laa. Yang jauh tu memang renggang terus la. Kalau boleh taknak ngaku sedara weh hahahaha. 

Ibu selalu pesan jangan berdendam dengan dia sebab dia tak salah. But sorry ibu. Ira mungkin kata 'okey ira maafkan dia' tapi hati ira tak ikhlas dan tak mampu nak ikhlaskan. Bila ingat balik satu persatu ira memang tak boleh. Biarlah nak kata ira kejam sekalipun. Hati ira keras bu. Kita tak ada buat salah dengan dia sekeluarga tapi kenapa dia buat kita macam salah yang sangat sangat. Kalau la waktu kejadian tu ira dah besar macam sekarang 'hal' tu mungkin ira dah libatkan campur tangan makamah je. Biar padan muka dorang. Kalau nak cerita pasal respect. Sorry. Memang tak ada lah pada orang yang tak reti pun nak respect ibu dan keluarga aku. Do i care? Haa makan lah harta anak yatim ni haa sekenyang yang boleh ye. Aloha ! Kejamnya aku sekarang disebabkan kejamnya dia pada aku sekeluarga yang mana pada waktu tu kami hilangnya tempat bergantung. Tapi my woman orang gagah perkasa tau tau tauuuu. Tuhan maha adil. Syukur.

p/s: kalau laa dia bukan nama sebenar tu kot kot terbaca (you know who you arei) HI. You know what maaf aku untuk korang ibarat curah air kat daun keladi. Sia-sia. Paham. Hahahahahahaha selamat malam !

Post a Comment

© MEANT TO BE. Design by FCD.