RESUME. Pentingnya First Impressions ?


Assalamualaikum.

Ye ye harini aku nak membebel ala ala gaya cikgu disiplin pegang rotan ye haip haip. Lahai aku gurau aje. Sebenarnya aku dalam proses kemaskini balik dan dengan rajinnya terdetik di hati ni nak bercerita pasal resume atau curriculum vitae. Alaaa yang orang selalu duk sebut CV CV tu haa itulah yang aku maksudkan. Ke korang panggil apa ? Eh pedulikan apa nama pun asal sampai je point sebenar yang aku nak cuba sampaikan. 

Dulu dulu aku tak tahu dan tak sudi nak ambik tahu pun apa beza antara resume dengan cv. Teringat masa mock interview subjek communicative english 3 (semester 4) diploma dulu terdedah jugak dengan ilmu-ilmu 'cari kerja' ni. Nampak tak betapa pentingnya kat sini sampaikan masuk sebagai silibas P&P. Seingat aku madam tak ada pulak bagitahu apa beza dua kejadah tu (kalau ada pun mungkin aku tengah berangan sakan hueee) . Aku dengan geng pun bebal kejap panggil resume kejap panggil cv sebab anggap ehh sama ajelahhh tujuan yang satu  nak "menjual diri" dekat mana mana majikan syarikat yang sudi nak beli. Haaa jangan nak otak kuning sangat sila kasi hadam dan paham ayat aku tu secara berhemah. Dan sekarang korang perlu tahu ADA PERBEZAAN antara resume dan cv. Meh hakak  nak buka cerita.


RESUME
  • Kebiasaan digunakan untuk fresh graduate.
  • Digunakan sebagai dokumen ringkas yang mampu menonjolkan bakat dan kemahiran diri bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
  • Sepatutnya tak melebihi satu mukasurat (paling bagus) tapi ada je yang sampai dua mukasurat (dibolehkan).
  • Hanya mengandungi input maklumat yang berkaitan dengan kerja yang dipohon dalam satu muka surat sahaja (jika mampu).
  • Kebiasaannya tidak disertakan dengan surat iringan (cover letter).
  • Kebiasaan lagi resume akan digunakan oleh pemohon yang kaki terjah je keluar masuk syarikat untuk cari kerja.
CURRICULUM VITAE (CV)
  • Untuk individu yang dah ada pengalaman kerja.
  • Untuk golongan profesional.
  • Lebih detail tentang pencapaian atau pengalaman bekerja yang terkini.
  • Format susunan kronolgi terbalik dengan resume. 
  • Tak melebihi dua mukasurat maksimum.
  • Tidak termasuk attachment (surat iringan, sijil dan lain-lain).

Paham ? Dan macam mana aku boleh tahu semua ni. Sesungguhnya melalui majlis ilmu program career talk jobsmalaysia di UMT bulan Februari haritu. Selain tu ada jugak melalui pembacaan dan pencarian aku di ruangan google.com almaklum sekarangkan segalanya dihujung jari. Terima kasih abang google hihi.

Secara seriusnya aku sangat pentingkan "first impression" dalam apa pun yang aku buat. Lagi lah kalau dalam bab minta kerja. Sedangkan nak fisrt date pun kita mesti risau tudung tersenget ke risau hidung ni terkemek ke risau itu lah risau ini lah sebab takut buah hati lari kan ? Bohong lah kau kalau tak risau. Sama jugak masa kita nak minta kerja. Kena lah pandai ambik hati majikan melalui "first impression". Bukti ? Hihihi ada lah sorang kawan aku ni diterima kerja sebab majikan tertarik dengan resume yang dia hantar. Kata majikannya resume yang calon lain hantar tu semua kerja kopipes dan sah sah majikan dia tolak tanpa fikir dua point enam billion kali.

Untuk pengetahuan resume dia tu aku upgrade sikit supaya nampak kemas dan sedap mata memandang. Hm alhamdulillah walaupun sebenarnya dah memang tertulis rezeki dia kat situ kalau bukan dengan bantuan aku sekalipun. But the main point here about "fisrt impression" majikan. Got it ? Sekarang dah paham kenapa pentingnya resume yang kemas dan cantik dan berkualiti dan original. Aku ni bukan lah jenis perfectionist sangat walaupun aku pernah dapat jolokan gelaran 'miss perfectionist' dengan seseorang. Kwajaaaa betoi dia hoi bawa diri tauuuu aku dengan dia setengah semester huhu k tu cerita lama.

Dah memang jenis aku kalau buat sesuatu tu tak suka nak buat dua tiga kali kerja. Engko tak rasa semak ke nak kena ulang buat kerja sama banyak-banyak kali. Huh buang masa kan ? Lain lah kalau kau tu memang dianugerahkan 25 jam sehari. Kan dah melalut aku ni haa. Berbalik pada cerita resume tadi aku ni memang jenis suka mempelbagaikan rupa resume. Kadang tu buat resume banyak banyak jenis design untuk simpanan sendiri je. Mungkin akan berguna untuk suatu masa nanti. InshaaALLAH.

Ini pun salah satu tips yang aku dapat masa career talk itu hari, cara lain nak menarik minat majikan untuk fokus dengan resume kita. Buat sesuatu kelainan dari kebiasaan. Contoh bermain dengan warna. Bayangkan eh resume yang beribu syarikat tu terima semua kontra hitam putih sampaikan mata pegawai HR tu pun agaknya dah naik juling. Ditakdirkan lah resume yang kita hantar tu dah cantik siap-siap dengan 'make-up' sikit tak ke menarik mata majikan nak tilik resume kita tu haa. Lumrah manusia kot suka pada kecantikan, tak begitu ? Ataupun gunakan sampul surat untuk cover letter tu warna yang mampu tarik perhatian (yang ni aku tak berani nak komen sebab nampak macam tak formal lah pulak kalau gunakan sampul merah pink hijau kuning dah macam hantar kad raya pulak). Kalau korang berani nak cuba-try-test tak salah pun. Asalkan ada keberanian dan keyakinan untuk mencuba kelainan cewahh.


"Work hard beats talent, when talent doesn't work hard" - TIM TEBOW.

P/S : Ada sesiapa nak upah aku buat design kan resume atau CV tak? Boleh boleh boleh PM tepi okey ? Muahh.

1 comment:

  1. itulah, setuju guna design cantik2 ni. sekarang pon ada mcm2. ada kawan tu siap jual template lagi!

    ReplyDelete