PENDRIVE KOSONG; CARA KEMBALIKAN DATA / FOLDER

CARA KEMBALIKAN DATA / FOLDER

Ceritanya, aku ada bagi pendrive dekat officemate sebab nak copy movie box office September 2016 (Train To Busan). Kata orang best sangat sangat sangat sangat nak jugak tengok kita pun. Haa jap sejak bila syahirah peminat movie korea ? Mungkin sejak sejak drama melayu yang keluar ni ntah pape je. Sesekali nak rasa tukar angin ler pulak. Hihi jangan kecam sis okeyy. Dah tu bila je officemate aku pulangkan balik pendrive eksaited la nak curi curi tengok sikit kan orang cakap trailer short scene giteww. Malangnya bila buka je driver pendrive kosong zero yelek segala file folder dalam tu. Scan pulak antivirus segala mak nenek threats found. Alamakkkkkkkk matilanak ! 

CARA KEMBALIKAN DATA / FOLDER

Tenang rilek cool walaupun hanya tuhan je tahu betapa gelabahnya aku folder yang penting dalam tu kosong hilang. Memang aku tak fikir movie dah masatu. Dalam 5 minit jugak aku diam cari balik mana folder tu semua sembunyi sebab space drive H: tu masih terisi (macam gambar di atas) dan aku yakin yang dia masih wujud. Cehh. Sudahnya aku memang mati akal sebab tak jumpa dahtu baru aku mengadu dengan officemate ni bagitahu yang dia dah bagi aku virus. Hambek kau semua pakat terkejut gelabah sama aduhai -.-

Cari punya cari punya cari jalan penyelesaian dia pun bunyi "eh boleh je kan recover balik kalau folder hilang. kawan pernah buat dulu tapi tak tahu cara lah. cari cara tu sampai jumpa Ira budak IT kan". Errr terbakar jugak aku dengan statement tu tapi yelah betul jugak malu la kalau budak IT tak pandai nak troubleshooting masalah sekecil tu. Iskk jangan malukan golongan IT Syahirah blurghhh. 

Alhamdulillah masatu Allah bantu agaknya, teringat yang coursemate pernah ajar nak cari balik folder guna command prompt. Ya Allah apehal lah otak ni tak berfungsi dengan betul awal-awal lagi. Tak memasal kena sembur dulu baru berfungsi. Ingat tu terus je aku type cari dekat start program.


CARA KEMBALIKAN DATA / FOLDER

  1. Cari dan type command prompt kat ruangan search.
  2. Taip huruf drive anda (contoh drive ira masa tu H:) dan ENTER.
  3. Masukkan command attrib -s -h /s /d dan ENTER.
  4. Refresh drive yang kosong dan folder dah tak bersembunyi lagi (dengan izin Allah).

Done. Aku pun ingat ingat lupa jugak step pada mulanya. Akhirnya berjaya jugak ku mengembalikan folder yang missing in action. Kbai nak sambung tengok movie.

No comments:

Post a Comment