Pengorbanan Itu Perlu

28 August 2016


Assalamualaikum.

Pertama kalinya tahniah buat kawan-kawan ku yang dah berjaya sambung dan bakal sambung degree. Rezeki korang murah untuk itu :)

Sejak dua menjak mood aku memang turun naik. Selalu moody tak tentu arah. Selalu risau dengan masa depan sendiri. Selalu fikir perkara yang tak patut pun aku fikir. Dan macam-macam lagi. Mudah kata air mata aku memang murah la buat masa ni. Lagi lah sekarang musim kawan-kawan yang dulu belajar sama-sama dah pun advance selangkah. Aku tak salahkan mereka pun sebab tu pilihan dan kemampuan mereka. Alhamdulillah.

Cuma aku sangat sensetif bila orang sibuk duk tanya aku "tak sambung ke" " taknak sambung ke" dan lain lain yang seangkatan dengannya. Aku automatik kelu lidah dan rasa nak marah. Ye seandainya aku mampu aku pun akan sambung lah. Tapi aku sedar diri. Kalau sambung paling ciput pun 5 ribu dalam tangan. Dan kalau nak sambung pun paling kurang aku kena keluarkan duit sendiri. So mampu ke aku ? Orang kata ukur baju di badan sendiri dan aku dah ukur la ni. Sebab tu tak tersambung ni haa. Please stop asked me people. Aku penat.

Orang mudah la kata minta laa bantuan situ minta laa bantuan sini. Ptptn kan hado? Aah aku hidup memang bermatian nak bayar hutang je nanti 5 6 tahun lagi. Allahu down mental teramat aku rasa. Rezeki kita berbeza tolong la faham. Situasi masalah dan keadaan kita berbeza. Aku percaya setiap yang jadi takkan sia-sia. Bagi aku perancangan Allah tu terbaik. Ada sesuatu yang Dia tengah sediakan untuk kita semua. Sedang aku rasa aku macam dah susah tapi ada yang lagi susah. Aku rasa aku dah gagal tapi ada yang lagi gagal. Apa lagi ? Yang aku fikir sekarang aku kena survive untuk teruskan hidup. Aku dah takde sumber pendapatan lain melainkan usaha aku sendiri. Sampai bila aku nak menagih simpati duit ibu adik. Aku dah "dewasa" untuk cari duit makan sendiri.

Orang tak nampak pun susah kita sedih kita kecewa kita. Tu belum masuk soal hati dan perasaan lagi. Bertambah lagi la masalah. Aku dah redha pun sebenarnya walaupun sedih. Takde rezeki ke arah tu ada la tu kat persimpangan lain. Yakin dengan janji Allah. Doa. Ye tu je yang aku ada sekarang. Untuk minta orang faham perasaan aku rasanya takde yang boleh dan berjaya. Teruskan usaha apa yang ada. Moga semua urusan aku dipermudahkan. Itu pun dah cukup bermakna untuk aku dan hidupku.

Kuat untuk hari mendatang syahirah. Janji Allah itu pasti ! InshaaAllah. Aku dah penat sangat menangis. Selamat malam.

Post a Comment

© MEANT TO BE. Design by FCD.