HAPUSKAN DAGU BERLAPIS

Happy 2nd August everyone. Maghai kome tau sejak domenjak lepas raya selera makan koi bertambah dan ini merupakan berita baik hokey muahahaha (gelak jahat). Macam mana aku tak happy bila tengok makanan je berselera sebabnya aku nak cari balik lose weight aku yang 5 kilo hilang tu iskk ! Masalah problem pulaknya selera aku bertambah dah cun cantik meletop tapi terserlah pulak lemak dagu atau bahasa omputihnya 'double chain'. YA ALLAH ! Buruk bebeno nengok ghope muka sendiri selebar alam tapi badan kecik molek je. Kalau jadi comel macam Lara Alana takpelaaa jugak sobsob.

HAPUSKAN DAGU BERLAPIS

Gigih jugak aku google nak 'shape' kan balik muka ni sebelum September sebab terlalu banyak event yang perlu dihadiri dan sunat muakad untuk aku tampil cantik anggun ayu dan manis (dalam masa 30 hari mulai detik ini, kau ghaseee). Dah takmau membebel lagi panjang aku jumpa banyak tips nak taruk sini untuk kegunaan aku dan semua orang. Acah-acah ramai yang baca la kunun huhh. Dan paling penting tips ini sangat sesuai untuk manusia yang malas dan kedekut macam aku (tak perlu kerja tenaga berat dan uang yang besar hihi). Cikidaut !

MISI HAPUSKAN 'DOUBLE CHIN'

  • Kunyah gula-gula getah. Kebanyakan aku baca ni memang tips wajib untuk 'kuruskan dagu' yang berlemak tapi diingatkan di sini gula getah yang freesugar. Jangan pulak yang perisa manis tu karang bertambah kalori makin naya. Kalau boleh kunyah untuk beberapa jam yang lama sampai terasa kebas rahang pipi yang juga semakin membolat tu.
  • Senaman muka sebelum mandi atau basuh muka tu (seeloknya lepas berus gigi ye hihi) lakukan sebutan A-E-I-O-U berulang kali dengan bersungguh-sungguh.
  • Senyum dan ketawalah selalu.
  • Kawal pengambilan kalori (defisit kalori). p/s : rasanya yang ini aku perlu ikut sebabnya kalori memang suka bertapa dekat muka berbanding tubuh sebab tu muka aku gelebeh sana sini. Damn !
  • Donggakkan kepala memandang keatas selama beberapa minit. Mudah kan ! Tapi kena amalkan lah setiap hari kalau nak nampak hasil. Nak advance lagi sambil dongak sambil jelirkan lidah supaya otot lidah dan dagu bersaing Yeahh yeahh yeahhh ! (Awas sila perhatikan keadaan sekeliling sebelum melakukan aksi ini bimbang dikatakan gila kahkah)
  • Menggunakan otot muka leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang boleh. Ulangi sebanyak 10 kali.
  • Ketika duduk jangan tunduk berlebihan. Tegak. Biar mendada. Bukan sahaja postur tubuh cantik, tapi dagu pon xkan berlapis.
  • Urutlah dagu atau buat senaman dagu. urut macam mana? Dari bawah ke atas. Urutan dapat membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah.
  • Jaga jarak selamat tidur, bantal jangan tinggi sangat dek non oi. Bantal yang tinggi pun menyumbang kepada double chin tau tau tauu.

Itu sahaja untuk hari ini. Banyak banyak pun bukan aku rajin nak buat semua. Ini pun akan ditapis dan paling mudah dan senang. Haha dasar pemalas ! Nanti kalau jadi aku kongsikan 'kejayaan' aku untuk next entry. Ditekan dan diulang KALAU hahahaha. Kbai.

No comments:

Post a Comment