Demam Konvokesyen Menyerang


Oh hai.

Jam di dinding terus berdetak ahh. Joget joget sikit muahhh ciked ! Ehh k k geli geleman pulak aku rasa hihi. Lagi 18 hari nak konvo wuhuuu. Hari-hari tengok kalendar kira hari kira jam kira saat tak sabar punya pasal. Tak sabar kenapa? Yelah tak sabar oi nak jumpa my big and small and short and tall baby girl. Rinduuuuuuu. Lama kot dah tak lepak sekali. Siap booking hotel kot nak berkumpul. Sis relakan aje demi melepaskan rindu di tangga. Eh jap ! Itu satu hal yang aku terlebih eksaited. Konvo punya pasal ni kadang-kadang buat aku macam nak gila jugak. Hari-hari jugak fikir nak pakai baju macam mana ? Warna tudung apa yang sesuai ? Heel or flat shoes ? Eh banyak lagi lah. Dan dan pulak aku ada geng jugak yang rajin nak tolong fikir semua tu bersama.

"Ira, mu dah beli baju untuk konvo"
"Ehh nanti nak pakai heel ke? Jatuh kedebuk karang malu"
"Tudung warna apa nak pakai oi"
"Nanti siapa pandai makeup tolong makeupkan aku k"

dan lain-lain perangai lagi hahaha.

Apehal yang leceh sangat perempuan ni. Tak tak tak. Aku rasa semua dan mana-mana je yang berjantinakan perempuan akan 'demam' bila fikir penampilan diri untuk hari kejadian. Ye ke idok ? Semestinya nak nampak ghojes meletop kebabomm hari yang ditunggu selepas 3 tahun berhempas pulas turun naik tangga kelas ken ken kenn. Motif sangat. Alamak ! Kalau lah anda lelaki dan sedang membaca entri ini sis dengan rendah hati mohon jangan kecam kaum kami. Dan jangan sama sekali mengatakan kaum kami nak tampil cantik kerana nak usha kaum anda pulak hokey abam abam sekalian. No no no and BIG NO !

So disebabkan terlalu rajin dan terlebih dos eksaited. Aku siap google tau menimba pengalaman pengalaman dari orang yang dah pun merasa 'graduation ceremony'. Ada yang berkongsi tips tips dan tips. K tipu. Sebab aku yang google tips tu sebenarnya hihi. Masih tak tahu apa dan bagaimana yang nak dipakai nanti ni. Dua acara pulak tu. Pre-convo + convocation day's. Yang pasti dua dua hari tu iolls nak lah nampak cantik uolls. Ya Allah taksub nau nau aku ni. Maafkan saya --'

Konvo punya konvo, borang soal selidik tracer study tak lepaih jawab lagi ni. Dah dua hari aku online tak boleh nak login lagi bosan aih. Ingat aku takde kirija lain ke hari-hari nak check. Masalah yang tak kesudahan sungguh. Sabariah sabaruddin ajelah. 

No comments:

Post a Comment