Bersyukurlah



Sekarang musim berita orang itu dapat sambung orang ini tak dapat sambung. Twitter. Facebook. Hampir cerita dan newsfeed yang sama. Tahniah semua buat yang berjaya sambung dan juga kepada bakal cikgu atikah my fightmate. Alhamdulillah ada rezeki nanti sambung belajar lagi lah kau. Seronok je rasa. 

Aku kalau fikir bab masa depan down jugak kadang-kadang. Semua orang kejar nak sambung sana sini tapi aku ? Bukan tak berkeinginan nak sambung cuma mungkin bukan rezeki aku ke arah tu lagi kot. Sambung belajar pun nak. Kerja pun nak. Iskk ! Tamak betul aku. Bila berbual dengan ibu tentang perancangan masa depan hati aku sebak sangat. Terkadang rasa aku ni tak berguna betul. Tapi positif balik. Tuhan sebenarnya tak kejam pun dengan aku. Perlahan-lahan aku hampir dapat apa yang aku impikan. Flow yang sangat cantik. Betul lah dengan ayat 'perancangan Allah lagi cantik dari perancangan kita'.

Aku dulu mungkin tak cemerlang upsr, pmr, spm sekadar cukup cukup makan je haha. Siapa sangka dengan perancangan Allah kan? Aku apply upu kos atau bidang yang aku minat (berkaitan komputer) walaupun aku kosong pasal ilmu programming. Kat situ aku belajar dengan gajet yang aku minat. Semua benda aku belajar asas tak asas pasal komputer. Sebahagian perancangan aku juga kalau andai kata aku tak dapat kerja dengan ilmu komputer yang aku ada boleh buat duit asalkan kreatif. Alhamdulillah lagi. Lepas je graduate aku apply kerja dan dapat. Walaupun gaji tak selumayan tapi mampu tanggung diri sendiri dan hulurkan sikit buat ibu. Bangga kot dengan selangkah-selangkah perjalanan aku yang tak seberapa ini. Aku tetap bersyukur sebab Allah permudahkan sangat tu. Kalau dulu aku memang agak buta syukur tapi sekarang rasa syukur tu kalau boleh dikira dah kaya raya agaknya aku haha. Terima kasih Allah. 

InshaaAllah satu persatu dulu aku selesaikan. Ada rezeki panjang umur nanti bila dah stabil sikit aku nak buat PJJ. Buat masa sekarang kita kerja dulu kumpul dulu eset seposen dua. Nanti kalau dah bosan sangat dengan kerja cari mood belajar la pulak. Hmm bisnes? Pun ada macam berminat sebenarnya. Cuma skill dan perangai aku yang tak sabar susah nak jadi bisneswoman berjaya kah ! Moga apa yang aku nak aku dapat. Apa yang aku cari aku jumpa. Terima kasih Allah :)

No comments:

Post a Comment