Everything Has Settle Down

29 July 2016

Assalamualaikum.

Tarik nafas jappppppp. Okey done. Dengan nafas ini ku aturkan langkah menuju dirimuuuuuu. Haa motif sangat. Penat seharian tapi mata ni celik lagi jadi moh laa kita membebel seketika. Lega tersangat lega sebenarnya bila beberapa perkara yang dirungsingkan sejak sebulan yang lalu dah pun selesai semua harini ehh semalam lah.

Tabung haji - checked
Maybank-checked
Bayar yuran konvo-checked
Hantar surat jawapan konvo-checked
Baju bridemaid-checked

Dan paling paling paling aku nak checked adalah bayaran balik PTPTN. CHECKED !

Huhh banyak sangat hal di atas yang menganggu mimpi tidur lena ku selagi tak gerak satu hal. Syukur sangat lah bila aku dah boleh settle kan dalam masa satu hari sahaja. Woi rela aku minta cuti untuk cepat cepat nak bereskan semua tu nasib lah semua dapat di selesaikan dengan bantuan ibu. Terima kasih ibu sayanggggg ibu hiks.


Nah belanja sekeping. Pasal PTPTN ni tak terlepas lega lagi di hati. Alhamdulillah aku dah bayar 1/3 dari dari hutang yang dipinjam. So baki masih ada lagi 2/3. So nak dijadikan cerita batch aku masih belum lagi tersenarai dalam penerima faedah so bayaran tanpa ujrah bersih takde dia ambik kos upah bagai. Aku dah gembira dengar kat situ. Dalam hati selamaaaat duit aku.

Punya laa eksaited aku ingatkan pemahaman aku selama ni betul. Aku beranggapan bila kita dah mula bayar awal kos upah untuk baki tunggakan pun akan bersih tapi aku silap. Bila je jadual bayaran balik keluar (akhir tahun 2016 katanya) kos upah aku tetap akan bayar melainkan aku bayar penuh dalam masa tempoh sebelum nama penerima faedah dikeluarkan. Aiyoo mana lah aku nak cari duit untuk baki. Nangis dalam hati oi. Rungsing sebenarnya. Duit simpanan aku dah tinggal berapa je lagi takkan laa nak sapu bersih untuk bayar ptptn. Matilanak !

Cadangan ibu pulak, kumpul lah duit gaji sampai akhir tahun ni bayar lagi separuh sebelum nama tersenarai. Nanti kira dah bayar 2/3 bersih. Kira kira lagi tinggal je baki sikit tu makna kata pun kos upah pun sikit. Phewww cadangan yang buat aku sesak nafas kejap tapi terpaksa jua ku terima. Itu lebih baik dari aku akan bayar kos upah dia 500-1000 dalam tempoh masa 5 tahun kalau tak bayar. Heh kalau nilai tu simpan untuk kahwin dah boleh booking sorang photograper tauu jemah haha.

So kena usaha lebih sikit la. No more boros no more guardian watson. Mampu ke? Mampu kan ajelah. Bajet tabung kahwin dah boleh terkubur ye. Lain tahun la aku simpan. Memang azam aku kan sebelum kahwin bebas hutang. No way untuk aku mungkiri. Ye ye janji pada diri sendiri. Haa payah nau nau nak kumpul duit. Baru terasa perit. Selama ni tahu enjoy je. Damn ! Hmm okey what proces learning giteww -.- Nasib laa aku adik beradik di ajar 'nak sesuatu usaha sendiri'. So selama ni aku punya mind set nak beli itu beli ini usaha simpan duit. Haa barang itu ini tu berapa sen sangat kan. Ikat perut seminggu dah dapat ganjarannya depan mata. Happy bukan kepalang lah. Tapi bila kena simpan untuk main nilai ribu riban ni mau menangis jugak rasa di hati hm.


"what make you happy just go on.Moga dipermudahkan segala galanyaa. Dengan izin Allah. Aamiin YRBA:)

Post a Comment

© MEANT TO BE. Design by FCD.