SAHUTAN AZAN SEAWAL 5 PAGI. PELIK !


Siapa yang pernah alami situasi ni (rujuk tajuk post). Lagi lah waktu bulan puasa, baru je nak bersahur tapi dah dengar azan. Mauu tak datang penyakit was-was. Nak bersahur pun serba salah dibuatnya. Teringat pulak drama sahur minggu lepas. 

" Alamak ! Tak sempat sahur pun lagi ni dah azan subuh ke?"
" Eh! Baru kul5 lah subuh apa nya masa ni." sambil mata menjajar tengok segala jam yang ada dalam rumah takut jam mati.
" Tok bilal mengigau ni bu, ada ke patut azan belum timing. Huhh tumbuk kang !"

Amboi, sedap aku je nak tumbuk tok bilal kan? Sangat lah kurengg ajerr perangaiku hihi. Walaupun masih was-was nak jamah makanan untuk sahur. 10 minit jugak cari kepastian dengan ibu. Sampai ibu buka sliding door dengar betul-betul azan subuh atau tak. 

Lepas lama ibu bertafakur depan sliding baru ibu bersuara dan mengesahkan "Belum subuh boleh sahur lagi ni." EH! Ye ye je ibu ni dengan memek muka aku antara percaya dengan tak. Ibu sambung lagi "Alaa kalau subuh mesti sebut الصلاة خير من النوم takde dengar pun. Boleh lagi sahurnya". Hikss baru lah lega dan sambung segala kerja yang tertangguh kat dapur. 

Tak habis lagi, sambung pulak kat meja makan. Aku tanya ibu itu ini macam budak 3 tahun yang nak tahu jawapan. Haaa bayangkan lah sendiri perangai aku macam mana waktu tu hihi. Ibu kata "rasanya tu azan kejut sahur kot". Aku jadi curious gilaaa bila ibu cakap macam tu. Sesudah sahur aku pun search pasal 'azan kejut sahur'. Almaklum lah aku kan googlepedia. Ghupenya ramai yang alami situasi yang sama. Dalam ramai tu nak mencari sumber yang sahih pun payah jugak. Kebanyakkan cerita dari pengalaman sendiri. 

Cari punya cari jumpa jugak satu forum yang membahaskan. Harini aku buat lagi pencarian nak pastikan hadis yang aku jumpa tu soheh ke palsu. Sekarang kan bersepah sepai hadis palsu. Uishh takmau aku dosa free. So setelah berpuas hati dengan pencarian kuuuuuu kini telah berakhirrrrr. Ops ! TER menyanyi pulak mengaku jelah kau pun baca ayat aku acah acah suara Hafiz Hamidun lol. Antara riwayat dan hadis yang aku jumpa untuk mengiyakan dan mengukuhkan lagi tentang 'azan kejut sahur' ibu tu haa.

“Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis lain yang berkaitan.

Hadits dari shahabat Abdullah ibnu Mas’ud bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (artinya): “Jangan sampai adzan Bilal mencegah kalian dari makan sahur karena dia beradzan di waktu malam agar orang yang sedang sholat kembali dan membangunkan orang yang masih tidur.” (HR.Bukhari Muslim)

Penjelasan berkaitan hadis yang kedua.

Rasulullah SAW memiliki dua orang muadzin yaitu Bilal dan Ibnu Umi Maktum. Dimana Bilal bertugas mengumandangkan adzan sebelum waktu terbit fajar dan Ibnu Umi Maktum bertugas mengumandangkan adzan sebagai penanda waktu shalat shubuh dan dimulainya puasa.
Yang dimaksud oleh sabda Rasulullah SAW dari 'agar orang yang sedang sholat kembali' adalah agar orang yang sedang melaksanakan shalat tahajud dapat mengetahui bahwa waktu shalat shubuh hampir tiba, sehingga ia dapat menyelesaikan shalatnya dan melakukan witir. Sedangkan maksud sabda Rasulullah SAW dari 'dan membangunkan orang yang masih tidur' adalah membangunkan orang yang masih tertidur sehingga jika dia hendak berpuasa bisa menyantap makan sahur dan kalau dia tidak berpuasa bisa bersuci dan sholat witir [kalau memang belum mengerjakannya].
Maka, definisi 'azan kejut sahur' ibu memang valid dan sahih sebab zaman rasulullah memang dua kali azan iaitu sebelum subuh dan sewaktu subuh.

Kalau ada yang terkeliru atau termarah tok bilal macam aku ni haa mohon menyorok dalam gua secepat mungkin sebab tok bilal tak salah tak mengigau tak mamai tapi kau yang jahil sebenarnya. HAHAHAHA !

Nahh sebagai sumber rujukan dan kalau rajin nak mentelaah sendiri :
Waallahualam. Selamat berbuka dan bersahur :)

No comments:

Post a Comment