Road To Convocation

29 June 2016

Assalamualaikum.


Ke konvo kah kita ? Sebenarnya abang posmen dah hantar surat konvo ke rumah minggu lepas lagi. Kau tengok tajuk sampul besar gedabak dia cetak 'URUSAN SERI PADUKA BAGINDA' kauuuu hadooo. Tak tahu lah samada nak sukacita atau dukacita bila baca isi kandungan surat. Mesti tertanya kenapa nak dukacita kan ? Mehh hakak story.

Politeknik Kuala Terengganu. Tak ramai yang kenal atau tahu kewujudannya. Bila orang tanya poli mana dan jawab politeknik Terengganu mesti orang akan kata 'ohhh Sultan Mizan Zainal Abidin eh? (PSMZA)' . Dah nak kena explain bagai pulak. Untuk pengetahuan adik-adik Terengganu ada 3 buah politeknik ye. PKT (Kuala Terengganu) PSMZA (Dungun) PHT (Besut). Okey jelas? Tak paham short-form sila google ye hihi. Dan antara ketiga politeknik tu PKT merupakan antara politeknik yang terpencil walaupun kedudukan dia di tengah bandaraya Kuala Terengganu. PKT bercawangan 4 buah bangunan dalam bandar Kuala Terengganu iaitu bangunan induk, JTMK, JKE, JPA bukan dalam satu pagar macam politeknik yang lain. Ye. Aku akui infranstruktur PKT tak semegah secukup dan sehebat poli lain. Wait ! Aku tak hina PKT k. Aku sayang poli aku tau. Cuma kekurangan PKT yang satu tu lah kadangkala datang jugak ketidakpuasan hati manusia. Aku pun manusia biasa.

Ehh tujuan asal nak cerita pasal konvo rasa macam dah jauh pulak aku melalut kan. Maaf maaf we back to track. Memandangkan seperti yang aku bagitahu tadi. Poli aku iaitu Politeknik Kuala Terengganu tak selengkap politeknik semalaysia yang lain so long story short memang tiap kali event konvo atau event anugerah dekan pihak poli akan sewa tempat or dewan. Almaklum dewan PKT kalau nak sumbat semua pelajar dan pensyarah mau pecah dinding. Dewan PKT berada dalam bangunan JPA bukan induk dan menjadi kekangan untuk buat event yang besar. Berbalik pada topik kenapa aku nak emo sangat ? 

Pemilihan tempat untuk 'hari bahagia' aku dan kawan-kawan tak sama seperti yang kami bayangkan dan harapkan. Kebiasaan hari konvokesyen PKT akan sewa dewan TTI. All in all my senior berkonvo disana. Feeling-feeling konvo sangat dah lepas naik pentas sudah bergambar dalam taman TTI with my friend and family. Selalu kan hari konvo situasi macam tu but in my turn. Nope ! Batch June 2013 and Dis 2012 PKT hanya sewakan dewan hotel. Bila dapat tahu lokasi konvo untuk batch kali ni aku be like wadehekkkk ! Aku dah berangan terlalu jauh kot dengan konvo dalam taman TTI sampai aku tak boleh nak terima hakikat yang sebenar haha. Satu lawak kan? Tolong gelakkan aku ramai-ramai.

Sekarang aku dah boleh terima hakikat kot. Bersyukurlah aku sebab boleh grad awal. Lepas 5 bulan habis belajar terus dah sampai surat konvo. Bersyukurlah ! Disebabkan nak menggembirakan dukactita di hati. Aku dengan Tikah ada plan nak buat photoshoot pre-weeding. Haipp ! No lahh. Pre-convo DIP vs DEP. Macam eksaitedddd giteeew. Dah deal pun dengan abang photog. Harap planning awal ni pada hari kejadian terjadilah. Minta jauh lah cancel karang mau meraung aku. So terubat lah sikit dukacita di hati ni haa. Happykan diri sendiri dan kawan ku yang juga sejiwa dengan ku hihi. 

Buat PKT ku sayang, walaupun dikau serba kekurangan. Aku gembira mengenalimu dan keranamu jua aku bertemu dengan kawan-kawan sehati segila dengan ku. Cewaaah ! Sesiapa yang dah masuk dan melangkah ke PKT untuk 3 tahun je akan jatuh cinta dan menghargai segala kekurangan yang ada walaupun kekadang tu terkutuklah sikit hihi. Kalau dapat PKT jangan menyesal ye adik-adik. Dengar cerita PKT pun akan berpindah tapak lepas ni tapi tahun bila siap aku pun tak pasti. Dah boleh berdiri sama tinggi duduk sama rendah la infrastruktur PKT dengan infrastruktur politeknik yang lain. Maka beruntunglah kau dik masuk je dah serba lengkap nanti. Kau tak payah nak bersusah-payah macam hakak dan geng bas sekolah hakak ni. Sedih tau.

Okey dah boleh counting road to convo kan. Road to September ! Bye.

Post a Comment

© MEANT TO BE. Design by FCD.