Nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan ?

8 June 2016



Assalamualaikum.

Fuhh sedar tak sedar dah hari ketiga harini berpuasa. Tinggal lagi 27 hari sebelum menjelang raya (maghaii awai bebenor koba sal rayo hiks). Dan dalam sedar tak sedar  jugak antara percaya dengan tidak hampir SEBULAN aku bergelar 'kerani IT' di syarikat Chong Fah Ming. Tempoh sebulan berlalu rasanya macam baru semalam aku pergi interview. Alhamdulillah sempat lah tiga minggu berehat tanam anggur tapi belum sempat berbuah rezeki kerja datang menyapa. Thanks to min actually. Kalau tak sebab dia yang recommend kan jawatan kosong tu sampai ke sudah aku tak jejak kawasan perkilangan tu. Rupanya berlambak banner jawatan kosong kat sana. Betapa malasnya aku berusaha sobs ! 

Gaji pertama pun dah pegang, uishh rasa bangga dia memang tak dapat nak ungkap. Walaupun aku sedikit kuciwa dengan penolakan EPF untuk gaji setiap bulan sampai 11%. Banyak kot kena potong bulan bulan sampai RM100++ cemana nak simpan tabung kahwin. HAHA. Tapi aku dah melalui proses redha dan memahami erti syukur. Siapa suruh pandai sendiri buat keputusan. Haaaa menyesal bakhangg ! Think positive, mungkin ada hikmah yang belum aku nampak untuk kemudian hari. Okey k k. Yang penting niat utama aku nak bantu ibu tercapai. Bangga kot dapat hulur hasil usaha titik peluh kita sendiri kat ibu kita  (walaupun aku kerja dalam aircond) sebak sedu sedan sobs.

Pekerja kat situ semua okey semua mesra alam cuma aku je yang ala ala bencana alam. Sangat tak gheti nak memulakan bicara. Iyelah kat situ aku yang paling paling muda nak ajak berbual pun tak tahu apa topik. Jadi aku lebih selesa mendiamkan diri dan mengadap pc yang aku pun pening hari hari tengok. But i love my job (for a now). Aku dah janji dengan diri setahun cari pengalaman dulu nanti baru aku survive untuk pekerjaan baru. InshaaAllah. Doakan aku semoga dipermudahkan urusan. 

Menghitung hari. Bye.

Post a Comment

© MEANT TO BE. Design by FCD.