Hati Tisu


Memang perempuan ni dilahirkan lembik kan. Maksud aku, cepat terasa cepat sentap cepat sedih. Atau hanya sejenis syahirah je yang berperasaan macam ni. Tak tak tak semua perempuan macam tu kan ? Ya Allah tak macho betul lah sikit sikit nangis sikit sikit sentap huuuu !

Ya. Memang sejenis aku macam tu. Garang aku pun bengis aku pun lastnya aku akan nangis sorang sorang belakang orang. Kalau aku kena marah kena herdik aku akan berair mata. Kalau aku yang marah orang pun sudahnya aku jugak yang akan nangis. Yang kena marah dengan aku tu lek lek je sado kan hati. Bila gembira pun aku nangis. Kalau sedih lagi berialah aku nangis. Apeni buruk betul perangai aku T.T

Aku sendiri tak sure kenapa mesti aku yang nangis. Kalau dah marah orang tu apehal aku nak beria nangis. Rasa bersalah ke atau aku memang ada penyakit 'cengeng'. Ehh memang dari kecik lagi aku macam ni sebenarnya. Ingat lagi masa tadika 5 tahun kawan-kawan tak nak bertegur dengan aku. Kat sekolah aku okey je lek lek je makan sorang main sorang pergi tandas sorang (dulu nak ke tandas pun ajak kawan teman tau). Macho lah kunun perangai masatuuuu. Balik je sekolah aku cerita dengan arwah abah  gini gitu gini sambil mata berair. Haaa okey aku memang lembik ! Hati lembik ! Hati tisu !

Dah besar ni bila terasa atau sentap dengan orang sekeliling pun aku boleh nangis lagi. Nangis sorok-sorok tau. Dalam bilik dalam tandas. Motif ? Tak nak nampak aku lembik lah sikit sikit nangis. Hmm kekadang tu dah tak boleh nak kawal aku rembeskan je air mata depan depan orang ramai pun haha. Weh banyak sangat ke hormon tangki air mata aku sampai setiap benda nak sedih nak nangis. Sabar je lah jadi sejenis syahirah ni. Nangis is my hobby. Eh boleh macam tu ? Kbai.

P/s: nak pi sambung nangis sat. Sobs !


1 comment:

  1. samalah . scya pun kalau marah orang, last2 scya yang sentap sendiri :'C

    ReplyDelete