Buang Gambar Sendiri dalam Google

10 June 2016


Buang Gambar Sendiri dalam Google


Pernah lah bila bosan tahap paling kronik sampai mati akal tak tahu apa nak buat, aku buka google image lepas tu main taip nama. Tak kisah lah nama seseorang ke nama sendiri ke nama 'ex' ke ehhh. Kau pernah buat jugak ? Okey kita geng gimmipai. Suka tauuu stalk dengan cara tu lagi lagi skodeng crush hahaha *pecah rahsia aku.

Seronok yelah seronok, tapi bila google nama sendiri maka keluar lah gambar gambar zaman jahiliah kita beronok ronok kau jah ! Diri ni dah lah yang banyak dosa tup tup sebabkan sekeping gambar masa tidur kita pun dosa jalan free one give one je. Itu pun kalau sekeping kalau berkeping kepingan sape nak tanggung sobs. Dah lama terfikir macam mana cara nak hapuskan lupuskan mampuskan gambar tu semua. Disebabkan aku bosan di petang minggu yang damai ni rajin jugak aku study buat research cara nak 'delete gambar lama' yang tak sedap mata memandang di google dan aku dah pun jumpa tools removal yang membantu (malu oi kalau ada someone search nama aku dan jumpa gambar lama aku haha tahu pulak aku malu)

Okey jom mulakan. Follow step by step tau.

Step 1 :
Buka google image dan taip/cari gambar mana yang rasa nak atau perlu delete.

Korang ada pilihan samada nak taip terus dari google search atau pergi dulu google image. Mana mana pun boleh tepuk dada tanya selera.

Step 2 :
Dah jumpa gambar tu, click untuk tumbesaran gambar. Right-click dan copy link address. Tak faham boleh rujuk gambar dibawah.

Buang Gambar Sendiri dalam Google


Tak faham jugak ? Elok lah masuk dalam screen terus mehh. JK! Gambar cikgu Ed hanya digunakan sebagai penaik seri post. Comel namati wehh tak gamak aku nak delete huhu *emoji mata love love.

Step 3 :
Dah copy link address pegang elok elok paste je dalam kotak request removal dan google akan analyze URL. Tunggu sat noh !

Done. Eh eh belum lagi lah. Bila google dah berjaya kesan url dia akan soal kita kenapa dan kenapa. Huh ! Dasar pakcik google betul.

Step 4 :
Jawab je semua pertanyaan pakcik google ni dengan hati yang jujur dan ikhlas. Kalau dah dasar pemalas tu nak mudah kerja lagi kau tekan je next. Haaa ingat tuuuuuu!

Buang Gambar Sendiri dalam Google

Buang Gambar Sendiri dalam Google

Buang Gambar Sendiri dalam Google
Yang anak panah besar alam situ letak sebab musabab kenapa nak 'buang gambar' lama. Pastikan reason yang logik dan kuat. Ha karang ada pulak tertanya yang aku xxxxxx tu apa kebendo ehh. Situ terletaknya link url image. So aku terpaksa sensor kan mana tahu ada yang nak hijacked aku nanti. Puii

Step 5 :
Done. Image yang dihantar dalam pemerhatian pihak google. Check dekat status (kawasan yang aku bulatkan) kalau pending maknanya belum dalam pemantauan lah. 


Buang Gambar Sendiri dalam Google

Ambik masa jugak nak boleh ke buang. Bernasib baik cepat lah di buang, kalau tak berbulan atau bertahun atau berabad. K over kauuuu. Mungkin pakcik  google sibuk masak juadah berbuka petang ni kot *Ya Allah berhusnuzon sangat aku ni haa hihi. Selamat mencuba dan berusaha. Fight !

Bye.

NOTA KAKI : Tapi tak semua gambar berjaya sebenarnya. Mungkin ada kesilapan teknikal atau pakcik google terlepas pandang. Jangan cepat give up okey. Kalau berjaya buang satu dah kira rahmat tu.

1 comment

  1. Sangat membantu, hahahahaha sebab memerlukan sangat ni, meluat tengok gambar2 lama sendiri,ahahahaha

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.